:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Dealer/ Stokis masih diperlukan .... Semua stok always available ... Hubungi: UstazDi, NDr. 011-1009 5423

PERUBATAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

0 budak comel komen

Islam adalah agama syumul yang prinsip dan hukumnya merangkumi dari segala aspek yang melibatkan kehidupan manusia dan jin, dan tidak terkecuali dengan halnya perubatan.

Apabila menyebut perubatan dalam Islam atau Perubatan dari perspektif Islam, kita merujuk kepada istilah atau makna Islam itu sendiri yang bermaksud sejahtera atau selamat. Selamat dan sejahtera ini merujuk kepada zahir dan batin, jasmani dan rohani, fizikal dan mental, kesemua aspek ini memainkan peranan penting dalam ibadat seorang hamba kepada Penciptanya.

Di dalam perubatan, sudah semestinya adanya yang disebut sebagai penyakit yang perlu diikhtiarkan untuk sembuh, adanya Doktor dan adanya pesakit.

Tetapi apabila menurut perspektif Islam, ianya mengaitkan ALLAH sebagai Penyembuh yang Mutlak, RasulULLAHi SallALLAHu ALaihi Wasallam sebagai sebaik-baik doktor, dan Zikir (ingat kepada ALLAH) sebagai seindah-indah ubat seperti mana yang telah difirmankan ALLAH di dalam Al Baqarah ayat 152 : 

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKU supaya AKU membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU).

Manakala, penyakit sebagai sebenar-benar peringatan atau teguran dari ALLAH.
Kerana perubatan yang menurut Islam adalah perubatan yang menekankan bab Aqidah yang sebenar kepada ALLAH, seterusnya disusuli dengan ikhtiar yang tiadanya unsur syirik dan engkar akan syariat ALLAH besertakan dengan ikhtiar yang tiada mendatangkan kemudaratan kepada diri ataupun orang lain kemudian diakhiri dengan tawakkal kepada ALLAH setelah berusaha sebaiknya, inilah secara ringkasnya yang disebut Perubatan dalam Islam atau Perubatan menurut perspektif Islam.

Penyakit adalah sesuatu yang melanda umat dari sejak dahulu lagi, dan dari situ pelbagai cara digunakan untuk ikhtiar bagi memulihkan penyakit tersebut, sehinggalah pada zaman Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan para sahabat, bidang perubatan antara bidang yang utama dalam memperkenalkan Islam kepada mata masyarakat semasa itu, ini berikutan dengan hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: “Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan Sahabat RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para Sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka Sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam, beliau pun pulang menemui Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah (SallALLAHu Alaihi Wasallam)! Demi ALLAH, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wasallam tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan Aku mendapatkan bahagian bersama kamu.”

Daripada peristiwa ini kita mengenalpasti akan peranan perubatan di dalam menyebarkan Islam secara tidak langsung, atas kerana Al Quran menjadi dustur atau perlembagaan kepada mana-mana institusi-institusi Jemaah Muslimin.

Mutaakhir ini pusat-pusat rawatan Islam telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan, terlalu banyak dan meluas. Ini adalah suatu fenomena yang baik, bahkan ianya sebagai satu cara menutup ruang bagi sebarang kumpulan atau pengamal aktiviti syirik dan khurafat daripada berleluasa.

Namun begitu, oleh kerana kepesatan ini, masyarakat mula memandang bahawa perubatan Islam atau perubatan dalam islam adalah usaha merawat masalah rohani semata-mata, seperti gangguan jin, histeria, sihir dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya sehingga mengecilkan aspek serta fungsi perubatan dalam Islam.

Adakah itu bermaksud bahawa perubatan Islam hanya sekadar itu sahaja? Dan perubatan moden bukanlah dari perubatan Islam? Adakah begitu kiraannya? Jika begitulah kiraannya, maka ternyata ianya salah. Kerana dari Hadith yang telah diletakkan di atas menunjukkan perubatan di dalam Islam bukan tertumpu pada sudut hal-hal ghaibiyyah semata-mata malahan merangkumi masalah zahiriah juga.

Akibat dari fenomena ini, makanya, masyarakat meletakkan perubatan Islam sebagai pilihan kedua dalam berikhtiar, yang padahalnya perlembagaan atau pegangan di dalam perubatan Islam adalah Al Quran dan Sunnah, hasil dari mutholaah Ulama-ulama terdahulu.

