ALT_IMG

Anacardium @ Minda Booster

Produk Homoepathy; Tiada Bahan Kimia; Tiada Sintetik; Tiada Kesan Sampingan; Terbukti berkesan Insya Allah; 100% Homoepathy. RM50.00 sahaja sebotol [120-130 biji di dalamnya] - pos free Readmore...

ALT_IMG

Terapi Islam al-Bayt [TIB]

Suatu Ikhtiar berterusan dari TIB dalam mencari kesembuhan pada masalah kesihatan fizikal, gangguan makhluk halus, Terapi Urutan/ Yumeiho, Urutan Tradisonal, Refleksologi dan Bekam serta TERKINI - NATUROPATHY/ HOMOEPATHY ... Readmore..

ALT_IMG

NATUROPATHY/ HOMOEPATHY

Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis) menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.Readmore..

ALT_IMG

Sabun al-Bayt/ Belireh

Sabun al-Bayt : Ikhtiar Rawatan Penyakit Fizikal [Kulit/ Keputihan] dan Gannguan Makhluk Halus; hasil gabungan bahan-bahan tradisonal dalam rawatan antaranya Daun Bidara, Lada Hitam, dll bahanan... Sabun Belireh : Ikhtiar Rawatan Masalah Kepala/ kebotakan kecil/ kelemumur ... Hasil gabungan Daun Sireh, Daun Durian Belanda, dll bahanan .... dengan izinNya memberi kesembuhan ... Readmore..

Alt img

Kasturi al-Bayt

Wangian Kasturi al-Bayt dalam 3 jenis iaitu Kasturi Hitam, Kasturi Putih dan Kasturi Kijang... Juga dalam variasi botol 8ml dan 3ml Wangian kasturi kebiasaannya digunakan secara meluas dalam Ikhtiar Rawatan Islam kerana kaum berkenaan tidak menggemari aroma kasturi ini ... Readmore...

ALT_IMG

Kapsul Pecah Beling

Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik. Harga sebotol RM50.00 sahaja Readmore...

ALT_IMG

Kapsul Belalai Gajah

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Harga sebotol RM60.00 sahaja. Readmore...

ALT_IMG

Kapsul Biji Aprikot

Terlalu banyak khasiat biji aprikot ini untuk kesihatan badan. Selain KANSER, khasiat biji ini juga untuk pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan atherosclerosis (punca kepada sakit jantung dan strok!). Harga sebotol hanya RM50.00 sahaja. Readmore...

ALT_IMG

Kapsul Buah Tunjuk Langit

Antara khasiat-khasiatnya Buah Tunjuk Langit adalah untuk : 1- Menstabilkan dan melancarkan sistem peredaran darah - Sangat sesuai untuk Pesakit Darah Tinggi, Kebas-Kebas, Sakit Sendi, Sakit Urat 2- Menstabilkan kadar glukosa dan meningkatkan paras insulin pankreas - Sangat sesuai untuk Pesakit Kencing Manis, Gangguan Metabolisma Harg sebotol RM50.00 shj. Readmore...

ALT_IMG

Terapi Yumeiho

Terapi Yumeiho agak asing di Malaysia kerana belum terkenal. Terapi ini mampu merawat pelbagai jenis penyakit bersangkut dengan tulang belakang dan pinggang. Ikhtiarlah dan usaha serta rasakan kelainan badan anda selepas terapi ini... Mahar 1 sesi ialah RM70.00 sahaja bahkan ada yang teruja memberikan mahar yang lebih selepas merasai kelainannya. Readmore...

ALT_IMG

al-Hijamah/ Bekam/ Cupping

Bekam atau alhijamah adalah tehnik pengobatan dengan jalan membuang darah kotor atau racun yang berbahaya dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Perkataan alhijamah berasal dari bahasa arab yang berarti pelepasan darah kotor. Istilah bekam berasal dari bahasa melayu. Di Indonesia pengobatan alternatif ini dikenal pula dengan istilah kop atau cantuk. Harga 1 cup ialah RM10.00 sahaja Readmore...

