Masalah kesihatan yang luar biasa
Mangsa akan mengalami penyakit-penyakit yang berulang-ulang dan luar biasa yang tidak dapat difahami oleh doktor perubatan, contohnya rasa berdebar-debar, rasa mencucuk-cucuk di bahagian dada atau kaki, sakit di bahagian pinggang atau tulang belakang dan lain-lain.
Pemeriksaan perubatan penuh menunjukkan tiada sebarang komplikasi kesihatan dan mangsa diisytiharkan sihat oleh doktor. Maka doktor mengesyorkan agar pesakit berjumpa pakar psikiatri kerana menurutnya mangsa mempunyai masalah kesihatan mental atau tekanan yang menyebabkan pesakit mengada-adakan penyakit tersebut.
Sakit belakang yang berulang-ulang antara tanda-tanda terkena sihir
Contoh yang sering menimpa pesakit sihir adalah gejala gastrik, pedih ulu hati dan ulser perut. Apabila mangsa termakan atau terminum makanan dan minuman yang dicampurkan dengan unsur sihir, unsur sihir tersebut akan melekat di dinding perut seperti gam. Secara semula jadi, perut akan menghasilkan asid gastrik untuk mencernakan unsur asing tersebut. Walau bagaimanapun sistem pencernaan badan tidak dapat mencernakan unsur tersebut dan perut terus menghasilkan asid gastrik untuk mencernakan unsur sihir yang melekat pada usus perut sehingga menyebabkan gejala gastrik, pedih ulu hati, muntah-muntah, dan kembung perut. Ubat-ubatan yang diberikan doktor hanya dapat mengurangkan gejala gastrik tersebut dan pesakit terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan tersebut.
Contoh lain adalah mangsa mengalami masalah kulit yang berlarutan dan berulang-ulang seperti masalah psoriasis dan eczema. Keadaan ini berlaku apabila mangsa tersentuh atau terlangkah unsur sihir secara langsung. Ini juga menyebabkan mangsa berasa berat di kawasan tersebut. Allah berfirman:
"Orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan." (Surah Al-Baqarah: 275).
"Dan ingatlah akan hamba kami Ayub ketika dia menyeru kepada Tuahnnya: "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan dan bencana." (Surah Sad: 41)