:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Dealer/ Stokis masih diperlukan .... Semua stok always available ... Hubungi: UstazDi, NDr. 011-1009 5423

PERSIDANGAN PERUBATAN ALTERNATIF

0 budak comel komen

KOPERASI Perubatan Naturopati Perak Berhad (KPNP) dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Naturopathy Manis Sdn Bhd (KPNM) berjaya menghimpunkan 200 pengamal perubatan naturopati dan tradisional di Malaysia, dalam satu persidangan kebangsaan, Sabtu lalu.

Pengerusinya, Azman Mohamad Tahir berkata, Konferensi Perubatan Naturopati dan Tradisional Peringkat Kebangsaan 2016 tersebut bertujuan membuka peluang kepada pengamal Perubatan Tradisional Komplimentari (PTK) untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang masing-masing. 

"Ini juga membuka minda para pengamal PTK kepada kajian terkini dan ilmu baru sebagai medan networking antara sesama pengamal PTK dengan kajian terkini dan baru.
“Dengan sokongan Manis; sebuah persatuan  berdaftar di bawah naungan Badan Pengamal, Federation of Complimentary & Natural Medical Associations Malaysia yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia. 

“Persidangan julung-julung kali diadakan ini untuk membuka peluang kepada para pengamal PTK berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing. 
"Perbincangan dan sesi soal jawab konferensi itu menjadi medan perkembangan ilmu dan business matching sesama pengamal PTK untuk meningkatkan jaringan prospek pengembangan perniagaan,” katanya. 

Pelbagai topik telah dibentangkan barisan pembentang berpengalaman antaranya; Pemakanan Untuk Pesakit Strok oleh Profesor Madya Dr Mohd Rosni Sulaiman dari Universiti Malaysia Sabah dan Senaman Tua oleh Dr Azlan Ghanie dari Persatuan Silat Melayu Keris Lok Sembilan Malaysia.

Mohd Rosni memberitahu, konferensi kebangsaan itu akan disusuli konferensi peringkat antarabangsa disertai barisan pengamal perubatan dari Asia, Asia Tenggara, India, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, India dan Pakistan pada tahun hadapan.

Turut dibentangkan ceramah berkaitan Body Manipulation Dalam Perubatan Ayurveda oleh A Sudashree serta Psoriasis & Eczema Dalam Perubatan Ayurveda disampaikan NDr. Luqman S Abdullah, juga pengasas Luqman Herbs Centre Sdn Bhd. 

Sesi pembentangan disambung berkaitan Bidara Di Dalam al-Quran dan Al Hadis: Kegunaannya Dalam Rawatan Tradisional dan Rawatan Islam oleh Pengasas Al Housni Naturopathic & Ruqyah Centre, Ustaz Afendi Sahi.

Sesi diteruskan dengan pembentangan Pembangunan Mekanisme Perundangan Jenayah Ilmu Sihir oleh Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Dr Mahyuddin Ismail.
Beliau dan beberapa panel lain menjalankan kajian lengkap dalam mewujudkan perundangan syariah terhadap pesalah amalan sihir dan maklum balas Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang secara dasarnya memberikan pandangan positif.

Sementara itu, pengkaji budaya, Dr Harleny Abd Latif yang juga Ahli Jawatankuasa Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (Pengukir), mengetengahkan topik Tumbuhan Herba Inspirasi Motif Pengukir Melayu.

Menyempurnakan sesi, pembentangan rawatan Energy Point Therapy (EPT) disampaikan Pengerusi Koperasi Perubatan Komplimentari Kedah Berhad,  Mohd Arif. 

Manakala, pengamal naturopati serta pemilik Zarraz Medicare, Suraya Ariffin membicarakan Peranan Microbiata dalam Penyembuhan Pesakit-pesakit Kronik.

pautan : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ilmuan-perubatan-alternatif-1.591014

Leave a Reply

Labels

air refreshner (4) AKARWALI (1) AKUPUNKTUR (5) akupuntur/ acupancture (6) AL-MANNA [ARABIC GUM] (1) alManna Plus (3) aloeverra (5) aloeverra FOREVER (6) ARCTIC SEA (5) argan oil (4) aromaterapi albayt (6) BEKAM (7) bengkel/ kursus (4) BIORICH (4) BISNESS (1) BMB (1) BUAH TUNJUK LANGIT (10) buasir (1) BUKU (4) C2JOY M SDN BHD (2) CERAH (1) CERITA RAWATAN (3) chia seed (1) CODI BIOCEPS (1) CUKA EPAL (1) curcuma mangga/ kunyit putih (5) D & F PERFUME (2) diskaun (1) drresd (15) durian belanda (3) DXN Produk (1) eczema (2) Fiber Detox RCCWW (7) flyers dRResd (2) flyers TIB (1) FOREVER LIVING PRODUCT (FLP) (4) GARLIC THYME (1) GULA O (2) healsdrop (13) homemade soap (3) homeopathy (14) homoepathy (5) HUBUNGI (2) info blog (267) info c2joy (3) info sihat (129) JOM AMAL (2) JOM BISNESS (2) jualan rumah (1) Jus Delima (1) JUS SERI DEWI [JSD] (6) kaliBICH (2) kapsuk HS EVOO (3) KAPSUL BELALAI GAJAH (1) KAPSUL BIJI APRIKOT (17) kapsul dRResd (3) Kapsul Pecah Beling (4) Kapsul Pucuk Betik (2) Kaspul Raja Resdung (3) KASTURI/ GAHARU (9) keratan akhbar (1) KISAH jer (2) KULTIM (1) kursus (4) lulus KKM (1) MANDATE (1) MHS (1) MINSYAM - olive oil (2) Minyak Kelapa Dara MKD (4) MORINGGA/ KELOR (4) Myk Jarak/ Urut (1) Myk Kelapa Dara [VCO] (2) myk zaiton/ habbatus sauda' (10) naturopathy (6) ndlife (16) nt_Virus (1) ONLINE BOOKING (1) PAKEJ PRODUK (10) PEKDIS (1) penawar mata as-suff (1) PENGEDAR (9) PIL ALBAYT (3) pil minda/ gnius mind (1) PIL PERAPAT (5) POMESTEEN FOREVER (3) PROMOSI (71) ramadhan (2) rawatan Naturopathy (2) RCC Stevia (6) RCCWW (6) rezspray (4) SABUN ALBAYT (7) SABUN AURA (6) SABUN BELIREH (5) sabun bidara (2) sabun KKM (6) SABUN LAVA (1) SABUN MARIGOLD (2) SABUN RESDUNG (2) SABUN ROS BIDARA (1) Sabun RSM (7) SABUN SIREH (2) SAFFRON @ ZAAFARAN (12) salsabila al-Bayt (1) SAMBUTAN (1) set nt-resdung (3) set rawatan rambut (1) SHOWER AL-BAYT (5) SPRAY RESDUNG AL-BAYT (8) STOKIS TIB (1) strawberry (1) SUSU C2JOY (5) SUSU CTM M-GARD (1) tanda gangguan (7) tazkirah (6) TESTIMONI (18) TIAF (18) TONIC HAIR (1) track pos (3) ucapan (5) URUTAN BADAN; (2) VIDEO (8) YUMEIHO (6)