Sabun Resdung 2013- dikenali dengan nama Sabun al-Waqiah (Sinusitis soap) ini diperbuat dari ekstrak buah bunga Tanjung, kulit kayu manis dan herba terpilih. Ia diproses secara tradisional (hand-made) dan dijamin mutu serta kebersihannya. Ia amat sesuai digunakan pada semua peringkat usia.
ANTARA KEGUNAAN:
- Merawat resdung.
- Menghilangkan gatal-gatal pada muka akibat resdung.
- Menghilangkan jeragat pada muka.
- Merawat dan menghilangkan jerawat.
- Melegakan hidung tersumbat akibat resdung dan simptom-simptomnya.
CARA PENGGUNAAN:
Gosok
sabun Resdung dengan kedua tapak tangan sehingga berbuih. Urut
perlahan-lahan ke seluruh muka dan biarkan selama 1 hingga 2 minit.
Jangan risau sekiranya muka terasa gatal atau miang kerana ia merupakan
proses merawat resdung. Untuk menghilangkan kegatalan tersebut dan
mendapat kesan yang lebih baik, bolehlah mencuci muka dengan sabun
Sirih kemudian bilas dengan air.
Tindak
balas ketika menggunakan sabun Resdung ialah seperti keluar lendir
melalui hidung. Ia merupakan kesan dari proses perawatan resdung.
Dalam masa 3 hingga 5 hari, ia akan kembali normal, begitu juga
ketika membiar 1 hingga dua minit di muka kebiasaannya akan berlaku
miang atau gatal di sekitar muka, mata dan hidung.
Jangan berhenti menggunakan sabun Resdung, guna sehingga apabila dibiarkan selama 1 hingga 2 minit tak berlaku lagi miang dan kegatalan pada muka. Bagi yang mengalami masalah jerawat batu hendaklah digunakan secara berterusan, insyaAllah akan mendapat hasilnya yang memuaskan. (Adakala dalam tempoh perawatan akan keluar jerawat batu besar yang bernanah).