:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Dealer/ Stokis masih diperlukan .... Semua stok always available ... Hubungi: UstazDi, NDr. 011-1009 5423

RAKAN BEKAM

0 budak comel komen

Mencari khidmat bekam di kawasan Pandan Indah, KL, sila berurusan dengan :

Pembekam Perempuan : 
Pn Marziah : 019-393 5609

Pembekam Lelaki :
 En Roslan : 019-393 5129


Di Ajil/ Tapu {terengganu}
Cikgu Hadi : 019-9367288
Continue reading →

GUNAKAN TANPA WAS-WAS

0 budak comel komen

Bagi yang masih mencari produk rawatan [terapi mandian], Insya Allah bolehlah mencuba dengan yakin Produk keluaran Terapi Islam al-Bayt. Kesembuhan milikNya jua, kita perlu usaha. 

Boleh hubungi Admin, Ust Rosdi 016-958 5423 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, stokis dan dealer masih diperlukan.

Boleh baca testimoni yang diberikan oleh pengguna sepanjang setahun Produk TIB dilancarkan : http://sabun-albayt.blogspot.com/search/label/testimoni
Continue reading →

GOUT DAN BERKAITAN

0 budak comel komen
Petikan dari Facebook Ust Wan Asrul al-Aydrus... www.terapi-alfatah.blogspot.com

Gout merupakan penyakit atau permasalahan yang berkaitan dengan kerana tingginya kandungan asid urik di dalam darah. Asid urik merupakan hasil pemecahan metabolisma (asid nukleat) tubuh yang sebahagian kecil berasal dari makanan. Sebahagian besar asid urik disaring di buahpinggang. 


Manakala, di dalam darah, sebahagian besar asid urik dalam bentuk monosodium urik. 

Bagi pesakit gout, penumpuan atau pengumpulan monosodium urik didapati sangat tinggi dalam bentuk campuran yang sangat pekat, sehingga berisiko terjadinya pengumpulan kristal urik pada jaringan yang kemudiannya menyebabkan:
  • Tofi / tophi (nodul subutan akibat pengumpulan Kristal urik)
  • Radang Sendi dan arthritis
  • Masalah atau Penyakit Buah pinggang 

TANDA-TANDA SERANGAN GOUT :
  1. Serangan mendadak, cepat, tiba-tiba, dan lazimnya pada malam hari
  2. Ibu jari kaki sakit secara tiba-tiba, bengkak, panas, kemerah-merahan.
  3. Dalam tempoh serangan 8-12 jam , rasa sakit akan semakin teruk.
  4. Bahagian lain yang berisiko untuk menerima serangan gout adalah pergelangan kaki, punggung tangan, jari- jari, tangan, dan siku
  5. Selain sukar berjalan, pesakit akan demam, menggigil, dan bisa badan.

KAEDAH MENCEGAH DAN MERAWAT GOUT

Antara kaedah yang boleh diamalkan untuk mencegah gout adalah :
  1. Mengamalkan madu, Habbatus sawda’ dan kurma setiap kali sebelum sarapan
  2. Banyakkan meminum air putih
  3. Amalkan meminum air barli (biji/beras)
  4. Melakukan aktiviti riadah
  5. Lazimkan menyapu minyak zaitun ke seluruh tubuh, paling kurang sebelum tidur.

KAEDAH RAWATAN GOUT

1) Terapi Bekam

Kaedah untuk merawat gout dengan terapi bekam perlu melihat kepada tahap gout yang menyerang pesakit. Ini adalah kerana, bukan semua gout boleh dirawat dengan terapi bekam, malahan ada peringkat gout yang apabila dibekam akan membawa kesan yang lebih memudaratkan.

Kaedah merawat gout menggunakan terapi bekam perlu berhati-hati, kawasan tofi atau bengkak tidak b oleh dibekam kerana ianya akan menjadikan struktur Kristal Urik akan terganggu seterusnya menganggu sistem darah yang menjadikan asid urik akan menumpukan pengumpulan dibahagian sendi yang lain.

Secara ringkas, untuk melakukan terapi bekam kepada pesakit gout, pertamanya perlu mengenalpasti tahap gout yang dialami sama ada asimptomatik, akut, interkritikal dan kronik. (Diagnos awal insyaALLAH amat membantu)

Jangan ‘hentam keromo’, asal gout terus dibekam, prinsip perawatan perlu ada dalam setiap ikhtiar merawat penyakit.