ALT_IMG

Sabun Nuur Aura al-Bayt

Sabun Nuur Aura al-Bayt [SNAB] diformulasikan dari gabungan 7 bungaan hidup yang diambil terus dari Cameron Highland dan diproses dengan segera [bukan pati bunga]. SNAB antara lain sebagai pelembab wajah, ikhtiar rawatan pemulihan jodoh, Ikhtiar rawatan dalam masalah suami isteri, dll [dengan izinNya]. Harga sebuku ialah RM29.90 sahaja ... Readmore...

ALT_IMG

Cantaris 200x

Remedi Homeopathy yang berkesan membantu mereka yang berhajat. Terbukti dengan kejayaan klinikal. Sebotol mengandungi 120 biji, cara pemakanan kemam-kemam di dalam mulut sahaja. Non chemical Product! ... Readmore...

:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Dealer/ Stokis masih diperlukan .... Semua stok always available ... Hubungi: UstazDi, NDr. 011-1009 5423

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Salam Ramadhan al-Mubaarak 1435H

0 budak comel komen
Assalaamualaikum ...


Pengurusan Terapi Islam al-Bayt [TIB] mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubaarak. Semoga puasa tahun ini dar hari pertama sehingga akhir Ramadhan mampu mendidik 30 anggota zahir batin kita. 

Hidupkan malam-malam dengan terawih, tadarrus dan apa jua amalan-amalan yang dinyatakan oleh ar-Rasul SAW.

Doakan Pengurusan TIB mampu memperolehi Laylatul Qadr tahun ini Insya Allah.

p/s : proses urusniaga berjalan sepertia biasa [sila SMS dan Whats App atau emel untuk pembelian 016-958 5423 Ust Rosdi]


Continue reading →

KALAM SIDI

0 budak comel komen


Menjadi suatu KEMUDAHAN untuk Taat pada Perintah ALLAH jika berada DI DALAM fitrah kehambaan,

Tetapi...

Sememangnya suatu KESUSAHAN melaksanakan Suruhan ALLAH andai berada DI LUAR fitrah kehambaan.

Janganlah dikufuri akan nikmat kesyukuran.

Apabila TIADA GETARRR dihati tatkala nama ALLAH disebut, cuba perhatikan :
  1. Apa yang telah kita makan atau minum pada hari tersebut mahupun sebelumnya.
  2. Apa yang telah mata kita terlepas pandang pada hari tersebut ataupun sebelumnya.
  3. Apa yang telinga kita telah corongkan pada hari tersebut atau sebelumnya.
  4. Apa yang mulut kita telah terlepas ucap pada hari tersebut atau sebelumnya.
  5. Apa yang tangan kita telah sentuh atau buat pada hari tersebut atau sebelumnya
  6. Di manakah kaki kita dijejakkan pada hari tersebut atau sebelumnya.
  7. Dan paling penting, DOSA yang manakah yang masih belum kita taubatkan pada hari tersebut atau sebelumnya.
Pastikan hati bergetar tatkala nama ALLAH diucap dan Lazimkan jiwa bergegar apabila kalimah ALLAH disebut.

Dari kata-kata TG Ust Wan Asrul al-Aydrus
Continue reading →

Huraian Yang Berilmu

0 budak comel komen

Nukilan TG Ust Wan Asrul al-Aydrus:

Mutaakhir, kita melihat banyak gambar atau secara nyata, wanita Islam (Muslimah) menggayakan pelbagai cara untuk menutup aurat. Namun, dalam kesibukan tersebut, selain dari hal mempamerkan bentuk tubuh, satu lagi aurat yang dipandang remeh adalah LENGAN. Mereka mengenakan tudung, tapi memakai T-Shirt lengan pendek, bahkan ada juga yang mengenakan sarung lengan yang ketat disamping pemakaian T-Shirt lengan pendek tersebut dengan anggapan mereka, mereka telah menutup aurat mereka sebaiknya. 

Sang faqir berbaik sangka, bahawa mereka tidak tahu, malahan di dalam ruangan FB ini juga banyak yang memuat turun gambar dengan menampakkan bahagian lengan mereka. Mungkin hal ini ramai yang terlepas pandang, oleh kerana itu, sebelum sang faqir menamatkan akaun FB ini, sang faqir merasakan sepatutnya hal ini perlu diketahui jelas oleh sekalian khasnya Muslimah.

