:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Dealer/ Stokis masih diperlukan .... Semua stok always available ... Hubungi: UstazDi, NDr. 011-1009 5423

WAKAF/ INFAQ - pembinaan surau

0 budak comel komen
Assalamualaikum wbt 

Bagi yang ingin mengINFAQ atau menDERMA pada bulan Ramadhan ni, silalah berbuat demikian dalam membantu pembinaan surau di bawah kendalian Ustaz Haryanto Rizal [penceramah bebas/ pendakwah] yang selalu keluar di IKIM.fm dan al-Kuliyyah. Suaranya mirip Dato' Ismail Kamus.

Maklumat details:
Pembinaan Surau Makmuriah
No 1A Jalan Bayam
Perumahan Awam Ladang Baru
Sungai Buloh Selangor


email: suraumakmuriah@gmail.com
No Akaun Maybank : 5627 4010 3303

No tel :
011-1572 4949
Ustaz Haryanto Rizal
Pengerusi Dana Surau


---------------------------------------------------------------------------------

Pembangunan AKADEMI SYAHADAH TAHFIZ AL-FAIZIN [ASTAF]
laman web : www.astaf.edu.my
Di bawah kelolaan Ustaz Haslin Bollywood


Akaun ASTAF :
CIMB ISLAMIC
1244-000-4136-209

Alamat pengoperasian:
PT 758, Jalan Melati 3/23 Bandar Malawati
Kuala Selangor, Selangor
Continue reading →

KUEH RAYA TIB - update

0 budak comel komen
ALHAMDULILLAH

Update : tinggal kueh Chocolate Cookies sahaja sekarang : Bagi memeriahkan suasana raya anda, TIB memperkenalkan 2 jenis sahaja kueh raya yang memang mendapat sambutan amat menggalakkan. Tahun lepas sahaja mencecah jualannya sebanyak 800 bekas. Tahun ni sekadar yang nak order sahaja.


Dua jenis kueh ni ialah:

Almond Flakes:
Besar : RM 25.00
Kecil : RM13.00

Coklat Cookies:
Besar : RM 20.00
Kecil : RM10.00

Semua kueh ni boleh didapati di rumah saya atau di pejabat ana di Jalan Usahawan 1, Cyberjaya.

Tempahan melalui COD sahaja [pos bimbang pecah bekasnya]:

Ustaz Rosdi  016-958 5423
Continue reading →

PENGEPOSAN/ PEMBELIAN PRODUK

0 budak comel komen

Buat semua pengguna/ bakal pengguna, Produk TIB boleh di oder seperti biasa walaupun bizi mencari barokah sempena Ramadhan 1434H ni, Insya Allah, pengeposan macam biasa.

Sila gunakan online order form bagi memudahkan pengurusan TIB menyemak nama dan alamat penghantaran buat tuan/ puan/ cik/ Dato'.

Tempahan/ order : sila SMS kan ke 016-958 5423 [Ust Rosdi]

Salam Ramdhan 1434H.
Moga mencapai 3 tahap yang ada dalam bulan Ramadhan ini ....

Bagi promosi produk, sila rujuk di sisi kanan laman web ini, moga bermanfaat, Bagi dealer rebutlah peluang ini bagi mendapatkan Sabun Nuur Aura al-Bayt [SNAB]
Continue reading →

SALAM RAMADHAN 1434H

0 budak comel komen
ASSALAMUALAIKUM WBT ...

Pengurusan TIB mengucapkan :

Stokis TIB
Dealer TIB
Para pengguna Produk TIB ... 
sama-sama memperbanyakkan amal pada Bulan Rahmat ini insya Allah.


Marhaban Yaa Ramadhan ...
1 hari lagi Nafas .... menjadi Tasbih
1 hari lagi Tidur ... menjadi Ibadah
1 hari lagi Pahala .... dilipat gandakan ...
Itu semua takkan terjadi tanpa maaf dan keikhlasan dari hati kalian ...

MAAF andaikata ada tershashul selama ini ...
Continue reading →

PROMOSI RAMADHAN

0 budak comel komen

PROMOSI JULAI/ OGOS [sehingga Eidulfitri sahaja]

Dealer:
SABUN NUUR AURA AL-BAYT [SNAB]
  1. Pembelian 20 buku Sabun Nuur Aura : RM20 sebuku + FREE kos pos
  2. Bawah 20 buku : RM20 + kos pos

WANGIAN KASTURI TIB
  1. Kasturi Hitam/ Putih [8m] : pembelian 10 botol [RM11 sebotol] + FREE kos pos
  2. Kasturi Kijang [8ml] : Pembelian 10 botol [RM12 sebotol] + FREE kos pos
  3. Bawah 10 botol [harga sama + kos pos ditanggung oleh Dealer]

PEMBELI BIASA.
  1. Pembelian 3 botol Kasturi Hitam/ Putih/ Kijang - 8ml [RM65] : FREE kos pos + Sabun al-Bayt 1 buku.
  2. Pembelian 10 botol Kasturi Hitam/ Putih/ Kijang - 3ml [RM100] : FREE kos pos + sabun al-Bayt 1 buku.
  3. Pembelian 5 buku sabun al-Bayt/ Ros Bidara/ Belireh [RM75] : FREE Kasturi 3ml + kos pos
Continue reading →

KAEDAH MENGELAK DAN IKHTIAR MERAWAT MASALAH NEONATAL JAUNDICE (KUNING)

0 budak comel komen


Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena. 

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. 

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam. 
Continue reading →

PENGURUTAN : sebuah perkongsian

0 budak comel komen

Dari blog TG Ust Wan Asrul Afendi bin Wan Hussin : http://terapi-alfatah.blogspot.com/2013/06/pengurutan.htmlPengurutan untuk pembaikan rahim atau kedudukan rahim perlu dilakukan selepas 2 minggu dari hari kelahiran. Hal ini amat penting dalam memastikan 'darah bantal' dan 'darah bayam' terlebih dahulu habis dikeluarkan.

