Dalam kehidupan yang serba mencabar pada hari ini kita harus bekerja lebih keras dan membina satu masyarakat yang maju dalam segenap bidang, samada dalam dan juga di luar bandar, semakin maju sesebuah negara itu semakin besar dugaan dan cabaran yang akan kita tempuh setiap hari setiap bulan malah bertahun lamanya.
Antara masalah yang sering kita dengari ialah keletihan, lenguh-lenguh kaki dan sebagainya, Sudah semestinya ianya akan mengganggu pekerjaan yang anda lakukan demi menyara kehidupan setiap hari .
MASALAH SAKIT SENDI -
Masalah sendi atau juga di kenali sebagai RAWAN iaitu tisu kuat yang fleksibel sifatnya dan ada di seluruh tubuh. Bagaimanapun masalah rawan di lutut kerap diperkatakan kerana kerosakannya bukan setakat menjejaskan pergerakan individu, malah kehidupan seharian. Lebih malang lagi, bagi kes serius, lutut itu perlu diganti. Secara umumnya ada dua jenis rawan pada lutut; rawan meniskus - penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang besar di bawah kaki (tibia). Sementara rawan artikular berwarna putih bersinar yang menutupi hujung kebanyakan tulang.
Ia memastikan tulang bergeseran tanpa rasa sakit. Tebalnya hanya beberapa milimeter saja. Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila individu bergerak. Pada masa sama, ia turut berfungsi sebagai penyerap kejutan.