Perlu kita jelas, khususnya kaum Muslimah sekalian, antara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan suatu yang menghalang dari nampak tubuh badan dan pakaian tersebut dengan WAJIBNYA tidak ketat sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh badannya. Maka, jika seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'. Hal ini adalah kerana bentuk aurat yakni tangannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar dalam erti kata lain tidak kelihatan bentuk lengannya.

Berlainan halnya, jika wanita tersebut memakai baju lengan panjang seperti baju kurung, jubah atau t-shirt muslimah (berlengan panjang dan longgar) dan memakai sarung lengan besertanya maka apabila wanita tersebut mengangkat tangannya kerana ingin mengambil barang yang tinggi contohnya dan kelihatan lengannya yang memakai sarung itu, maka hukumnya dimaafkan pada pandangan syara'.

Kerana pada asasnya, dia telah menutup auratnya secara yang dikehendaki syara', dan perbuatan mengambil barang yang tinggi sehingga terpamer sarung lengannya, diletakkan (ihtimal) pada sebab ternampaknya sarung lengannya itu kerana mengambil barang, bukan kerana sengaja menunjukkan sarung lengannya, begitu juga dengan wanita yang memakai baju atau jubah berlengan panjang dan longgar tanpa memakai sarung lengan, ianya dimaafkan syara' jika ternampak akan lengan mereka jika perbuatan tersebut secara tidak sengaja, kerana mereka telah menutup aurat secara mengikut syara' pada asasnya. 

Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi (lelaki asing) adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Ini adalah melibatkan pandangan jumhur Ulama'.

Pun begitu, bab keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

Cuma sang faqir agak hairan dengan dakwaan seorang sahabat mencemuh muslimat yang tidak memakai sarung tangan (hand glove) semasa keluar rumah, sambil menunjukkan ke arah isterinya yang memakai sarung tangan.

Perlu kita faham dengan halnya sarung tangan, ianya mencantikkan aurat terutamanya dalam suasana yang akan menimbulkan fitnah, tetapi bukan wajib aurat, samalah juga halnya dengan purdah (veil). Oleh sebab itu, adalah tidak baik mencemuh tanpa memeriksa dan meneliti hukum terlebih dahulu.

Perlu kita fahami, pandangan jumhur ini merangkumi mazhab Hanafi dan Maliki dan salah satu qaul dari Imam Syafi’ie. Ada Ulama' (Imam Ahmad dan qaul yang asas dari Imam Syafi’ie) berpandangan bahawa keseluruhan tubuh wanita adalah aurat tanpa kecuali. Mengikut pandangan ini, wanita wajib menutup keseluruhan tubuhnya termasuk muka dan tangan. Bahkan, menurut pandangan ini, pemakaian niqab adalah wajib. 

Dalam bab aurat wanita ini, pandangan yang paling luas ialah Imam Abu Hanifah di mana menurut beliau, kaki bukan sebahagian dari aurat. (Menurut Imam Abu Yusuf iaitu murid Imam Abu Hanifah, lengan juga tidak aurat).

Jadi, jika dikumpulkan pendapat yang kuat dan sarih, keseluruhan tubuh wanita adalah aurat dan wajib ditutup kecuali tiga bahagian iaitu; muka, tangan(tapak tangan sehingga ke pergelangan tangan) dan kaki. (Tafsir surah an-Nur, halaman 151).

Beza Muslim dengan Kafir adalah ketaatannya pada Perintah ALLAH. 

Sama-sama kita nilaikan diri sendiri semoga kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang kafir, sama ada kafir i'tiqod atau kafir Nikmat. NauzubILLAHi Min Zalik.

ALLAHu 'Alam. Wassalam."
Continue reading →

JAWAPAN

0 budak comel komen
Dari Tawsiyyah Guru, Ust Wan Asrul Affendi al-Aydrus


"Ustaz, saya tak pakai tudung, tak tutup aurat, tapi hati saya baik, tak kacau orang, tak cakap buruk pasal orang, suka tolong orang, takpekan, lagipun ALLAH tak pandang luaran, DIA pandang dalaman."

"Ustaz, saya tak solat, saya tak puasa, tapi saya tak syirikkan ALLAH, kira dah boleh masuk syurga lah kan, lagipun dosa yang ALLAH tak ampun, dosa syirik."

