KISAH 1.
Suatu petang di bulan Ramadhan 1434H ini, ketika itu aku sedang mengangkat kain di jemuran, kelihatan di screen HP panggilan, tak bernama, no siapalah dalam hati ku... seperti biasa ku angkat dan mulakan perbualan dengan salam ... Ooo akak, ada apa yer kak ..
Wanita ini menelefon aku bertanyakan kaedah bagaimana nak 'lepaskan' kenazakan ibunya yang dia dan ahli keluarganya merasakan ibunya yang terlantar sakit itu seakan ada gangguan... katanya dia dan ahli keluarganya sudah memanggil ustaz berhampiran merawat ibunya yang sakit itu, hasil cerapan ustaz itu [tak tahu ustaz ke tak lah] mengatakan adanya budak yang menganggun kenazakan ibunya... seolah saka.
Aku mendengar dengan teliti, satu demi satu akak tadi membicarakan keadaan ibunya, sepanjang yang ku tahu ibunya memang ahli Quraan, membaca al-Quraan dengan memahami maksud ayat al-Quraan berkenaan. Dari muda memang dia membaca al-Quraan sebegitu, istilahnya Tadabbur.
Tanpa keberatan, aku kongsikan kaedah mempermudahkan urusan makcik berkenaan, Alhamdulillah dengan barokah berguru ilmu ni, Allah hantarkan bantuan, makcik tadi menghembuskan nafas yang terakhir : selang seketika, si anak tadi sms pd ana : Ustaz, AlhamduLILLAH, mak saya dah meninggal ... jadi ana terkejut, nak ucap takziah atau tahniah?!
Arwah dikebumikan di Dungun Terengganu. Si anak tadi selang beberapa hari berjumpa dengan ana bertanyakan kenapa sepanjang berikhtiar dengan kaedah yang ana bagi, semasa roh nak habis, dia ternampak ada cahaya putih keluar dari halkum ke mulut maknya...? Ana membalas, no komen, itu rahsia Allah.
KISAH 2.
Seorang suami sms ana dan menyatakan, Ustaz, isteri saya mintak saya lepaskan saya sebab ibu saya menyihir isteri saya ... isteri saya bagi pilihan, nak dia atau nak ibu saya... saya jawab nak ibu saya lagi lah.... tolong saya Ustaz... rintihan sang suami.. Allahu Akbar! Aku pohon padamu akan ketabahan bagi diriku Ya Allah, Engkau hantarkan manusia yang bermasalah untukku bantu...
Perkara pertama dalam masalah rumahtangga :
- Masalah diranjang.
- Masalah kewangan
- Masalah Tanggungjawab suami/ isteri
- Masalah berat sebelah
- Masalah jeles melampau