:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Dealer/ Stokis masih diperlukan .... Semua stok always available ... Hubungi: UstazDi, NDr. 011-1009 5423

KESAN BURUK DADAH

0 budak comel komen
  1. Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
  2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
  3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.
  4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)
  5. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.
  6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.
  7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
  8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.
  9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.
  10. Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

Continue reading →

JOM STOP MEROKOK

0 budak comel komen

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Continue reading →

PROMOSI MYK ARGAN

0 budak comel komen
Di dalam buah minyak argan yang kecil, terdapat kacang kecil yang memberikan miyak argan. Selama beberapa generasi,, natives of the Argan Forest di Morocco mereka menekan nat buah argan untuk mengeluarkan minyaknya untuk digunakan sebagai makanan tambahan, untuk menyembuhkan luka dan melegakan ruam serta untuk menyuburkan rambut.
Penggunaan minyak argan tidak hanya di Morocco sahaja. Orang ramai di seluruh dunia mengambil kesempatan  daripada manfaat minyak Argan untuk merawat jangkitan kulit, gigitan pepijat dan ruam kulit. Dan sekarang ianya digunakan oleh lelaki dan wanita di seluruh dunia untuk mendapatkan keberkesanannya, pelembab tersebut digunakan pada kulit dan rambut.
Satu sebab utama mengapa minyak argan dikenali sebagai ubat penyembuhan, kerana ianya kaya dengan kandungan Vitamin A dan Vitamin E.
Walau bagaimanapun, minyak argan juga kaya dengan anti-oksidan, Omega-6 dan asid linoleic. Kajian menunjukkan bahawa apabila digunakan pada kulit, ia memudahkan proses keradangan dengan melembapkan kulit.
Apabila digunakan pada luaran, kandungan trocopherol dari Vitamin E, membantu meningkatkan  cell production dan akan menyihatkan kulit dan rambut anda. Ini sebabnya mengapa syarikat –syarikat kosmetik menambah ke dalam produk anti-penuaan, rambut dan penjagaan kulit mereka.

Cara yang terbaik, untuk medapatkan semua manfaat minyak argan ini, anda tidak perlu membeli produk penjagaan kulit dan rambut yang mahal. Anda hanya perlu membeli minyak argan untuk penjagaan rutin kecantikan anda. Harga minyak argan memang begitu mahal tetapi dengan kandungan yang ada padanya memang sungguh berbaloi dan cara peggunaannya ia hanya memerlukan setitis atau dua titis minyak argan  untuk mendapatkan kesannya yang akan menyuburkan rambut dan kulit anda sepanjang hari.
Continue reading →

BEKAMAN DARAH/ ANGIN

0 budak comel komen
Yang berhajat dengan bekam/ cupping atau apa jua nama yang diberikan, di kawasan Bukit Payong, Marang, Terengganu boleh lah berhubung dengan saya, STe (Assoc) NDr Muhd Rosdi 018-245 3824, boleh juga layari laman blog www.bekamnaturopathy.blogspot.com



Continue reading →

IKHTIAR HOMEOPATHY

0 budak comel komen
Semua usaha adalah dari kita. Hukum berusaha mencari kesembuhan ialah HARUS. Saya tidak mendakwa cara rawatan orang lain. Ini semua usaha dan ikhtiar saya yang saya ceburi bidang ini. Sehingga sekarang. Alhamdulillah dah ramai saya bantu, kesembuhan darinya jua.



















Continue reading →

SEMUA NYA USAHA DARI KITA - bab jodoh

0 budak comel komen




Usaha dari kita bagi mendapatkan/ mempercepatkan jodoh. Alhamdulillah saya bantu sepupu-sepupu saya yang lambat/ lewat dapat jodoh. Sekarang dah kawin. Alhamdulillah... manusia nak mempertikaikan silakanlah, usaha dari kita, tiada bercanggah dengan syariat dipersilakan..
semua usaha adalah HARUS dalam Islam, cuma lihat pada menepati syariat, sirik atau tidak yer. Wallahu a'lam.