Titik bekam yang perlu ditumpukan untuk masalah gout (setelah tahap dikenalpasti) bukanlah pada tophi (bengkak) tetapi pada titik peransangan metabolisma supaya asid nukleat dapat bekerja dengan baik dalam membahagi kolestrol yang diperolehi dari pemakanan khususnya.

Titik tersebut adalah : Qofa, Kahil, Bainul Katifain dan Qithon. 

Masa untuk melakukan bekam kepada pesakit gout adalah Tengahhari, kerana darah sedang berada dalam kemuncak, maka secara tidak langsung asid urik di dalam darah akan turut sama dalam keadaan aktif (tidak tepu). 

Penerangan lanjut berkaitan kaedah terapi bekam untuk rawatan gout boleh didapati dengan mengikut serta kuliah-kuliah bekam anjuran TIAF. InsyaALLAH.

2) Diet pemakanan
  1. Tenaga perlu sesuai dengan keperluan tubuh. Apabila berat badan berlebih atau berlaku kegemukan, penerimaan energi sehari dikurangkan secara berperingkat sebanyak 500-100 kkal dari keperluan tenaga normal sehingga mencapai berat badan normal. (Madu 3sudu + H/Sawda’ 1-3 sudu atau cubit sebelum sarapan)
  2. Protein yang secukupnya, iaitu 1,0-1,2 g/kg BB atau 10-15% dari keperluan tenaga keseluruhan. (Air Pati Delima 3 cawan sehari)
  3. Hindari bahan makanan sumber protein yang mempunyai kandungan purin > 150 mg/100 gram. (Elakkan minuman soya, oat dan kekacang)
  4. Lemak sederhana iaitu 10-20% dari keperluan tenaga penuh. Lemak berlebihan akan mendorong pengeluaran asid urik atau purin melalui urine (air kencing), hal ini membawa kepada risiko penyakit batu karang. ( Minum Air Barli)
  5. Karbohidrat dapat diberikan lebih banyak iaitu 65-75% dari keperluan tenaga penuh. Kerana kebanyakan pesakit gout artritis mempunyai berat badan berlebihan, maka digalakkan untuk menggunakan sumber karbohidrat kompleks. (Kurma 7 biji sehari – paling kurang)
  6. Vitamin dan mineral cukup sesuai dengan keperluan. (Madu + Minyak zaitun sebelum tidur)
  7. Cairan disesuaikan dengan urine yang dikeluarkan setiap hari. Rata-rata penerimaan cairan yang dianjurkan adalah 2-2 ½ liter per hari. (Minum air putih)

3) Terapi Alamiah

Antara terapi Alamiah yang boleh diikhtiarkan, adalah :
  1. Minyak Zaitun/Minyak kelapa dara + kapur sirih + cengkih (ditumbuk atau kisar halus) + Kulit Kayu Manis (ditumbuk atau kisar halus). 
  2. Kesemua bahan ini disatukan ke dalam piring atau bekas dengan nisbah 3 sudu minyak zaitun, 1 sudu kapur sirih, 1 sudu serbuk cengkih dan 1 sudu serbuk kulit kayu manis.
  3. Gaul sehingga sebati, kemudian disapu pada bahagian bengkak. InsyaALLAH Tohour.
  4. Getah betik muda + garam bukit. Sapukan garam bukit sekitar tempat bengkak dan seterusnya titiskan 3 atau 5 titik getah betik muda ke atas tempat bengkak, sebaiknya dilakukan pada waktu pagi. InsyaALLAH Tohour.
  5. Air Kelapa muda + Daun Pandan + Gula Batu + daun sirih. Air kelapa muda (sebiji) dicampurkan dengan daun pandan (sehelai) bersama-sama dengan 3ketul gula batu (ruas jari kelingking) dan sehelai daun sirih, digaul di atas api, sehingga isi kelapa rata bersatu dengan ramuan tadi, dan kemudian diminum pada waktu tengahhari. Ramuan ini juga amat sesuai kepada penderita kencing manis dan darah tinggi. InsyaALLAH Tohour.

DOA
Antara ayat amalan yang boleh disertakan bersama-sama dengan ramuan di atas adalah :
  1. Istighfar 21x
  2. Selawat 21x
  3. Al Faatihah 3-7x
  4. Ayatul Kursi 3x
  5. Al Hasyr 21- 3x
  6. Al Hasyr 22-24 1x
  7. Al Ikhlas 3x
  8. Al Falaq 1x
  9. An Nas 1x

Paling penting adalah DOA. Mohonlah pada ALLAH akan kebaikan bagi setiap ikhtiar yang dilakukan, semoga ALLAH menyembuhkan penyakit yang diderita. 

Semoga beroleh manfaat bagi sekalian sahabat. 
Continue reading →

KISAH MEREKA YANG BERBEZA

0 budak comel komen
KISAH 1.

Suatu petang di bulan Ramadhan 1434H ini, ketika itu aku sedang mengangkat kain di jemuran, kelihatan di screen HP panggilan, tak bernama, no siapalah dalam hati ku... seperti biasa ku angkat dan mulakan perbualan dengan salam ... Ooo akak, ada apa yer kak ..

Wanita ini menelefon aku bertanyakan kaedah bagaimana nak 'lepaskan' kenazakan ibunya yang dia dan ahli keluarganya merasakan ibunya yang terlantar sakit itu seakan ada gangguan... katanya dia dan ahli keluarganya sudah memanggil ustaz berhampiran merawat ibunya yang sakit itu, hasil cerapan ustaz itu [tak tahu ustaz ke tak lah] mengatakan adanya budak yang menganggun kenazakan ibunya... seolah saka.

Aku mendengar dengan teliti, satu demi satu akak tadi membicarakan keadaan ibunya, sepanjang yang ku tahu ibunya memang ahli Quraan, membaca al-Quraan dengan memahami maksud ayat al-Quraan berkenaan. Dari muda memang dia membaca al-Quraan sebegitu, istilahnya Tadabbur.

Tanpa keberatan, aku kongsikan kaedah mempermudahkan urusan makcik berkenaan, Alhamdulillah dengan barokah berguru ilmu ni, Allah hantarkan bantuan, makcik tadi menghembuskan nafas yang terakhir : selang seketika, si anak tadi sms pd ana : Ustaz, AlhamduLILLAH, mak saya dah meninggal ... jadi ana terkejut, nak ucap takziah atau tahniah?!

Arwah dikebumikan di Dungun Terengganu. Si anak tadi selang beberapa hari berjumpa dengan ana bertanyakan kenapa sepanjang berikhtiar dengan kaedah yang ana bagi, semasa roh nak habis, dia ternampak ada cahaya putih keluar dari halkum ke mulut maknya...? Ana membalas, no komen, itu rahsia Allah.


KISAH 2.

Seorang suami sms ana dan menyatakan, Ustaz, isteri saya mintak saya lepaskan saya sebab ibu saya menyihir isteri saya ... isteri saya bagi pilihan, nak dia atau nak ibu saya... saya jawab nak ibu saya lagi lah.... tolong saya Ustaz... rintihan sang suami.. Allahu Akbar! Aku pohon padamu akan ketabahan bagi diriku Ya Allah, Engkau hantarkan manusia yang bermasalah untukku bantu...

Perkara pertama dalam masalah rumahtangga : 
  1. Masalah diranjang.
  2. Masalah kewangan
  3. Masalah Tanggungjawab suami/ isteri
  4. Masalah berat sebelah
  5. Masalah jeles melampau
Setelah dikenalpasti memang ada masalah kronik. Tapi tak boleh diceritakan di sini.... Nasihat dan panduan diberikan semoga mereka tabah dalam ujian. Perkara halal yang Allah paling benci ialah TALAK ..
Continue reading →

PIL PERAPAT MY

0 budak comel komen

Harga RM30.00 sahajaaturan pemakanan [sebelum makan] : 1 biji pagi dan 1 biji malam, dan banyakkan minum air sejuk [bukan air suam yer, tapi bukan ais], air biasa jer. 

Pil herba keluaran orang-orang kampung, Insya Allah membantu. Antara herbanya ialah:
  1. Akar Serapat
  2. Manjakani
  3. Kacip Fatimah
  4. Serta didoakan dengan ayatul Ruqyah/ Ayat Syifa'.
Continue reading →

Huraian Yang Berilmu

0 budak comel komen

Nukilan TG Ust Wan Asrul al-Aydrus:

Mutaakhir, kita melihat banyak gambar atau secara nyata, wanita Islam (Muslimah) menggayakan pelbagai cara untuk menutup aurat. Namun, dalam kesibukan tersebut, selain dari hal mempamerkan bentuk tubuh, satu lagi aurat yang dipandang remeh adalah LENGAN. Mereka mengenakan tudung, tapi memakai T-Shirt lengan pendek, bahkan ada juga yang mengenakan sarung lengan yang ketat disamping pemakaian T-Shirt lengan pendek tersebut dengan anggapan mereka, mereka telah menutup aurat mereka sebaiknya. 