Jika kita kaji akan perkembangan perubatan Islam ini, Islam telah melahirkan ramai cendiakiawan yang menggegar dunia khususnya dalam dunia perubatan. Al Biruni, Ar Razi, Az Zahrawi, Ibnu Sina, Al Baythor dan ramai lagi, antara nama yang telah menggegar dunia eropah dan Yunani dengan kemampuan mereka ini dalam mengolah penyakit kepada kesembuhan.

Apabila zaman kemasyhuran Islam runtuh disebabkan factor-faktor dalaman dan faktor-faktor lain, bidang yang sepatutnya dipelopori oleh umat Islam telah dimanipulasi oleh golongan yang ingin menjatuhkan Islam dengan menyebarkan dakyah serta kepalsuan maklumat kepada orang Islam khususnya supaya Islam dipandang mundur serta kolot.

Haruslah kita fahami bahawa RasulULLAHi SallALAHu Alaihi Wasallam bukanlah seorang doktor atau tobib yang terkemuka pada zaman Baginda (SallALLAHu ALaihi Wasallam) bahkan pada zaman tersebut salah seorang sahabat iaitu 'Umaroh bin Hazm menjadi Tobib yang terkenal dan menggunakan landasan-landasan dalam Islam yang telah dibawa serta diajarkan oleh RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam kepada beliau, jadi dengan ertikata lain, RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam adalah Bapa kepada Ilmu Perubatan dalam Islam.

Dari sini, secara jelas perlu difahami, perubatan dalam perspektif Islam adalah bertujuan menghindari kesyirikan sebagai objektif utama, dan ikhtiar menurut syariat Islam adalah objektif kedua, manakala mengelakkan mudarat pada zahir dan batin adalah objektif ketiga. Andai ketiga-tiga hal ini tidak difahami dan tidak diamalkan sebaiknya maka perubatan tersebut tidak dipanggil sebagai perubatan menurut Islam.
Perubatan yang disarankan dalam Islam adalah menjurus kepada konsep tawakkal iaitu penyerahan selepas usaha, berikutan dengan firman ALLAH Azza Wajalla di dalam surah Al Baqarah ayat 153 : 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُ واْ اسْتَعِينُ واْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) Solat; kerana Sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar"

Gambaran yang ALLAH ingin nyatakan pada mereka yang beriman, iaitu percaya akan wujudnya ALLAH, paling utama adalah meletakkan wujudnya ALLAH sebagai ROBB walau apa jua pekerjaan atau permasalahan, dan ALLAH menyeru agar mereka berusaha dalam memohon pertolonganNYA. Hal ini jugalah yang menjadi pegangan dalam Perubatan menurut Islam.

Kerana, jika diperhatikan masyarakat hari ini, apabila sakit akan seboleh-bolehnya meletakkan segunung harapan kepada perawat yang merawat mereka, sehinggakan berlakulah perkara-perkara yang kesudahannya memburukkan institusi-institusi perubatan Islam lain, kes rogol, penipuan dan sebagainya.

Malahan, ada juga pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Islam sebagai mempromosikan pusat mereka, yang padahal mereka masih kekal menggunakan kaedah atau pendekatan yang menjauhkan masyarakat dari mentauhidkan ALLAH. Maka, secara asasnya, mereka ini telah jauh terpesong dari yang dikatakan sebagai perubatan menurut Islam.

Secara mudah untuk difahami, Perubatan menurut perspektif Islam, adalah suatu ikhtiar bagi masalah atau penyakit, yang dari ikhtiar itu akan mendekatkan lagi pesakit atau perawat sendiri kepada ALLAH Jalla Waala.

Andai ianya menjadikan seseorang itu semakin jauh dari ALLAH, malahan mendorong seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemurkaan ALLAH, maka secara jelas, ianya bukan perubatan seperti yang dikehendaki dan dituntut Islam, malahan dicela di dalam Islam.

Untuk meraikan perubatan yang sebenar-benar menurut Islam, setiap yang bergelar Muslim perlu terlebih dahulu mengenal akan ALLAH, Tuhan Pentadbir sekalian Alam, akibat dari tidak kenal akan ALLAH, maka segelintir perawat ataupun pesakit sewenang-wenangnya mencari jalan yang selagi ada boleh menyembuhkan penyakitnya tanpa mengambil kira sudut aqidah terlebih dahulu.

