:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Dealer/ Stokis masih diperlukan .... Semua stok always available ... Hubungi: UstazDi, NDr. 011-1009 5423

PERUBATAN AKUPUNKTUR

0 budak comel komen

APA KELEBIHAN PERUBATAN AKUPUNKTUR CHINA ?

AKUPUNTUR adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertentu badan yang dikenali sebagai ‘Acupuncture Point’. Rawatan jenis ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China. Dikalangan ahli-ahli perubatan, mereka memberi penghurmatan kepada China, kerana pengamalan jenis ini banyak diamalkan oleh rakyat jelata sejak 4000 tahun yang silam sampai kehari ini.

Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa pertama didunia yang mencatit sejarah tentang Perubatan Akupuntur dengan lengkap dan tersusun yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ‘ Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masehi (Terjemahan buku ini ada dalam simpanan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Beijing, China)

Pada zaman kuno orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu, buluh dan lain-lain sebagai asas perawatan untuk menekan atau menusuk dibahagian tertentu badan. Dizaman moden ini, alat-alat tersebut telah diganti dengan menggunakan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile, yang diperbuat daripada berbagai logam seperti ‘Jarum Silver, Copper dan Jarum Emas’
Diantara banyak jarum, Jarum Emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarkan tenaga ‘qi’ yang 100 kali ganda kekuatan dari jarum silver. ( Jaum Emas ada dalam simpan Prof Dr Nik Omar yang didapatinya dari Negeri China )

Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada magnetik yang kita namakan sebagai kuasa ubat pada jarum tersebut. Sebab itulah bila ditusuk kesuatu titik khas dibadan, jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat atau bengkak. Semua rasa-rasa ini yang dikenali sebagai ‘Deqi’ mengeluarkan arus letrik melalui apa yang dinamakan sebagai koleteral, channel atau meridian, yang kesmuanya bisa mengeluarkan kuasa qi yang secukupnya untuk melega atau menyembuhkan sesuatu penyakit.

APAKAH BENTUK AKUPUNTUR

Dalam akupuntur ada berbagai teknik antaranya ialah:-
  1. Akupuntur Klassik ( Menggunakan Jarum-Jarum Halus )
  2. Akupuntur Eletrik ( Menggunakan Stimulaor Letrik Voltage Rendah )
  3. Akupuntur Elektronik ( Mengggunakan alat-alat elektronik kecil )
  4. Akupuntur Bekam Darah ( Acu-Bekam Mengeluarkan Darah Kotor )
  5. Akupuntur Bekam Angin ( Acu-Bekam Sedut Angin Keluar Dari Badan)
  6. Akupuntur Mosibusi ( Akupuntur menghangatkan pada titik tertentu)
  7. Akupuntur Kepala ( Scalp Acupuncture )
  8. Akupuntur Telinga ( Auricular Acupuncture )
  9. Akupuntur Mata ( Eye Acupuncture / Iridology )
  10. Akupuntur Kaki ( Foot Acupuncture / Reflexology )
  11. Akupuntur Urut ( Acupressure / Shiatu / Massage, Reiki )
  12. Akupuntur Homeopati (Integrated Homeopathic & Acupuncture - Homeopuncture), dll
APAKAH TUSUKAN JARUM AKUPUNTUR SAKIT

Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur dimana-mana bahagian badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Jarum tersebut diletakkan dibahagian lapisan atas kulit sahaja diantara 1 ‘cun’ hingga 2 ‘cun’ atau 0.5cm hingga 1 cm sahaja. Kalau pun sakit, ianya bagai digigit semut pada tusukan pertama sahaja.

APAKAH JARUM AKUNPUTUR BAHAYA
  1. Jarum akupuntur moden telah datang dalam keadaan siap dalam packing yang telah disuci-hama atau sterile. Setiap pengamal akupuntur sudah pasti pegang jarum tersebut terlebih dahulu sebelum menusujkan kepada badan pesakit. Oleh itu jika ada bakteria atau hama tentu doktor dahulu yang dijangkitinya . Hal ini sama sekali tidak diingini oleh setiap doktor.
  2. Anda tidak perlu khuatir setiap jarum akupuntur adalah bersih dan selamat.


APAKAH JARUM AKUPUNTUR AKAN MEREBAKNYA AIDS

Belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merenbak melalui jarum akupuntur. 
AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, yang diguna pakai oleh penagih dadah, mereka bergilir-gilir menggunakan jarum yang sama dan menyuntik lebih dari berpuloh-puloh kali jarum yang sama, tanpa bersih, tanpa rebus atau tanpa di masukkan kedalam autoclave.


APA PERBEZAAN ANTARA JARUM BIASA DENGAN JARUM AKUPUNTUR
  1. Jarum biasa mempunyai ukuran badan yang besar dan keras. Didalammnya berongga untuk mengalirkan ubat-ubat sewaktu melakukan sesuatu suntikan. Suntikan dengan jarum-jarum ini mendatangkan kesakitan 80 - 90 % 
  2. Sementara Jarum Akupuntur, halus sebesar rambut yang diperbuat daripada logam khas bermagnet, tidak ada lubang, tidak berkarat dan tidak boleh patah. Sakit pada suntikan jarum akupuntur hanya 5 % sahaja.
  3. Bagi orang-orang yang takut pada jarum atau orang-orang sensitif, kesakitan boleh mencapai 20 % Boleh dikatakan 80 % pesakit menyatakan tidak mengalami apa-apa kesakitan.