Sang faqir berbaik sangka, bahawa mereka tidak tahu, malahan di dalam ruangan FB ini juga banyak yang memuat turun gambar dengan menampakkan bahagian lengan mereka. Mungkin hal ini ramai yang terlepas pandang, oleh kerana itu, sebelum sang faqir menamatkan akaun FB ini, sang faqir merasakan sepatutnya hal ini perlu diketahui jelas oleh sekalian khasnya Muslimah.

Perlu kita jelas, khususnya kaum Muslimah sekalian, antara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan suatu yang menghalang dari nampak tubuh badan dan pakaian tersebut dengan WAJIBNYA tidak ketat sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh badannya. Maka, jika seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'. Hal ini adalah kerana bentuk aurat yakni tangannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar dalam erti kata lain tidak kelihatan bentuk lengannya.

Berlainan halnya, jika wanita tersebut memakai baju lengan panjang seperti baju kurung, jubah atau t-shirt muslimah (berlengan panjang dan longgar) dan memakai sarung lengan besertanya maka apabila wanita tersebut mengangkat tangannya kerana ingin mengambil barang yang tinggi contohnya dan kelihatan lengannya yang memakai sarung itu, maka hukumnya dimaafkan pada pandangan syara'.

Kerana pada asasnya, dia telah menutup auratnya secara yang dikehendaki syara', dan perbuatan mengambil barang yang tinggi sehingga terpamer sarung lengannya, diletakkan (ihtimal) pada sebab ternampaknya sarung lengannya itu kerana mengambil barang, bukan kerana sengaja menunjukkan sarung lengannya, begitu juga dengan wanita yang memakai baju atau jubah berlengan panjang dan longgar tanpa memakai sarung lengan, ianya dimaafkan syara' jika ternampak akan lengan mereka jika perbuatan tersebut secara tidak sengaja, kerana mereka telah menutup aurat secara mengikut syara' pada asasnya. 

Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi (lelaki asing) adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Ini adalah melibatkan pandangan jumhur Ulama'.

Pun begitu, bab keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

Cuma sang faqir agak hairan dengan dakwaan seorang sahabat mencemuh muslimat yang tidak memakai sarung tangan (hand glove) semasa keluar rumah, sambil menunjukkan ke arah isterinya yang memakai sarung tangan.

Perlu kita faham dengan halnya sarung tangan, ianya mencantikkan aurat terutamanya dalam suasana yang akan menimbulkan fitnah, tetapi bukan wajib aurat, samalah juga halnya dengan purdah (veil). Oleh sebab itu, adalah tidak baik mencemuh tanpa memeriksa dan meneliti hukum terlebih dahulu.

Perlu kita fahami, pandangan jumhur ini merangkumi mazhab Hanafi dan Maliki dan salah satu qaul dari Imam Syafi’ie. Ada Ulama' (Imam Ahmad dan qaul yang asas dari Imam Syafi’ie) berpandangan bahawa keseluruhan tubuh wanita adalah aurat tanpa kecuali. Mengikut pandangan ini, wanita wajib menutup keseluruhan tubuhnya termasuk muka dan tangan. Bahkan, menurut pandangan ini, pemakaian niqab adalah wajib. 

Dalam bab aurat wanita ini, pandangan yang paling luas ialah Imam Abu Hanifah di mana menurut beliau, kaki bukan sebahagian dari aurat. (Menurut Imam Abu Yusuf iaitu murid Imam Abu Hanifah, lengan juga tidak aurat).

Jadi, jika dikumpulkan pendapat yang kuat dan sarih, keseluruhan tubuh wanita adalah aurat dan wajib ditutup kecuali tiga bahagian iaitu; muka, tangan(tapak tangan sehingga ke pergelangan tangan) dan kaki. (Tafsir surah an-Nur, halaman 151).

Beza Muslim dengan Kafir adalah ketaatannya pada Perintah ALLAH. 

Sama-sama kita nilaikan diri sendiri semoga kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang kafir, sama ada kafir i'tiqod atau kafir Nikmat. NauzubILLAHi Min Zalik.

