Adakah anda penggemar bawang putih? Sering masukkan bawang putih dalam masakan anda? Tidak? Tahukah anda, bawang putih sangat berkhasiat kepada tubuh badan kita?
Disebabkan itu, produk mengandungi ekstrak bawang putih telah dicipta, iaitu ‘Forever Garlic-Thyme. Allium sativum atau lebih dikenali sebagai bawang putih mengandungi air, kalori (tenaga), kalsium, sativine, lemak, sulfur, protein, kalium, karbohidrat, zat besi, fosforus, allicin, vitamin A,B dan C, scordinin dan sebagainya. Gabungan zat-zat ini menjadikan bawang putih sangat berkhasiat kepada tubuh badan kita.
Apakah khasiat yang terhasil daripada gabungan zat-zat ini? Kehadiran bahan kimia utama iaitu Sativine dan Allicin dalam bawang putih (garlic-thyme) berfungsi sebagai agen antiseptik, antikuman dan akan melawan penyakit sehingga kuman mati. Allicin juga merupakan zat aktif yang mempunyai daya antibiotik yang sangat kuat. Oleh itu tidak hairanlah jika bawang putih sering digunakan untuk merawat luka.
Selain itu, bawang putih membantu menyembuhkan penyakit kronik. Ini kerana terdapatnya bahan aktif Allium (Dialyl Sulfides) yang berfungsi untuk menungkat keaktifan sistem imun untuk melawan kanser dan memecahkan bahan pembentukan kanser. Kajian membuktikan Dialyl Sulfides telah dicatatkan berupaya untuk mengurangkan kadar karsinogen (agen pembentukan kanser) dalam organ hati yang tidak aktif. Pembentukan kanser di dalam tubuh seperti kanser perut, kanser usus, kanser hati, kanser pankreas, kanser prostat, kanser rahim dan kanser tulang dapat dielakkan dengan pengambilan bawang putih.
Bawang putih juga dapat mencuci darah dan menyingkirkan bahan beracun termasuk logam berat dari tubuh manusia. Ia dicatatkan berkesan menentang penyakit jantung dan mencuci serta mengurangkan proses pembekuan darah. jika saluran darah mengandungi plak kolestrol yang tidak sepatutnya, bawang putih dapat membantudarah mengalir lebih lancer dengan memecahkan kolestrol yang tak diperlukan. Penyakit berkaitan dengan jantung dan peredaran darah seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, strok dan lain-lain juga dapat dielakkan.
Kandungan kimia lain seperti Scordinin diyakini dapat memberikan dan meningkatkan daya tahan dan perkembangan tubuh seseorang. Bawang putih berkemampuan bergabung dengan protein dan menguraikan protein tersebut sehingga ia mudah dicerna oleh tubuh dan membantu sistem pencernaan. Bagi mereka yang sering mengalami masalah sakit kepala, bawang putih adalah penyelesaian anda.
Selain ekstrak bawang putih, produk ini juga digabungkan dengan sejenis herba dipanggil Thyme. Thyme adalah tumbuhan yang mempunyai komponen-komponen aktif seperti Tannin, Triperne, Aliphatic Resin, Flavonoid, dan Thynol. Thymol yang secara saintifiknya mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-kulat.
Thyme penuh dengan mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum. Daun thyme adalah salah satu sumber yang paling kayapotassium, iron, calcium, manganese,magnesium dan selenium. Potassium merupakan komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar tekanan jantung dan tekanan darah. Manganese digunakan oleh badan sebagai faktor gabungan untuk enzim antioksidan, superoxide dismutase. Manakala iron/besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.
Herba Thyme juga sumber yang kaya dengan pelbagai vitamin penting seperti B-kompleks vitamin, beta karotena, vitamin-A, vitamin-K, vitamin-E, vitamin-C, dan asid folik. Vitamin-C membantu tubuh manusiameningkatkan rintangan terhadap agen jangkitan berberbahaya dan radang radikal bebas.
Vitamin-A adalah vitamin larut lemak dan antioksidan yang diperlukanuntuk mengekalkan membran mukus yang sihat dan kulit dan ia juga penting untuk kesihatan penglihatan. Pengambilan makanan semula jadi yang kaya dengan flavonoid seperti vitamin A dan beta-karotena membantu melindungi daripada kanser paru-paru dan kanser rongga mulut.
Gabungan bawang putih dan herba thyme menjadikan produk ‘Forever Garlic-Thyme’ ini sangat bermanfaat dan mengekalkan kesihatan tubuh dari dalam.