TENTANG ZAAFARAN:(Yang jarang orang ambil tahu)
Ingin menekankan prinsip alamiah
Khasiat utama zaafaran boleh" terhapus dan termusnah" bila mana:
1. Di rendam dalam air mendidih/air panas
- Zaafaran adalah herba yang sensitif terhadap suhu
tinggi,di mana fungsi asalnya sebagai antioxidant akan termusnah bila kita
gunakan air yang mendidih.
- Keistimewaan zaafaran adalah ia tetap akan mengeluarkan
khasiat daripada patinya meskipun kita gunakan dalam jumlah urat yang
sangat sedikit.
- Nisbah 3 urat saffron dilarut ke dalam 100 hingga 150ml
air biasa(atau sedikit suam) sudah memadai keperluan harian kita.
- Jika kita mahu sediakan jumlah yang lebih
besar,larutkan 9 urat saffron ke dalam 1 jar /pot sdahana besar dengan
anggaran 1.5 litre air.ia boleh di ulang-ulang minum oleh semua ahli
keluarga termasuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas.
- Jika dapat habiskan air bancuhan dalam tempoh 24 jam
bagi mengelakkan pembiakan mikroorgansima akibat air yang tercemar.
2. Di masak dgn kaedah bakar
- Zaafaran tidak sesuai di masukkan sebagai ramuan
masakan jenis bakar.
- Walau bagaimanapun ia boleh menggantikan herba perapan
seperti kunyit dan menjadi pewarna asli dalam masakan.
- Cuma setelah dibakar(misalnya perapan ayam) khasiat
utamanya termusnah dan kita dapat manfaat warna semulajadinya sahaja.
- Sebaiknya ditabur atas lauk pauk yang siap di masak
bagi mendapatkan khasiatnya pada tahap maksimum.
- Antara lain, boleh dibuat sebagai penambah warna dan
perasa serta khasiat puding,kek dan manisan,nasi,bihun...tetapi cukup
sekadar ditabur di atas makanan itu tadi.
3. Di kisar
- Sangat-sangat tidak digalakkan membeli zaafaran dalam
bentuk serbuk.
- Kerana setelah dikisarkan secara modern,hampir
keseluruhan zat zaafaran telah pun "dilemahkan".
- Cara terbaik mengamalkan zaafaran adalah dalam bentuk
aslinya iaitu urat/ filamentnya.
- Kerana itu zaafaran di anggap herba termahal di atas
muka bumi ini.
- Untuk mendapatkan 1gm zaafaran memerlukan
beratus-ratus/ribuan filament.
- Walau bagaimanapun zaafaran berkualiti baik tidak
menuntut kita mengambilnya dalam jumlah besar.
- 1 gram zaafaran bertahan selama beberapa bulan untuk
kegunaan seisi keluarga.
Bagi zaafaran yang dikisar, ia dibolehkan dengan syarat:
- Dikisar/ditumbuk secara manual sebanyak 3 hingga 5 urat
setiapkali penggunaan. Tidak ditumbuk atau dikisar siap2 sejumlah yang besar.
- Kemudian di gaul rata dengan ramuan herba lain bagi
tujuan perubatan.(sebagai pes herba)
Bagi tujuan untuk minum, cara terbaik seperti pernah dikongsikan
sebelum-sebelum ini..
- Larutkan 3 filament/urat dalm 100-150ml air suam/air
biasa lalu diminum setelah keluar pati dan warnanya. Lebihan urat2 tadi
kunyahlah perlahan-lahan dan telan.
- Ia sangat bermanfaat untuk mengaktifkan enzim-enzim
dalam tubuh,berbanding serbuk yang tidak lagi memberi kesan ..
Fungsi zaafaran:
1. Memelihara kesihatan saraf ,
2. Menguatkan memori dan daya ingatan,
3. Mengurangi risiko penyakit nyanyuk,
4. Menguatkan rahim dan menambah kesuburan wanita,
5. Mengharumkan tubuh,
6. Merupakan anti kanser,
7. Mencantikkan tona kulit,
8. Dan pelbagai khasiat khusus.
Jom amal zaafaran
Perkongsian manfaat dari Puan Muslim Cottage [FB]
1. Di rendam dalam air mendidih/air panas
2. Di masak dgn kaedah bakar
- Dikisar/ditumbuk secara manual sebanyak 3 hingga 5 urat setiapkali penggunaan. Tidak ditumbuk atau dikisar siap2 sejumlah yang besar.
- Kemudian di gaul rata dengan ramuan herba lain bagi tujuan perubatan.(sebagai pes herba)
- Larutkan 3 filament/urat dalm 100-150ml air suam/air biasa lalu diminum setelah keluar pati dan warnanya. Lebihan urat2 tadi kunyahlah perlahan-lahan dan telan.
- Ia sangat bermanfaat untuk mengaktifkan enzim-enzim dalam tubuh,berbanding serbuk yang tidak lagi memberi kesan ..
Perkongsian manfaat dari Puan Muslim Cottage [FB]