Sebab-Sebab
Ketika
makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan
semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya
akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis
sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.
Sembelit
berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut
secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara
terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering.
Sila hubungi Ustaz Di, NDr. 018-2453824 @ wasap.my/60182453824/fds_Terengganu
Sebab-sebab
biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengubatan.
- Susu.
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.