Komplikasi
Sembelit
yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan
oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di
sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot
Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan
di permukaan najis.
Tempahan FDS boleh melalui Ustaz Di, NDr. di talian wasap.my/60182453824/fds_Terengganu
Kadang
kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus
kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan
kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk
membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).
Sembelit
juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum
secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu
membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di
kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan
penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas
melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis
yang keras dengan memasukkan jari.