:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Dealer/ Stokis masih diperlukan .... Semua stok always available ... Hubungi: UstazDi, NDr. 011-1009 5423

Rawatan Sakit Lutut

0 budak comel komen
Apakah itu Osteoartritis?Proses osteoartritis bermula dengan penghausan tulang rawan pada sendi. Tulang rawan berfungsi sebagai kusyen di antara sendi yang membolehkan sendi bergerak lancar. Ia adalah tisu yang tegap, berfungsi untuk menyerap kesan hentakan semasa bergerak dan bersenam.
Apabila tulang rawan menjadi haus dan nipis, ruang antara sendi menjadi sempit. Ini mengakibatkan hujung tulang bergesel di antara satu sama lain. Geselan tulang ini akan menyebabkan sendi menjadi sakit pembentukan tulang baru di hujung tulang menghasilkan pembengkakan sendi.
Mereka yang telah berumur dan mempunyai berat badan yang berlebihan didapati lebih mudah mendapat OA. Kaum wanita berkecenderungan mendapat OA lebih awal dan lebih teruk daripada kaum lelaki, dan di dalam sesetengah kes, OA mungkin menjejaskan seluruh keluarga.
Sendi-Sendi Yang Terlibat
  1. Sendi-sendi jari. - Mengakibatkan bonjolan di sendi-sendi hujung jari. Ia lebih kerap di kalangan kaum wanita yang mempunyai penyakit yang sama di kalangan ahli keluarga.
  2. Tulang belakang.
  3. Sendi-sendi yang terlibat dalam menampung berat badan seperti sendi pinggul, lutut dan kaki.
Faktor Faktor Risiko Osteoartritis
  1. Penuaan. - Osteoartritis jarang berlaku di bawah umur 40an. Penyakit ini lebih kerap di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas.
  2. Obesiti (kegemukan).
  3. Penyakit radang sendi yang lain seperti rheumatoid arthritis dan jangkitan kuman.
  4. Kecederaan sendi.

Tanda-Tanda Osteoartritis
  1. Sakit pada sendi apabila digunakan atau digerakkan.
  2. Ketidakstabilan pada sendi.
  3. Pergerakan dan penggunaan sendi yang terhad.
  4. Bengkak sendi.
  5. Sendi berbunyi apabila digerakkan.

Dalam kes OA lutut, adalah penting untuk mengurangkan bebanan mekanikal ke atas sendi. Penurunan berat badan sangat perlu jika berat badan pesakit berlebihan dan pengukuhan otot (quadriceps strengthening) juga penting untuk merencatkan perkembangan OA lutut. Mendapatkan bantuan daripada pakar fisioterapi yang boleh memberi nasihat mengenai senaman otot dan alat perlindungan untuk lutut adalah berguna.

Kadang-kadang terdapat banyak cecair di dalam sendi. Bila ini berlaku, ia mungkin membantu pesakit sekiranya cecair itu dikeluarkan serta menyuntik sendi berkenaan dengan agen anti-inflamasi seperti triamcinolone. Suntikan-suntikan lain yang telah digunakan untuk OA lutut ialah yang mengandungi asid hyaluronic, (kaedah ini dipanggil viscosupplementation), sejenis bahan yang dikeluarkan secara semulajadi yang di dapati dalam cecair yang memang ada pada sendi. Viscosupplementation boleh melegakan kesakitan mekanikal berkaitan dengan OA lutut dalam sesetengah pesakit. Bagaimanapun rawatan ini terpaksa diulangi bila perlu kerana kesan baiknya tidak tetap.


Apakah Masalah Yang Mungkin Timbul Akibat Osteoartritis. 

  1. Gangguan fungsi sendi akan mengehadkan pergerakan pesakit. Ini mengakibatkan masalah kurang upaya.
  2. Kesulitan dalam melakukan aktiviti harian seperti berjalan, bersila, menaiki tangga, mencangkung dan sebagainya.
  3. Hilang upaya untuk menjalani kehidupan harian dan terpaksa bergantung kepada orang lain.
  4. Tekanan mental dan kemurungan. 
Rawatan
  1. Rawatan osteoartritis bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan sendi agar fungsi sendi dapat dikekalkan atau dipertingkatkan.
  2. Mengurangkan berat badan. Bukti saintifik menunjukkan pengurangan berat badan sebanyak 5 kg akan mengurangkan tekanan ke atas sendi lutut sebanyak 15-20 kg.
  3. Pemulihan anggota dan cara kerja.
  4. Ubat-ubatan yang disarankan contohnya, ubat penahan sakit seperti paracetamol dan ubat “nonsteroidal anti-inflammatory drug” (NSAID).
  5. Suntikan di sendi jika diperlukan.
  6. Alat-alat bantuan pergerakan.
  7. Pembedahan ke atas sendi-sendi yang telah hilang fungsi untuk mengembalikan fungsi sendi dan menghilangkan kesakitan.

