Petikan dari : http://terapi-alfatah.blogspot.com/2013/05/kembali-kepada-keilmuan-perubatan-islam.html
Kembali
kepada PERUBATAN ISLAM yang sebenar. Adalah dalam keilmuan Perubatan Islam,
sejak dari dahulu, perkara yang diutamakan adalah mengenali diri. Mengenali
diri mempunyai 2 konteks yang sama tapi tidak serupa.
Satu konteks yang pertama adalah mengenali hakikat diri. Konteks kedua adalah mengenali apa yang ada pada diri. Hari ini apabila sebut saja PERUBATAN ISLAM, yang bermain diminda masyarakat, JIN, HANTU, HISTERIA, SIHIR, SANTAU dan PERKARA-PERKARA MISTIK. Aduhaii...
Dalam pada itulah, Ilmuwan Islam terdahulu yang terkenal dalam Perubatan seperti Ar Razi, Ibnu Sina, Al Bayhtor, Ibn Nafis, Az Zahrawi dan lain-lain lagi mendahulukan yang pertama seterusnya mereka menjadi PAKAR dalam hal yang kedua sehingga menggegarkan dunia dengan naskah-naskah mereka, sehingga tidak terjangkau dek orientalis akan kebolehan mereka ini. Contohnya Az Zahrawi, yang dikenali sebagai Bapa Ilmu Bedah, bagaimanakah dirinya boleh sampai ke tahap itu? Yang padahal pada zaman 935M waktu pemerintahan Khalifah Umawiyyah, Abdurrahman An-Nashir, tiada lagi alat MRI, X-Ray dan sebagainya. Ini persoalan yang perlu kita dalami dan kaji.

Dalam pengajian anatomi & fisiologi mengikut
keilmuan Tobib dan kedoktoran Islam, salah satu perkara yang ditekan adalah
sifat penyakit pada sesuatu organ.
Pengkajian ilmu ini secara tidak sedar sudah diamalkan
sejak dahulu lagi. Baik dalam ilmu perubatan, ilmu seni beladiri dan paling
penting dalam ilmu kerohanian. Cuma bezanya, cara pendekatan yang berbeza dan
maklumatnya tidak sampai kepada tahap yang sepatutnya kerana penumpuan tidak ke
arah anatomi dan fisiologi secara khusus.
Dalam keilmuan Tobib, ilmu ini digelar, 'susun ujud
hayat', pengisiannya amat lengkap, cuma masalah yang berlaku adalah pengajian
secara lisan dan tiada manuskrip khusus tentangnya secara khusus pernah
dihasilkan di tanah nusantara ini, namun ianya telah dinasakhkan oleh Al Alim
Allamah Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni di dalam kitab thibb Beliau Kitab Toyyib
al-Ihsan Fi Tibb al-Insan cuma peninggalan manuskrip tersebut tidak begitu
lengkap, dan perlunya melalui kaedah ta
laqqi.
Pentingnya ilmu ini dalam bidang perawatan adalah
DIAGNOS setiap sesuatu akan menjadi lebih tepat, insyaALLAH. Diagnos yang pihak
allopathy gagal temui dan anggap misteri, tetapi dalam Perubatan Islam yang
sebenar, insyaALLAH akan ditemui WALAU SEMISTERI atau SEMISTIK mana jua
penyakit tersebut, kerana sifat baharu semuanya bersifir, dan keilmuan ini ada
sifirnya yang menjadikan pesakit kagum kepada perawat, seumpama perawat itu
kasyaf. Sebenarnya bukan kasyaf, tetapi ianya adalah sifir diagnos, oleh kerana
itu ianya 90% tepat tanpa menggunakan alatan, insyaALLAH. (10% lagi adalah
kejujuran pesakit mengakui akannya atau tidak)
Adapun perihal kasyaf atau hatif atau bashiron, itu
untuk panduan diri sendiri, bukan untuk bahan gebangan kepada orang awam apatah
lagi pesakit. Fahami HAK dan AMANAH ALLAH.
Oleh kerana itu, ada satu ungkapan, mengatakan
bahawa perubatan merupakan 1/1000 dari waridan auliya'. KENAPA?
Kerana jika perawat tersebut merujuk atau sedar
akan konteks mengenal diri yang pertama, maka konteks mengenal diri yang kedua
akan dikuasainya.
Mari
kita sama-sama mengiktiaraf kembali Perubatan Islam yang sebenar.