ALLAHu 'Alam. Wassalam."
Continue reading →

JAWAPAN

0 budak comel komen
Dari Tawsiyyah Guru, Ust Wan Asrul Affendi al-Aydrus


"Ustaz, saya tak pakai tudung, tak tutup aurat, tapi hati saya baik, tak kacau orang, tak cakap buruk pasal orang, suka tolong orang, takpekan, lagipun ALLAH tak pandang luaran, DIA pandang dalaman."

"Ustaz, saya tak solat, saya tak puasa, tapi saya tak syirikkan ALLAH, kira dah boleh masuk syurga lah kan, lagipun dosa yang ALLAH tak ampun, dosa syirik."

2 kekeliruan di atas adalah perkara cliche yang dihadapi oleh golongan yang cuba memudahkan apa yang ALLAH telah perintahkan.

Jawapan kepada kekeliruan pertama; Benar, ALLAH tidak pandang luaran, tapi ALLAH pandang dalaman, adapun dalaman yang ALLAH pandang itu adalah KETAQWAAN, ketaqwaan bermaksud ketaatan yang ada pada mereka yang bergelar MUSLIM, beramal sebagai Mukmin, Hidup sebagai Muhsin, iaitu LAKSANAKAN SETIAP PERINTAH ALLAH, TINGGALKAN SEGALA LARANGAN ALLAH, REDHA AKAN ARAHAN ALLAH. Maka, selagi masih ada walau secuit perbuatan yang bersifat melanggar perintah ALLAH, melakukan hal yang dilarang ALLAH, ianya tidak dikira sebagai orang yang baik dalamannya. Sifir rukun Islam 5-1 = 0, Sifir rukun Iman 6-1=0. Fikirkanlah.

Jawapan kepada kekeliruan kedua, Solat dari sudut bahasa adalah DOA, maka, jika kita tidak mendirikan Solat atau bahasa lain kita tidak berdoa, maka kita berdoa kepada siapa? Walaupun tidak syirik pada sudut I'tiqod, tetapi telah syirik pada sudut perbuatan, KERANA orang yang tidak berdoa adalah orang yang sombong, malahan sombong kepada ALLAH, jadi jika sombong kepada ALLAH, apakah status individu tersebut? Sama-sama kita renungi. 

Sepertimana kita menjaga dan mendirikan Perintah ALLAH, Meninggalkan larangan ALLAH, seperti itulah ALLAH memelihara kita dari Azab dan kemurkaanNYA, dunia akhirat."
Continue reading →

PROMOSI PRODUK TIB

0 budak comel komen

PROMOSI OGOS 


Dealer:
SABUN NUUR AURA AL-BAYT [SNAB]
Pembelian 20 buku Sabun Nuur Aura : RM20 sebuku + kos pos

STOKIS
Pembelian 20 buku Sabun Nuur Aura : RM18 sebuku + kos pos


Dealer dan Pembeli Biasa:

WANGIAN KASTURI TIB

  1. Kasturi Hitam/ Putih [8m] : pembelian 10 botol [RM13 sebotol] + FREE kos pos
  2. Kasturi Kijang [8ml] : Pembelian 10 botol [RM15 sebotol] + FREE kos pos
  3. Bawah 10 botol [harga biasa [RM20/ RM25]+ kos pos ditanggung oleh Dealer]
  4. Sabun Nuur Aura al-Bayt [RM25.00 sebuku] - dengan pembelian 3 buku ke atas sahaja.

PEMBELI BIASA.
  1. Pembelian 3 botol Kasturi Hitam/ Putih/ Kijang - 8ml [RM65] : FREE kos pos 
  2. Pembelian 10 botol Kasturi Hitam/ Putih/ Kijang - 3ml [RM100] : FREE kos pos 
  3. Pembelian 5 buku sabun al-Bayt/ Ros Bidara/ Belireh [RM75] : FREE Kasturi 3ml + FREE pos
Continue reading →

Ucapan Selamat Hari Lebaran

0 budak comel komen

Saya mewakili pengurusan Terapi Islam al-Bayt [TIB] ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri 1434H pada tahun 2013 ini. 

Segala salah silap tutur kata, silap langkah, lewat pos produk, produk pecah @ kemek @ patah dan lain-lainnya kami dahulukan dengan ucapan kemaafan. Moga kita mampu bertemu kembali dengan Ramadhan pada tahun 1435H nanti insya Allah. Banyakkan doa.


Moga fasa-fasa Ramadhan itu kita lalui dengan istiqamah dan kesabaran yang maksimum. Wallahu a'lam.

