Dari kalam Sidi Wan Asrul al-Aydrus.
RAMUAN PERAWAN
AlhamduLILLAH, selepas artikel ringkas berkenaan “Kembali Dara’ melekat
di dinding FB sang faqir, banyak respon yang diperolehi.
Daripada banyak-banyak respon yang diperolehi, respon dari golongan
wanita yang masih belum mendirikan rumahtangga juga ada, dengan
pertanyaan ; “Bolehkah remedy tersebut diamalkan oleh mereka yang masih
belum berkahwin?”
Jawapannya adalah BOLEH, TETAPI TIDAK
DIGALAKKAN. Hal ini adalah kerana keadaan rahim dan vagina bagi mereka
yang masih belum berkahwin adalah berbeza dengan mereka yang telah
berkahwin. Antara fungsi ramuan sebelum ini adalah mengetatkan
menguatkan rahim dan otot vagina, kerana terdapatnya manjakani (buah) di
dalamnya, sinergi manjakani mendominasi ramuan tersebut bagi fungsi
yang telah disebutkan.
Di sini sang faqir berkongsi remedi bagi KAUM GADIS dalam penjagaan dalaman.
Masalah utama bagi kaum gadis adalah masalah dismenore atau bahasa
mudahnya Senggugut. Permasalahan senggugut ini jika dibiarkan daripada
sebelum berkahwin lagi, akan mendorong kepada risiko sukar beroleh
zuriat, masalah sista (cyst) ataupun fibroid dan paling utama adalah
masalah keputihan yang tidak terkawal. Tidak kiralah senggugut primer
atau sekunder.
Hal ini termasuk dengan mereka yang mengalami masalah sembelit, masalah kegemukan, masalah alahan dan sebagainya.
Maka, sang faqir menyediakan bahanan yang merangkumi penyelesaian
secara umum bagi permasalahan di atas, dan khusus bagi masalah rahim
serta vagina.
Ramuan ini juga sesuai kepada mereka yang mengalami
masalah haid yang tidak stabil juga masalah gangguan makhluk halus di
dalam rahim.
Ramuan ini diberi nama PERAWAN. Perawan dalam istilah kaum gadis yang menjaga diri luaran dan dalaman.
BAHANANNYA (BEKALAN 3 PAGI PENGAMBILAN) :
- Daun Sirih ( Kalau dapat selebar tapak tangan masing-masing) - 9 helai
- Kulit Kayu Manis - 7 Batang
- Bunga Lawang – 7 kuntum
- Halia Muda – 3 Ulas ( Seulas 3 inci)
- Gula Batu 3 ketul ( Seketul 3 inci) atau boleh digantikan dengan madu lebah 7 sudu (Selepas bahanan siap direbuskan).
- Air putih 500-600ml.
KAEDAH PENYIAPKAN :
- Kesemua bahan direbus dengan api yang perlahan selama 30-40 minit (sebaiknya periuk tanah).
- Setelah siap direbuskan, bau bahanan ‘naik’, sifat bahanan asal berubah warna (contohnya hijau daun sirih bertukar menjadi kelabu).
- Ditapis, kemudian diminum sebelum sarapan.
- Pastikan semasa rebusan, elakkan berbuih-buih (direneh-reneh).
- Bahanan yang telah ditapis, boleh digunakan semula untuk 2 kali rebusan, lebih dari itu, sinergi bahan sudah berkurangan.
TATACARA MINUM :
- Diminum sebelum mengambil sarapan. Lazimnya sukatan air selepas rebusan, dari 500-600ml akan surut ke 300-400ml.
- Pengambilan dilakukan selama 7 hari berturut-turut bagi mereka yang bermasalah. 3 hari berturut-turut bagi mereka yang normal (diamalkan setiap bulan selepas bersih haid)
- Bagi yang akan melangsungkan perkahwinan, digalakkan pengambilan selama 2 minggu berturut-turut sebelum dari tarikh keramat tersebut.
- Al Fatihah 3x, berdoa pada setiap kali waqaf ayat : 3 (Ar Rahmanir Rahim).
- Ayatul Kursi 3x berdoa pada setiap kali waqaf kalimat (Wala ya’u dhuhu ….)
- 3 Qul 1x
- Surah Al Waqiah : 35-36 (3x).