Kerana, penyakit itu datang dari Kudrat dan Iradat ALLAH, kesembuhan jua dari Kudrat dan Iradat ALLAH. Sebenar-benar sakit adalah apabila di azab di neraka ALLAH kelak kerana mencari jalan mudah untuk sembuh di dunia tanpa mengendahkan larangan ALLAH dan sebenar-benar sembuh itu adalah apabila merasai nikmat di dalam syurga ALLAH kerana bersabar dan berusaha untuk sembuh di dunia serta redha dengan ketentuan dari ALLAH setelah berusaha, dan apatah lagi boleh bersama Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan para sahabat RidwanULLAH Alahim Ajmain serta para kekasih ALLAH yang lain, dan teramatlah sembuh apabila dapat melihat Zat ALLAH Azza Wajalla di dalam syurgaNYA kelak.

Mereka yang inginkan rahmat dan redha ALLAH dalam setiap perbuatan serta amal dunia jua akhirat, perlulah menyertakan ALLAH bersama perbuatan serta amal mereka. (Al Quran)

Mereka yang dambakan syafaat dan ziamah RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam di dunia jua akhirat, perlulah membawa Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam pada setiap keadaan dan ketika. (Sunnah)

Paling utama, ilmu perubatan antara ilmu yang perlu dituntut, dan ianya tidak boleh dipandang ringan. 

(Coretan insan dhoif lagi lemah Al Faqir IlALLAH Wan Asrul Al Aydrus)

Leave a Reply

Labels

air refreshner (4) AKARWALI (1) AKUPUNKTUR (5) akupuntur/ acupancture (6) AL-MANNA [ARABIC GUM] (1) alManna Plus (3) aloeverra (5) aloeverra FOREVER (6) ARCTIC SEA (5) argan oil (4) aromaterapi albayt (6) BEKAM (7) bengkel/ kursus (4) BIORICH (4) BISNESS (1) BMB (1) BUAH TUNJUK LANGIT (10) buasir (1) BUKU (4) C2JOY M SDN BHD (2) CERAH (1) CERITA RAWATAN (3) chia seed (1) CODI BIOCEPS (1) CUKA EPAL (1) curcuma mangga/ kunyit putih (5) D & F PERFUME (2) diskaun (1) drresd (15) durian belanda (3) DXN Produk (1) eczema (2) Fiber Detox RCCWW (7) flyers dRResd (2) flyers TIB (1) FOREVER LIVING PRODUCT (FLP) (4) GARLIC THYME (1) GULA O (2) healsdrop (13) homemade soap (3) homeopathy (14) homoepathy (5) HUBUNGI (2) info blog (267) info c2joy (3) info sihat (129) JOM AMAL (2) JOM BISNESS (2) jualan rumah (1) Jus Delima (1) JUS SERI DEWI [JSD] (6) kaliBICH (2) kapsuk HS EVOO (3) KAPSUL BELALAI GAJAH (1) KAPSUL BIJI APRIKOT (17) kapsul dRResd (3) Kapsul Pecah Beling (4) Kapsul Pucuk Betik (2) Kaspul Raja Resdung (3) KASTURI/ GAHARU (9) keratan akhbar (1) KISAH jer (2) KULTIM (1) kursus (4) lulus KKM (1) MANDATE (1) MHS (1) MINSYAM - olive oil (2) Minyak Kelapa Dara MKD (4) MORINGGA/ KELOR (4) Myk Jarak/ Urut (1) Myk Kelapa Dara [VCO] (2) myk zaiton/ habbatus sauda' (10) naturopathy (6) ndlife (16) nt_Virus (1) ONLINE BOOKING (1) PAKEJ PRODUK (10) PEKDIS (1) penawar mata as-suff (1) PENGEDAR (9) PIL ALBAYT (3) pil minda/ gnius mind (1) PIL PERAPAT (5) POMESTEEN FOREVER (3) PROMOSI (71) ramadhan (2) rawatan Naturopathy (2) RCC Stevia (6) RCCWW (6) rezspray (4) SABUN ALBAYT (7) SABUN AURA (6) SABUN BELIREH (5) sabun bidara (2) sabun KKM (6) SABUN LAVA (1) SABUN MARIGOLD (2) SABUN RESDUNG (2) SABUN ROS BIDARA (1) Sabun RSM (7) SABUN SIREH (2) SAFFRON @ ZAAFARAN (12) salsabila al-Bayt (1) SAMBUTAN (1) set nt-resdung (3) set rawatan rambut (1) SHOWER AL-BAYT (5) SPRAY RESDUNG AL-BAYT (8) STOKIS TIB (1) strawberry (1) SUSU C2JOY (5) SUSU CTM M-GARD (1) tanda gangguan (7) tazkirah (6) TESTIMONI (18) TIAF (18) TONIC HAIR (1) track pos (3) ucapan (5) URUTAN BADAN; (2) VIDEO (8) YUMEIHO (6)