Pengurusan TIB:
Muhamad Rosdi bin Abdullah
Anida Idayu Ibrahim
Muhammad Daniel Haikal bin Muhamad Rosdi
Afrina Batrisyia binti Muhamad Rosdi
Isa al-Farouqi bin Muhamad Rosdi
Continue reading →

ADAB MENYAMBUT EIDUL FITRI

0 budak comel komen
Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta'ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara' dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.

Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.


Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?


Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara' untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.


1. Berdoa di malam raya.


Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta'ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya'ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan 'Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." - (Surah Al-Baqarah : 185)


3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd Radhiallahu 'anhum bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu 'alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya." - (Hadits riwayat Al-Syafi'e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seeolk-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu 'anhu, beliau berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." - (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)


6. Mengucapkan tahniah


Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi'en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari'atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii'timadkan.(Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)


7. Ziarah menziarahi


Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu 'anha, beliau berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu'ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita." - (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-'Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu 'anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu 'anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda. - (Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta'ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.
Continue reading →

Labels

air refreshner (4) AKARWALI (1) AKUPUNKTUR (5) akupuntur/ acupancture (6) AL-MANNA [ARABIC GUM] (1) alManna Plus (3) aloeverra (5) aloeverra FOREVER (6) ARCTIC SEA (5) argan oil (4) aromaterapi albayt (6) BEKAM (7) bengkel/ kursus (4) BIORICH (4) BISNESS (1) BMB (1) BUAH TUNJUK LANGIT (10) buasir (1) BUKU (4) C2JOY M SDN BHD (2) CERAH (1) CERITA RAWATAN (3) chia seed (1) CODI BIOCEPS (1) CUKA EPAL (1) curcuma mangga/ kunyit putih (5) D & F PERFUME (2) diskaun (1) drresd (15) durian belanda (3) DXN Produk (1) eczema (2) Fiber Detox RCCWW (7) flyers dRResd (2) flyers TIB (1) FOREVER LIVING PRODUCT (FLP) (4) GARLIC THYME (1) GULA O (2) healsdrop (13) homemade soap (3) homeopathy (14) homoepathy (5) HUBUNGI (2) info blog (267) info c2joy (3) info sihat (129) JOM AMAL (2) JOM BISNESS (2) jualan rumah (1) Jus Delima (1) JUS SERI DEWI [JSD] (6) kaliBICH (2) kapsuk HS EVOO (3) KAPSUL BELALAI GAJAH (1) KAPSUL BIJI APRIKOT (17) kapsul dRResd (3) Kapsul Pecah Beling (4) Kapsul Pucuk Betik (2) Kaspul Raja Resdung (3) KASTURI/ GAHARU (9) keratan akhbar (1) KISAH jer (2) KULTIM (1) kursus (4) lulus KKM (1) MANDATE (1) MHS (1) MINSYAM - olive oil (2) Minyak Kelapa Dara MKD (4) MORINGGA/ KELOR (4) Myk Jarak/ Urut (1) Myk Kelapa Dara [VCO] (2) myk zaiton/ habbatus sauda' (10) naturopathy (6) ndlife (16) nt_Virus (1) ONLINE BOOKING (1) PAKEJ PRODUK (10) PEKDIS (1) penawar mata as-suff (1) PENGEDAR (9) PIL ALBAYT (3) pil minda/ gnius mind (1) PIL PERAPAT (5) POMESTEEN FOREVER (3) PROMOSI (71) ramadhan (2) rawatan Naturopathy (2) RCC Stevia (6) RCCWW (6) rezspray (4) SABUN ALBAYT (7) SABUN AURA (6) SABUN BELIREH (5) sabun bidara (2) sabun KKM (6) SABUN LAVA (1) SABUN MARIGOLD (2) SABUN RESDUNG (2) SABUN ROS BIDARA (1) Sabun RSM (7) SABUN SIREH (2) SAFFRON @ ZAAFARAN (12) salsabila al-Bayt (1) SAMBUTAN (1) set nt-resdung (3) set rawatan rambut (1) SHOWER AL-BAYT (5) SPRAY RESDUNG AL-BAYT (8) STOKIS TIB (1) strawberry (1) SUSU C2JOY (5) SUSU CTM M-GARD (1) tanda gangguan (7) tazkirah (6) TESTIMONI (18) TIAF (18) TONIC HAIR (1) track pos (3) ucapan (5) URUTAN BADAN; (2) VIDEO (8) YUMEIHO (6)