APA YANG DAPAT DISEMBUHKAN OLEH RAWATAN AKUPUNTUR.

Sebenarnya banyak penyakit dapat dimanafatkan oleh pesakit melalui rawatan akupuntur. Badan Kesihatan Dunia, WHO telah menggariskan penyakit-penyakit yang disenaraikan disini adalah baik untuk rawatan akupuntur :

SISTEM PERNAFASAN GANGGUAN MATA
  1. Resdung / Sinusitis Sakit Mata Awal / conjunctivitis
  2. Selsema / Rhinitis Radangan Retina / retinitis
  3. Selsema Berair Myopia Pada kanak-Kanak
  4. Tonsilitis /Katarak

GANGGUAN PENCERNAAN GANGGUAN MULUT
  1. Spasm pada esophagus Sakit Gigi
  2. Tersedu / hiccough Sakit Gusi
  3. Gastroptosis Sakit Halkum
  4. Gastrik
  5. Duodenal Ulcer, Colitis SISTEM PERNAFASAN
  6. Sembelit, Cirit Birit Batuk Bronkitis
  7. Paralysis Usus Asma Bronkial

NEUROLOGICAL AND MUSCULO-SKELETAL DISORDER - (Rawatan Yang Dianggap Terbaik Pada Akupunktur)
  1. Sakit Kepala dan Migrin
  2. Sakit Urat Saraf Muka atau kepala
  3. Lumpuh Sebelah Muka / Bell Palsy
  4. Kesan dari Strok / Lumpuh
  5. Penyakit Meniere’s

Masalah Kencing Kerap atau Tidak boleh kencing
  1. Frozen Shoulder atau Tennis Elbow
  2. Sakit Belikat / Sakit Bahagian pinggang
  3. Sakit Kerangka Punggong
  4. Sakit Sendi Tulang

Leave a Reply

Labels

air refreshner (4) AKARWALI (1) AKUPUNKTUR (5) akupuntur/ acupancture (6) AL-MANNA [ARABIC GUM] (1) alManna Plus (3) aloeverra (5) aloeverra FOREVER (6) ARCTIC SEA (5) argan oil (4) aromaterapi albayt (6) BEKAM (7) bengkel/ kursus (4) BIORICH (4) BISNESS (1) BMB (1) BUAH TUNJUK LANGIT (10) buasir (1) BUKU (4) C2JOY M SDN BHD (2) CERAH (1) CERITA RAWATAN (3) chia seed (1) CODI BIOCEPS (1) CUKA EPAL (1) curcuma mangga/ kunyit putih (5) D & F PERFUME (2) diskaun (1) drresd (15) durian belanda (3) DXN Produk (1) eczema (2) Fiber Detox RCCWW (7) flyers dRResd (2) flyers TIB (1) FOREVER LIVING PRODUCT (FLP) (4) GARLIC THYME (1) GULA O (2) healsdrop (13) homemade soap (3) homeopathy (14) homoepathy (5) HUBUNGI (2) info blog (267) info c2joy (3) info sihat (129) JOM AMAL (2) JOM BISNESS (2) jualan rumah (1) Jus Delima (1) JUS SERI DEWI [JSD] (6) kaliBICH (2) kapsuk HS EVOO (3) KAPSUL BELALAI GAJAH (1) KAPSUL BIJI APRIKOT (17) kapsul dRResd (3) Kapsul Pecah Beling (4) Kapsul Pucuk Betik (2) Kaspul Raja Resdung (3) KASTURI/ GAHARU (9) keratan akhbar (1) KISAH jer (2) KULTIM (1) kursus (4) lulus KKM (1) MANDATE (1) MHS (1) MINSYAM - olive oil (2) Minyak Kelapa Dara MKD (4) MORINGGA/ KELOR (4) Myk Jarak/ Urut (1) Myk Kelapa Dara [VCO] (2) myk zaiton/ habbatus sauda' (10) naturopathy (6) ndlife (16) nt_Virus (1) ONLINE BOOKING (1) PAKEJ PRODUK (10) PEKDIS (1) penawar mata as-suff (1) PENGEDAR (9) PIL ALBAYT (3) pil minda/ gnius mind (1) PIL PERAPAT (5) POMESTEEN FOREVER (3) PROMOSI (71) ramadhan (2) rawatan Naturopathy (2) RCC Stevia (6) RCCWW (6) rezspray (4) SABUN ALBAYT (7) SABUN AURA (6) SABUN BELIREH (5) sabun bidara (2) sabun KKM (6) SABUN LAVA (1) SABUN MARIGOLD (2) SABUN RESDUNG (2) SABUN ROS BIDARA (1) Sabun RSM (7) SABUN SIREH (2) SAFFRON @ ZAAFARAN (12) salsabila al-Bayt (1) SAMBUTAN (1) set nt-resdung (3) set rawatan rambut (1) SHOWER AL-BAYT (5) SPRAY RESDUNG AL-BAYT (8) STOKIS TIB (1) strawberry (1) SUSU C2JOY (5) SUSU CTM M-GARD (1) tanda gangguan (7) tazkirah (6) TESTIMONI (18) TIAF (18) TONIC HAIR (1) track pos (3) ucapan (5) URUTAN BADAN; (2) VIDEO (8) YUMEIHO (6)