2 kekeliruan di atas adalah perkara cliche yang dihadapi oleh golongan yang cuba memudahkan apa yang ALLAH telah perintahkan.

Jawapan kepada kekeliruan pertama; Benar, ALLAH tidak pandang luaran, tapi ALLAH pandang dalaman, adapun dalaman yang ALLAH pandang itu adalah KETAQWAAN, ketaqwaan bermaksud ketaatan yang ada pada mereka yang bergelar MUSLIM, beramal sebagai Mukmin, Hidup sebagai Muhsin, iaitu LAKSANAKAN SETIAP PERINTAH ALLAH, TINGGALKAN SEGALA LARANGAN ALLAH, REDHA AKAN ARAHAN ALLAH. Maka, selagi masih ada walau secuit perbuatan yang bersifat melanggar perintah ALLAH, melakukan hal yang dilarang ALLAH, ianya tidak dikira sebagai orang yang baik dalamannya. Sifir rukun Islam 5-1 = 0, Sifir rukun Iman 6-1=0. Fikirkanlah.

Jawapan kepada kekeliruan kedua, Solat dari sudut bahasa adalah DOA, maka, jika kita tidak mendirikan Solat atau bahasa lain kita tidak berdoa, maka kita berdoa kepada siapa? Walaupun tidak syirik pada sudut I'tiqod, tetapi telah syirik pada sudut perbuatan, KERANA orang yang tidak berdoa adalah orang yang sombong, malahan sombong kepada ALLAH, jadi jika sombong kepada ALLAH, apakah status individu tersebut? Sama-sama kita renungi. 

Sepertimana kita menjaga dan mendirikan Perintah ALLAH, Meninggalkan larangan ALLAH, seperti itulah ALLAH memelihara kita dari Azab dan kemurkaanNYA, dunia akhirat."
Continue reading →

ADAB MENYAMBUT EIDUL FITRI

0 budak comel komen
Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta'ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara' dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.

Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.


Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?


Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara' untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.


1. Berdoa di malam raya.


Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta'ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya'ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan 'Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." - (Surah Al-Baqarah : 185)


3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd Radhiallahu 'anhum bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu 'alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya." - (Hadits riwayat Al-Syafi'e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seeolk-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu 'anhu, beliau berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." - (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)


6. Mengucapkan tahniah


Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi'en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari'atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii'timadkan.(Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)


7. Ziarah menziarahi


Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu 'anha, beliau berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu'ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita." - (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-'Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu 'anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu 'anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda. - (Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta'ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.
Continue reading →

TIADA SALAH BERIKHTIAR BERTAWAKKAL

0 budak comel komen
Berusahalah, berikhtiarlah mencari kesembuhan, pengeluaran dan penciptaan atau idea sabun-sabun ini sekadar membantu sahabat-sahabat yang memerlukan bantuan dalam ikhtiar rawatan Islam.
Dalam menjalankan kehidupan, Allah memerintahkan kita untuk terus berusaha memberikan yang terbaik. Manusia terbaik adalah yang terus bergerak, memanfaatkan setiap potensi yang dia miliki untuk kehidupannya. Keseimbangan hidup di dunia dan akhirat haruslah diupayakan, sebagaimana yang sering kita dengar: “Berbuatlah untuk duniamu seolah kamu hidup selamanya, dan berbuatlah untuk akhiratmu, seolah kamu mati esok hari”.
Untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat, kita perlu berusaha dan berupaya atau dengan kata lain, ber-ikhtiar, sebanyak yang kita mampu. Setelah semua ikhtiar kita lakukan, maka saatnyalah kita serahkan semua keputusan kepada Sang Penguasa Hidup, Allah SWT. Penyerahan diri ini disebut sebagaiTawakal.
Secara definitif, tawakal berarti penyandaran, penyerahan dan mempercayakan suatu perkara kepada pihak lain. Seorang muslim yang tawakal adalah yang menyerahkan, menyandarkan dan mempercayakan kepada Allah SWT atas segala yang sudah dilakukannya.
Dari definisi tersebut dapat dipahami bahwa tawakal erat kaitannya dengan usaha atau ikhtiar.
Tawakal tidak sama dengan pasrah. Tawakal adalah sebuah tindakan aktif, sementara pasrah adalah tindakan pasif. Pasrah adalah seperti daging yang teronggok di atas meja, siap diolah apa saja oleh pemiliknya. Tawakal sama sekali tidak seperti itu. Tawakal mensyaratkan adanya upaya kreatif dari pelakunya.
Dalam Al-Quran, ada banyak ayat yang berbicara mengenai tawakal ini, setidaknya, ada 70 ayat. Di antara ayat-ayat tersebut adalah QS. Ali ‘Imran/3 ayat 159, yang berbunyi:
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
(Fa idza ‘azamta fatawakkal ‘alallahi innallaha yuhibbul mutawakkilin)
Artinya: Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Ayat tersebut menjelaskan bahwa tawakal dilakukan setelah kita berikhtiar melakukan yang terbaik sebanyak yang kita sanggup lakukan.
Sebagai contoh, pelajar yang menghadapi ujian sekolah. Tawakalnya adalah setelah ia belajar maksimal, menjaga kesehatannya agar dapat ikut ujian dengan baik, dan mengerahkan semua kemampuan menjawab semua soal ujian. Begitu ia menyerahkan lembar jawaban, maka saat itulah ia bertawakkal kepada Allah akan hasil dari ujiannya tersebut.
Atau seperti seseorang yang tengah sakit. Tawakalnya adalah setelah ia menjalankan semua tindakan medis yang dianjurkan, atau mencari berbagai alternatif demi kesembuhannya. Setelah semua ikhtiar dicukupkan, saat itulah ia serahkan hasilnya kepada Allah SWT.
Atau juga seperti seseorang yang ingin naik haji. Tawakalnya adalah setelah ia menggenapkan semua ikhtiar untuk itu, seperti menabung, menjaga kesehatan dan mendaftarkan diri kepada penyelenggara haji. Ketika perjalanan haji dimulai, saat itulah ia menyerahkan nasibnya kepada Allah, apakah perjalanannya akan lancar, atau malah sebaliknya.
Jika kita rujuk ke hadis Nabi Muhammad SAW, setidaknya kata tawakal terdapat dalam 900 hadis, di antaranya:
حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ أَخْبَرَنِي بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هُبَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ أَبَا تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيَّ يَقُولُ سَمِعَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا (رواه أحمد)
(Law annakum tatawakkaluna ‘alallahi haqqa tawakkulihi larazaqakum kama yarququ ath-tayra taghdu khishashan wa taruhu bithanan)
Artinya: Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di sore hari dalam keadaan kenyang” (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).
Hadis ini juga menunjukkan bahwa tawakal itu dilakukan setelah berusaha. Ibarat burung yang keluar kandangnya pada pagi hari untuk mencari makan dan pulang pada sore hari dengan perut kenyang. Kekenyangan yang ia peroleh itu adalah hasil dari ketawakalannya kepada keputusan Allah setelah ia berusaha memperolehnya.
Begitu juga dengan kita. Jika ingin beroleh harta, kita harus bekerja keras. Jangan pernah mengunggu keajaiban datang, karena keajaiban itu tidak perlu ditunggu, ia ada dalam diri kita, ia harus dipancing keluar dari tubuh kita. Bekerja adalah salah satu cara untuk itu. Setelah bekerja, tawakalkan diri pada Allah SWT.
Dan akhirnya, hasil yang diperoleh dari tawakal setelah berikhtiar itu haruslah dihadapi denganikhlas. Yakni menerima dengan lapang dada apapun yang Allah putuskan. Sebab, Dia adalah Yang Maha Tahu atas segala yang berlaku buat kita. KeputusanNya adalah yang terbaik.
Maka, jika kita tidak kunjung sembuh dari sakit, padahal sudah berusaha minum obat dan menjalankan anjuran dokter sebaik mungkin, terimalah dengan ikhlas. Allah pasti punya rahasia di balik itu semua. Yang penting kita telah berusaha, segala keputusan ada di tanganNya.
So, mari terus ber-ikhtiar untuk meraih segala yang kita inginkan. Setelah semua ikhtiar tercukupkan, tawakkal-lah kepada Allah, serahkan semua hasil kepadaNya. Jika hasilnya sudah diperoleh, entah itu baik ataupun buruk, terimalah dengan ikhlas, lapang dada, karena Yang Maha Tahu dengan yang terbaik untuk kita hanyalah Dia, Sang Penguasa Hidup.
Doa yang diajarkan Nabi Muhammad kepada kita ketika menyerahkan semua urusan kepada Allah adalah:

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ لَا حَوْلَ وَلَاقُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

(bismillahi tawakkaltu ‘alallahi laa haula wa laa quwwata illaa billah)
“Dengan nama Allah, aku serahkan semuanya kepada Allah, sebab tiada daya dan upaya kecuali atas pertolonganNya”.

Petikan blog : http://hardivizon.com/2011/11/03/ikhtiar-tawakal-ikhlas/
Continue reading →

Labels

air refreshner (4) AKARWALI (1) AKUPUNKTUR (5) akupuntur/ acupancture (6) AL-MANNA [ARABIC GUM] (1) alManna Plus (3) aloeverra (5) aloeverra FOREVER (6) ARCTIC SEA (5) argan oil (4) aromaterapi albayt (6) BEKAM (7) bengkel/ kursus (4) BIORICH (4) BISNESS (1) BMB (1) BUAH TUNJUK LANGIT (10) buasir (1) BUKU (4) C2JOY M SDN BHD (2) CERAH (1) CERITA RAWATAN (3) chia seed (1) CODI BIOCEPS (1) CUKA EPAL (1) curcuma mangga/ kunyit putih (5) D & F PERFUME (2) diskaun (1) drresd (15) durian belanda (3) DXN Produk (1) eczema (2) Fiber Detox RCCWW (7) flyers dRResd (2) flyers TIB (1) FOREVER LIVING PRODUCT (FLP) (4) GARLIC THYME (1) GULA O (2) healsdrop (13) homemade soap (3) homeopathy (14) homoepathy (5) HUBUNGI (2) info blog (267) info c2joy (3) info sihat (129) JOM AMAL (2) JOM BISNESS (2) jualan rumah (1) Jus Delima (1) JUS SERI DEWI [JSD] (6) kaliBICH (2) kapsuk HS EVOO (3) KAPSUL BELALAI GAJAH (1) KAPSUL BIJI APRIKOT (17) kapsul dRResd (3) Kapsul Pecah Beling (4) Kapsul Pucuk Betik (2) Kaspul Raja Resdung (3) KASTURI/ GAHARU (9) keratan akhbar (1) KISAH jer (2) KULTIM (1) kursus (4) lulus KKM (1) MANDATE (1) MHS (1) MINSYAM - olive oil (2) Minyak Kelapa Dara MKD (4) MORINGGA/ KELOR (4) Myk Jarak/ Urut (1) Myk Kelapa Dara [VCO] (2) myk zaiton/ habbatus sauda' (10) naturopathy (6) ndlife (16) nt_Virus (1) ONLINE BOOKING (1) PAKEJ PRODUK (10) PEKDIS (1) penawar mata as-suff (1) PENGEDAR (9) PIL ALBAYT (3) pil minda/ gnius mind (1) PIL PERAPAT (5) POMESTEEN FOREVER (3) PROMOSI (71) ramadhan (2) rawatan Naturopathy (2) RCC Stevia (6) RCCWW (6) rezspray (4) SABUN ALBAYT (7) SABUN AURA (6) SABUN BELIREH (5) sabun bidara (2) sabun KKM (6) SABUN LAVA (1) SABUN MARIGOLD (2) SABUN RESDUNG (2) SABUN ROS BIDARA (1) Sabun RSM (7) SABUN SIREH (2) SAFFRON @ ZAAFARAN (12) salsabila al-Bayt (1) SAMBUTAN (1) set nt-resdung (3) set rawatan rambut (1) SHOWER AL-BAYT (5) SPRAY RESDUNG AL-BAYT (8) STOKIS TIB (1) strawberry (1) SUSU C2JOY (5) SUSU CTM M-GARD (1) tanda gangguan (7) tazkirah (6) TESTIMONI (18) TIAF (18) TONIC HAIR (1) track pos (3) ucapan (5) URUTAN BADAN; (2) VIDEO (8) YUMEIHO (6)