TAMBAHANTERAPI BEKAM, URUTAN YUMEIHO DAN TERAPI AKUPUNTUR dapat melegakan dan mengurangkan masalah sakit lutut. Bahkan jika rawatan ini dilakukan secara berulang kali serta ditambah dengan pemakanan sunnah (madu, habbatussauda, cuka dan lain-lain) insya Allah dapat menyembuhkan sakit lutut.


Dalam jangka masa beberapa tahun yang lalu, terdapat beberapa agen yang menunjukkan kemampuan bagi membantu membantutkan perkembangan OA sebaik sahaja ia bermula, terutama OA lutut. Glucosamine sulfate, chondroidin sulfate dan diacerin adalah agen-agen yang berupaya memberi kelegaan untuk OA lutut. Dalam beberapa kes, agen-agen ini mungkin memperlahankan perkembangan degradasi tulang rawan.  

Walaubagaimanapun, tiada agen-agen yang kini ada dapat membina tulang rawan, dan patut digunakan sebagai tambahan dengan cara-cara yang tidak menggunakan ubat seperti mengurangkan berat badan dan senaman quadriceps.

Rawatan FizikalRawatan dengan menggunakan pek ais amat berguna sekiranya terdapat sakit sendi lutut yang akut. Untuk mengurangkan kekakuan sendi, rawatan dengan pek panas amatlah berkesan. Senaman untuk menguatkan otot quadriceps (otot lutut) pada bahagian hadapan peha adalah penting untuk menstabilkan sendi lutut. Pada masa yang sama, senaman untuk menggerakkan sendi lutut diperlukan untuk membantu anda mengurangkan beban atas sendi lutut.

Leave a Reply

Labels

air refreshner (4) AKARWALI (1) AKUPUNKTUR (5) akupuntur/ acupancture (6) AL-MANNA [ARABIC GUM] (1) alManna Plus (3) aloeverra (5) aloeverra FOREVER (6) ARCTIC SEA (5) argan oil (4) aromaterapi albayt (6) BEKAM (7) bengkel/ kursus (4) BIORICH (4) BISNESS (1) BMB (1) BUAH TUNJUK LANGIT (10) buasir (1) BUKU (4) C2JOY M SDN BHD (2) CERAH (1) CERITA RAWATAN (3) chia seed (1) CODI BIOCEPS (1) CUKA EPAL (1) curcuma mangga/ kunyit putih (5) D & F PERFUME (2) diskaun (1) drresd (15) durian belanda (3) DXN Produk (1) eczema (2) Fiber Detox RCCWW (7) flyers dRResd (2) flyers TIB (1) FOREVER LIVING PRODUCT (FLP) (4) GARLIC THYME (1) GULA O (2) healsdrop (13) homemade soap (3) homeopathy (14) homoepathy (5) HUBUNGI (2) info blog (267) info c2joy (3) info sihat (129) JOM AMAL (2) JOM BISNESS (2) jualan rumah (1) Jus Delima (1) JUS SERI DEWI [JSD] (6) kaliBICH (2) kapsuk HS EVOO (3) KAPSUL BELALAI GAJAH (1) KAPSUL BIJI APRIKOT (17) kapsul dRResd (3) Kapsul Pecah Beling (4) Kapsul Pucuk Betik (2) Kaspul Raja Resdung (3) KASTURI/ GAHARU (9) keratan akhbar (1) KISAH jer (2) KULTIM (1) kursus (4) lulus KKM (1) MANDATE (1) MHS (1) MINSYAM - olive oil (2) Minyak Kelapa Dara MKD (4) MORINGGA/ KELOR (4) Myk Jarak/ Urut (1) Myk Kelapa Dara [VCO] (2) myk zaiton/ habbatus sauda' (10) naturopathy (6) ndlife (16) nt_Virus (1) ONLINE BOOKING (1) PAKEJ PRODUK (10) PEKDIS (1) penawar mata as-suff (1) PENGEDAR (9) PIL ALBAYT (3) pil minda/ gnius mind (1) PIL PERAPAT (5) POMESTEEN FOREVER (3) PROMOSI (71) ramadhan (2) rawatan Naturopathy (2) RCC Stevia (6) RCCWW (6) rezspray (4) SABUN ALBAYT (7) SABUN AURA (6) SABUN BELIREH (5) sabun bidara (2) sabun KKM (6) SABUN LAVA (1) SABUN MARIGOLD (2) SABUN RESDUNG (2) SABUN ROS BIDARA (1) Sabun RSM (7) SABUN SIREH (2) SAFFRON @ ZAAFARAN (12) salsabila al-Bayt (1) SAMBUTAN (1) set nt-resdung (3) set rawatan rambut (1) SHOWER AL-BAYT (5) SPRAY RESDUNG AL-BAYT (8) STOKIS TIB (1) strawberry (1) SUSU C2JOY (5) SUSU CTM M-GARD (1) tanda gangguan (7) tazkirah (6) TESTIMONI (18) TIAF (18) TONIC HAIR (1) track pos (3) ucapan (5) URUTAN BADAN; (2) VIDEO (8) YUMEIHO (6)