Continue reading →

PROMOSI SABUN HERBA

0 budak comel komen
dahlah bagi diskaun
bagi free pos
bagi lg sekotak FREE..

Ust Di 018-245 3824
[sementara stok masih ada]

Continue reading →

HealsDrop ; banyak membantu

0 budak comel komen
HealsDrop ; banyak membantu memulihkan masalah dalaman badan. 

Alhamdulillah dgn izinNya.

Hubungi Ust Di 016-958 5423



Continue reading →

Labels

air refreshner (4) AKARWALI (1) AKUPUNKTUR (5) akupuntur/ acupancture (6) AL-MANNA [ARABIC GUM] (1) alManna Plus (3) aloeverra (5) aloeverra FOREVER (6) ARCTIC SEA (5) argan oil (4) aromaterapi albayt (6) BEKAM (7) bengkel/ kursus (4) BIORICH (4) BISNESS (1) BMB (1) BUAH TUNJUK LANGIT (10) buasir (1) BUKU (4) C2JOY M SDN BHD (2) CERAH (1) CERITA RAWATAN (3) chia seed (1) CODI BIOCEPS (1) CUKA EPAL (1) curcuma mangga/ kunyit putih (5) D & F PERFUME (2) diskaun (1) drresd (15) durian belanda (3) DXN Produk (1) eczema (2) Fiber Detox RCCWW (7) flyers dRResd (2) flyers TIB (1) FOREVER LIVING PRODUCT (FLP) (4) GARLIC THYME (1) GULA O (2) healsdrop (13) homemade soap (3) homeopathy (14) homoepathy (5) HUBUNGI (2) info blog (267) info c2joy (3) info sihat (129) JOM AMAL (2) JOM BISNESS (2) jualan rumah (1) Jus Delima (1) JUS SERI DEWI [JSD] (6) kaliBICH (2) kapsuk HS EVOO (3) KAPSUL BELALAI GAJAH (1) KAPSUL BIJI APRIKOT (17) kapsul dRResd (3) Kapsul Pecah Beling (4) Kapsul Pucuk Betik (2) Kaspul Raja Resdung (3) KASTURI/ GAHARU (9) keratan akhbar (1) KISAH jer (2) KULTIM (1) kursus (4) lulus KKM (1) MANDATE (1) MHS (1) MINSYAM - olive oil (2) Minyak Kelapa Dara MKD (4) MORINGGA/ KELOR (4) Myk Jarak/ Urut (1) Myk Kelapa Dara [VCO] (2) myk zaiton/ habbatus sauda' (10) naturopathy (6) ndlife (16) nt_Virus (1) ONLINE BOOKING (1) PAKEJ PRODUK (10) PEKDIS (1) penawar mata as-suff (1) PENGEDAR (9) PIL ALBAYT (3) pil minda/ gnius mind (1) PIL PERAPAT (5) POMESTEEN FOREVER (3) PROMOSI (71) ramadhan (2) rawatan Naturopathy (2) RCC Stevia (6) RCCWW (6) rezspray (4) SABUN ALBAYT (7) SABUN AURA (6) SABUN BELIREH (5) sabun bidara (2) sabun KKM (6) SABUN LAVA (1) SABUN MARIGOLD (2) SABUN RESDUNG (2) SABUN ROS BIDARA (1) Sabun RSM (7) SABUN SIREH (2) SAFFRON @ ZAAFARAN (12) salsabila al-Bayt (1) SAMBUTAN (1) set nt-resdung (3) set rawatan rambut (1) SHOWER AL-BAYT (5) SPRAY RESDUNG AL-BAYT (8) STOKIS TIB (1) strawberry (1) SUSU C2JOY (5) SUSU CTM M-GARD (1) tanda gangguan (7) tazkirah (6) TESTIMONI (18) TIAF (18) TONIC HAIR (1) track pos (3) ucapan (5) URUTAN BADAN; (2) VIDEO (8) YUMEIHO (6)