Apa itu Akupuntur??
Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’. Jarum – jarum ini diperbuat daripada pelbagai bahan logam seperti jarum silver atau jarum perak, jarum copper atau tembaga, dan jarum emas.
Jarum-jarum halus ini dapat mengeluarkan Tenaga Qi adalah tenaga yang menggerakkan jasad kita. Jika pengaliran tenaga ini terganggu, maka badan kita akan berasa sakit.
Pada jarum-jarum halus tersebut, sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan kita berasa seperti berdenyut – denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum - jarum tersebut ditusuk pada suatu titik khas di badan. Rasa yang kita alami ini dikenal sebagai ‘ Deqi ’ dan ia mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai kolestrol, channel, atau meridian. Dalam hal ini, kesemua rasa kesakitan atau bisa dikeluarkan melalui kuasa Qi yang secukupnya dan seterusnya memberi kelegaan dan menyembuhkan penyakit.
Selain itu, penyelidikan saintifik tentang akupuntur telah dijalankan di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan ‘ endorfin ’ yang boleh melegakan kesakitan secara semulajadi semasa rawatan akupuntur. Di kebanyakkan negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Hong Kong di mana terdapatnya ramai penagih dadah jenis Heroin,mereka menggunakan cara rawatan akupuntur kerana ia dapat meningkatkan kadar endorfin dalam badan. Hal ini kerana kebanyakkan penagih dadah mempunyai kadar endorfin lebih rendah dalam cecair spina mereka.
Keberkesanan Akupuntur.
Jarum akupuntur yang terdiri daripada jarum silver diperbuat daripada aloi perak dan semua jarum adalah berjenis besi berkalis karat. Keberkesanan Akupuntur bergantung kepada:
- Kedudukan jarum tepat pada titik akupuntur
- Jumlah jarum akupuntur yang digunakan
- Kedalaman menembusi kulit
- Tempoh jarum itu ditusuk pada titik akupuntur
- Jumlah rawatan yang dijalankan.
Apabila titik akupuntur yang berkaitan dikesan, jarum akupuntur akan dicucuk pada kulit pesakit dan dibiarkan beberapa lama iaitu dari beberapa saat hingga ke beberapa minit. Jarum akan diputar dengan menggunakan hujung jari yang bertujuan untuk merangsang titik akupuntur . Selain itu, mereka juga akan merangsang titik akupuntur menggunakan elektrik.
Bentuk – Bentuk Akupuntur Moden
Di dalam akupuntur moden hari ini, terdapat pelbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur atau pengamal akupuntur. Secara keseluruhan terdapat lebih daripada 11 bentuk akupuntur moden. Antaranya adalah akupuntur klasik di mana kebiasaanya menggunakan jarum-jarum halus sebagai rawatan . terdapat juga akupuntur elektrik di mana ia menggunakan stimulator elektrik voltage rendah supaya tidak membahayakan pesakit dan akupuntur elektronik yang menggunakan alat-alat elektronik kecil.
Selain itu, akupuntur bekam darah menggunakan acu bekam untuk menggeluarkan darah kotor dari badan kita. Terdapat juga akupuntur bekam yang menggunakan acu bekam untuk menyedut keluar angin dari badan kita. Akupuntur mosibusi ialah akupuntur yang menghangatkan pada titik-titik tertentu. Manakala akupuntur urut yang meliputi pelepasan tekanan, urut ( massage ) dan reiki. Selain itu, terdapat juga akupuntur homeopathy, akupuntur mata, kepala, telinga, dan sebagainya.