Antaranya:-
1) Elakkan dari terlalu kerap mengambil sayur-sayuran yang bersifat sejuk seperti kangkung, timun, labu air atau kundur.
2) Sebolehnya hadkan pengambilan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang atau betik. Amalkan minum jus lobak merah yang dicampurkan sedikit madu lebah.
3) Jangan buang air kecil dan air besar serentak, sebaliknya cuba lakukan satu persatu.
5) Bersihkan alat kelamin setiap kali selesai hubungan intim, ia boleh melemahkan selain mengundang penyakit berjangkit
Petua Kecantikan Dalaman Wanita
§ Apabila mengambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
§ Untuk wanita lepas bersalin, pengambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
§ Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
§ Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim.
§ Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
§ Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
§ Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pengambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman