Apabila seseorang dibelenggu oleh sihir dan diganggu jin, selalunya mangsa akan mengalami mimpi buruk. Sebagai contoh, mangsa disihir menggunakan kunci mangga sebagai medium sihir, mangsa akan sering bermimpi dikejar orang tetapi mangsa tidak berjaya ditangkap :
- apabila tali yang disimpulkan digunakan sebagai medium sihir, mangsa akan bermimpi melihat ular seperti kisah dalam Al-Qur'an di mana ahli sihir Firaun yang menukarkan tali kepada ular.
- apabila air digunakan sebagai medium sihir, kehidupan anda terutamanya kewangan anda akan susut sebagaimana anda menadah air di tangan dan air tersebut mengalir jatuh sebelum anda sempat meneguknya.
- jika sihir diletakkan di tempat tinggi seperti di atas bukit dan gunung, kehidupan mangsa seakan-akan berputar kembali ke tempat asal dan tidak bergerak ke hadapan atau dalam kata lainnya tiada peningkatan dalam kehidupan dan menyebabkan mangsa duduk mengelamun, ketakutan, keresahan, tiada keyakinan dan tidak dapat berfikir secara membina dan pragmatik iaitu sering berfikiran negatif dan pesimis, mangsa sihir ini akan bermimpi jatuh dari tempat tinggi, terbang dan mendaki tempat tinggi.
- jika medium sihir berasal dari kubur atau diletakkan di kawasan perkuburan, mangsa akan berasa lesu, bangun daripada tidur dalam keadaan letih seolah-olah tidak tidur semalaman, tidak menikmati kehidupan dan tidak melihat jauh ke hadapan, dan sering bermimpi orang yang telah meninggal dunia, mimpi orang yang masih hidup meninggal, mimpi melihat diri sendiri meninggal, mimpi melihat kubur atau pengebumian.