Gangguan sihir dan gangguan jin ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun melalui pemujaan makhluk halus. Tak puas hati atau dengki dengan seseorang, ilmu sihir yang dicari untuk membalas dendam. Unsur sihir ini selalunya dibawa masuk ke dalam tubuh badan mangsa melalui jin yang dihantar untuk melaksanakan misi sihir tersebut. Apabila unsur sihir tersebut berada di bahagian badan atau organ tertentu, ia boleh menyebabkan bahagian badan atau organ tersebut gagal berfungsi dengan baik, rasa sakit dan rasa berat. Jika tidak dirawat dengan segera, mangsa boleh menemui ajal akibat gangguan sihir ini.
Terdapat 4 jenis cara bagaimana sihir boleh mengenai seseorang iaitu:
Amalan sihir adalah dosa besar disisi Allah!
- Sihir melalui makanan atau minuman.
- Sihir yang disentuh atau dilangkah.
- Sihir yang dimasukkan ke dalam badan mangsa melalui bantuan jin.
- Sihir daripada luar badan pesakit melalui medium gambar, tapak kaki, sihir berbentuk simbol menggunakan barang-barang atau medium tertentu dan sebagainya.