:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Dealer/ Stokis masih diperlukan .... Semua stok always available ... Hubungi: UstazDi, NDr. 011-1009 5423

Rawatan Buasir

0 budak comel komen

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


Jenis-jenis buasir

Buasir dalaman : Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran : Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Penyebab utama


  1. Sentiasa duduk
  2. Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  3. Cirit-birit
  4. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  5. Batuk yang teruk
  6. Bersalin
  7. Mengangkat berat
  8. Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.


Faktor Risiko

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir Mengandung Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit

Pencegahan
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:


  1. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  2. Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  3. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  4. Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.


Rawatan
Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.

Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ia tidak boleh mengecutkan buasir. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.

Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.

Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.

Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.

Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.

Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.

Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain. Anda juga harus mendapatkan nasihat doktor bagi rawatan yang cepat bertindak yang segera mendapat ke akar masalah buasir seperti krim, minyak, suppositories, kain lap, dan treaments ais adalah sementara dan banyak kali boleh merengsakan permukaan dubur.

Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.

Pengurusan sendiri


  1. Banyak meminum air sekurang-kurangnya 2 - 6 liter sehari
  2. Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  4. Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  5. Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

Antara  remedi homeopati dan suplement yang disyorkan untuk rawat buasir ialah seperti dibawah:

 RM38 [SEMENANJUNG]
RM40 [SABAH SRWK]



 RM50.00 [SEMENANJUNG]
RM53.50 [SABAH SRWK]

Leave a Reply

Labels

air refreshner (4) AKARWALI (1) AKUPUNKTUR (5) akupuntur/ acupancture (6) AL-MANNA [ARABIC GUM] (1) alManna Plus (3) aloeverra (5) aloeverra FOREVER (6) ARCTIC SEA (5) argan oil (4) aromaterapi albayt (6) BEKAM (7) bengkel/ kursus (4) BIORICH (4) BISNESS (1) BMB (1) BUAH TUNJUK LANGIT (10) buasir (1) BUKU (4) C2JOY M SDN BHD (2) CERAH (1) CERITA RAWATAN (3) chia seed (1) CODI BIOCEPS (1) CUKA EPAL (1) curcuma mangga/ kunyit putih (5) D & F PERFUME (2) diskaun (1) drresd (15) durian belanda (3) DXN Produk (1) eczema (2) Fiber Detox RCCWW (7) flyers dRResd (2) flyers TIB (1) FOREVER LIVING PRODUCT (FLP) (4) GARLIC THYME (1) GULA O (2) healsdrop (13) homemade soap (3) homeopathy (14) homoepathy (5) HUBUNGI (2) info blog (267) info c2joy (3) info sihat (129) JOM AMAL (2) JOM BISNESS (2) jualan rumah (1) Jus Delima (1) JUS SERI DEWI [JSD] (6) kaliBICH (2) kapsuk HS EVOO (3) KAPSUL BELALAI GAJAH (1) KAPSUL BIJI APRIKOT (17) kapsul dRResd (3) Kapsul Pecah Beling (4) Kapsul Pucuk Betik (2) Kaspul Raja Resdung (3) KASTURI/ GAHARU (9) keratan akhbar (1) KISAH jer (2) KULTIM (1) kursus (4) lulus KKM (1) MANDATE (1) MHS (1) MINSYAM - olive oil (2) Minyak Kelapa Dara MKD (4) MORINGGA/ KELOR (4) Myk Jarak/ Urut (1) Myk Kelapa Dara [VCO] (2) myk zaiton/ habbatus sauda' (10) naturopathy (6) ndlife (16) nt_Virus (1) ONLINE BOOKING (1) PAKEJ PRODUK (10) PEKDIS (1) penawar mata as-suff (1) PENGEDAR (9) PIL ALBAYT (3) pil minda/ gnius mind (1) PIL PERAPAT (5) POMESTEEN FOREVER (3) PROMOSI (71) ramadhan (2) rawatan Naturopathy (2) RCC Stevia (6) RCCWW (6) rezspray (4) SABUN ALBAYT (7) SABUN AURA (6) SABUN BELIREH (5) sabun bidara (2) sabun KKM (6) SABUN LAVA (1) SABUN MARIGOLD (2) SABUN RESDUNG (2) SABUN ROS BIDARA (1) Sabun RSM (7) SABUN SIREH (2) SAFFRON @ ZAAFARAN (12) salsabila al-Bayt (1) SAMBUTAN (1) set nt-resdung (3) set rawatan rambut (1) SHOWER AL-BAYT (5) SPRAY RESDUNG AL-BAYT (8) STOKIS TIB (1) strawberry (1) SUSU C2JOY (5) SUSU CTM M-GARD (1) tanda gangguan (7) tazkirah (6) TESTIMONI (18) TIAF (18) TONIC HAIR (1) track pos (3) ucapan (5) URUTAN BADAN; (2) VIDEO (8) YUMEIHO (6)