Homoeopati [blog alBayt Homoeopati] adalah suatu sistemperubatan semulajadi yang terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkan melalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga keakar umbi punca penyakit.
Asas kepada sistem ini adalah teori "Similia Similimum Curentur" iaitu bahasa greek bermaksud "serupamenyembuhkan yang serupa" dimanasesuatu yang mampu menimbulkan gejala penyakit, mampu jugamenyembuhkan penyakit yg serupa dengannya cth gejala seperti disengat lebah mampu dirawat menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga.
Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?
Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisationmembezakannya dari perubatan lain.melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknyamenjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistemperubatan yang paling selamat dan berkesan.Boleh diambil oleh semua golongan.
Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?
Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akanmenghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untukmengaktifkan fungsi masing-masing disamping membuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melaluisistem perkumuhan dan kulit.
Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkanmakan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minumair kosong dengan banyak utkmempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan dan penyembuhan akan lebih cepat berjalan.
Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalam memilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampumenentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.
Apakah Ubat Homeopatimempunyai kesan sampingan?
Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis)menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku