Allah berfirman:
"Dan Allah menurunkan kepadamu air hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan air hujan itu dan menghilangkan daripada kamu gangguan-gangguan syaitan..." (Surah Al-Anfal: 11).
Ayat ini mengenai peperangan Badar di mana para sahabat mengalami mimpi basah dan menyebabkan mereka berada dalam keadaan berjunub, maka Allah memberitahu kepada mereka bahawa mimpi tersebut daripada syaitan yang ingin agar mereka berada dalam keadaan hadas besar ketika perang tersebut, walau bagaimanapun Allah menurunkan hujan untuk menyucikan mereka. Ini juga menunjukkan mimpi luar biasa berkaitan seksual boleh disebabkan oleh jin dan syaitan.