Dari blog TG Ust Wan Asrul Afendi bin Wan Hussin : http://terapi-alfatah.blogspot.com/2013/06/pengurutan.html. Pengurutan untuk pembaikan rahim atau kedudukan rahim perlu dilakukan selepas 2 minggu dari hari kelahiran. Hal ini amat penting dalam memastikan 'darah bantal' dan 'darah bayam' terlebih dahulu habis dikeluarkan.
Darah bantal dan darah bayam ini adalah darah yang telah bercampur dengan lendir di dalam rahim, jika dibiarkan akan mengundang risiko lemahnya rahim atau paling utama Reaksi negatif Menopause (Negative Physical Menopause).
Selain dari itu, terperangkapnya kedua-dua darah ini di dalam rahim akan memberi risiko kepada kanser rahim.
Antara cara mudah yang perlu diamalkan dalam tempoh 2 minggu pertama selepas kelahiran adalah disediakan air rebusan halia dan bunga cengkih, diminum setiap pagi dalam kadar suam sebelum sarapan, insyaALLAH, kesan negatif darah bayam dan darah bantal tidak akan sampai memudaratkan mata dan bekalan oksigen ke kepala ibu dalam pantang tersebut.
Komplikasi-komplikasi kecil darah bayam dan darah bantal ini banyak untuk dihuraikan, ianya seperti tiada apa-apa, tetapi permasalahan dalaman amat ketara akan berlaku.
Sepatutnya para suami perlu sedar dan mahir akan hal pengurusan wanita lebih dari wanita itu sendiri kerana mereka perlu menjaga isteri mereka sewaktu tempoh pemantangan tersebut, tidak kira sepenuh masa atau separuh masa.
Pentingnya ilmu PERBIDANAN kepada kaum suami adalah antara jaminan kebahagiaan rumahtangga khasnya.
Sang faqir mendalami ilmu Perbidanan Melayu Nusantara dari umur 6 tahun di bawah tarbiyyah moyang tersayang, ALLAHyarhamah Yah Bt Adam, oleh sebab itu sang faqir amat teliti dalam bab ibu hamil dan penjagaan ibu dalam pantang.
Kepada yang berminat untuk mempelajari ilmu PERBIDANAN, khusus dalam bab penjagaan Ibu Dalam Pantang, boleh bersedia kuliahnya pada September 2013 ini, insyaALLAH.
La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.
p/s : Sang Faqir ialah TG Ust Wan Asrul al-Aydrus, Pengasas Terapi Islam al-Fatah, Telok Mas Melaka.