Darah bantal dan darah bayam ini adalah darah yang telah bercampur dengan lendir di dalam rahim, jika dibiarkan akan mengundang risiko lemahnya rahim atau paling utama Reaksi negatif Menopause (Negative Physical Menopause).

Selain dari itu, terperangkapnya kedua-dua darah ini di dalam rahim akan memberi risiko kepada kanser rahim.

Antara cara mudah yang perlu diamalkan dalam tempoh 2 minggu pertama selepas kelahiran adalah disediakan air rebusan halia dan bunga cengkih, diminum setiap pagi dalam kadar suam sebelum sarapan, insyaALLAH, kesan negatif darah bayam dan darah bantal tidak akan sampai memudaratkan mata dan bekalan oksigen ke kepala ibu dalam pantang tersebut.

Komplikasi-komplikasi kecil darah bayam dan darah bantal ini banyak untuk dihuraikan, ianya seperti tiada apa-apa, tetapi permasalahan dalaman amat ketara akan berlaku.

Sepatutnya para suami perlu sedar dan mahir akan hal pengurusan wanita lebih dari wanita itu sendiri kerana mereka perlu menjaga isteri mereka sewaktu tempoh pemantangan tersebut, tidak kira sepenuh masa atau separuh masa.

Pentingnya ilmu PERBIDANAN kepada kaum suami adalah antara jaminan kebahagiaan rumahtangga khasnya.

Sang faqir mendalami ilmu Perbidanan Melayu Nusantara dari umur 6 tahun di bawah tarbiyyah moyang tersayang, ALLAHyarhamah Yah Bt Adam, oleh sebab itu sang faqir amat teliti dalam bab ibu hamil dan penjagaan ibu dalam pantang.

Kepada yang berminat untuk mempelajari ilmu PERBIDANAN, khusus dalam bab penjagaan Ibu Dalam Pantang, boleh bersedia kuliahnya pada September 2013 ini, insyaALLAH. 

La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

p/s : Sang Faqir ialah TG Ust Wan Asrul al-Aydrus, Pengasas Terapi Islam al-Fatah, Telok Mas Melaka.
Continue reading →

Labels

air refreshner (4) AKARWALI (1) AKUPUNKTUR (5) akupuntur/ acupancture (6) AL-MANNA [ARABIC GUM] (1) alManna Plus (3) aloeverra (5) aloeverra FOREVER (6) ARCTIC SEA (5) argan oil (4) aromaterapi albayt (6) BEKAM (7) bengkel/ kursus (4) BIORICH (4) BISNESS (1) BMB (1) BUAH TUNJUK LANGIT (10) buasir (1) BUKU (4) C2JOY M SDN BHD (2) CERAH (1) CERITA RAWATAN (3) chia seed (1) CODI BIOCEPS (1) CUKA EPAL (1) curcuma mangga/ kunyit putih (5) D & F PERFUME (2) diskaun (1) drresd (15) durian belanda (3) DXN Produk (1) eczema (2) Fiber Detox RCCWW (7) flyers dRResd (2) flyers TIB (1) FOREVER LIVING PRODUCT (FLP) (4) GARLIC THYME (1) GULA O (2) healsdrop (13) homemade soap (3) homeopathy (14) homoepathy (5) HUBUNGI (2) info blog (267) info c2joy (3) info sihat (129) JOM AMAL (2) JOM BISNESS (2) jualan rumah (1) Jus Delima (1) JUS SERI DEWI [JSD] (6) kaliBICH (2) kapsuk HS EVOO (3) KAPSUL BELALAI GAJAH (1) KAPSUL BIJI APRIKOT (17) kapsul dRResd (3) Kapsul Pecah Beling (4) Kapsul Pucuk Betik (2) Kaspul Raja Resdung (3) KASTURI/ GAHARU (9) keratan akhbar (1) KISAH jer (2) KULTIM (1) kursus (4) lulus KKM (1) MANDATE (1) MHS (1) MINSYAM - olive oil (2) Minyak Kelapa Dara MKD (4) MORINGGA/ KELOR (4) Myk Jarak/ Urut (1) Myk Kelapa Dara [VCO] (2) myk zaiton/ habbatus sauda' (10) naturopathy (6) ndlife (16) nt_Virus (1) ONLINE BOOKING (1) PAKEJ PRODUK (10) PEKDIS (1) penawar mata as-suff (1) PENGEDAR (9) PIL ALBAYT (3) pil minda/ gnius mind (1) PIL PERAPAT (5) POMESTEEN FOREVER (3) PROMOSI (71) ramadhan (2) rawatan Naturopathy (2) RCC Stevia (6) RCCWW (6) rezspray (4) SABUN ALBAYT (7) SABUN AURA (6) SABUN BELIREH (5) sabun bidara (2) sabun KKM (6) SABUN LAVA (1) SABUN MARIGOLD (2) SABUN RESDUNG (2) SABUN ROS BIDARA (1) Sabun RSM (7) SABUN SIREH (2) SAFFRON @ ZAAFARAN (12) salsabila al-Bayt (1) SAMBUTAN (1) set nt-resdung (3) set rawatan rambut (1) SHOWER AL-BAYT (5) SPRAY RESDUNG AL-BAYT (8) STOKIS TIB (1) strawberry (1) SUSU C2JOY (5) SUSU CTM M-GARD (1) tanda gangguan (7) tazkirah (6) TESTIMONI (18) TIAF (18) TONIC HAIR (1) track pos (3) ucapan (5) URUTAN BADAN; (2) VIDEO (8) YUMEIHO (6)