:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Dealer/ Stokis masih diperlukan .... Semua stok always available ... Hubungi: UstazDi, NDr. 011-1009 5423

PIL PERAPAT MY

0 budak comel komen

ASSALAMUALAYKUM WBT...

Ikhtiar dalam merawat masalah 'kelonggaran' kewanitaan dengan amalan pemakanan herba tradisiona. Testimoni banyak, sila bertanyakan pada dealer di bawah yer.

Dapatkan Pil Perapat MY dengan :

SELANGOR:

Pn. Anida
Bandar Tasik Puteri, Rawang
016-958 5502

TERENGGANU:

Mak Yah Ngurut
Kg Tasek, Bukit Payong
019-9079811
* Tukang urut kampung/ bidan kampung/ jurubekam

Ustazah Arfah
Pengadang Bharu, Kuala Terengganu
Tel : 017-959 9007
[Sabun al-Bayt/ Sabun Resdung/ Pil Perapat]
* Juga tukang urut wanita/ bidan kampung
Continue reading →

BUKU JIN UNDERCOVER

0 budak comel komen
Assalamualaykum wbt.

Bagi yang masih berhajat bolehlah mendapatkan Buku ini keluaran Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. 

Harga Semenanjung : RM20.90 /  Harga Sabah Sarawak Labuan : RM23.90 
Tambahan kos pos RM5.00 sahaja dikenakan. [RM25.90] [RM28.90]
Pembayaran : Bank in kan ke Maybank - 164687004480 [Muhamad Rosdi]
Usai bank in SMS nama dan alamat penghantaran penuh pada saya 016-958 5423 [berserta poskod yer]

Continue reading →

TESTIMONI : Sabun Ros Bidara

0 budak comel komen
Alhamdulillah, segala pujian bagiNya jua. Selawat dan salam buat junjungan mulia Habibuna Rasulullah SAW.

Dalam kesibukan menjalankan pemantauan atas urusan opis, diberitakn jua dengan testimoni hebat dari salah seorang pengguna Sabun Ros Bidara keluaran Terapi Islam al-Bayt [TIB]. Adunan beberapa herba tradisonal dan aroma Ros yang mana pakaian ahli sufi dahulu kala bauan ros. Meningkatkan kekhusyukan dalam amal ibadat padaNya.

Puan/ Cik [Salwa/ Fathin] berkenaan menggunakan Whats App sahaja dengan ana, menceritakan kesan penggunaan Sabun Ros Bidara iaitu gatal-gatal pada kulitnya hilang dan perasaan malas untuk solat berkenaan hilang. Masya ALLAH TabaarakALLAH. Semua dengan izinNya jua. Allahu.

Yang berminat boleh menghubungi mana-mana dealer TIB dan TIB sendiri [016-958 5423 Ust Rosdi] jika dealer ana tiada stok. Jika berhajat menghubungi mana-mana dealer, klik pada link Pengedar TIB Insya Allah membantu.
Continue reading →

SAKA YANG SEBENAR

0 budak comel komen

Soalan: Assalamualaikum... bleh saya tumpang tanya.... btul ke saka susah nak dibuang...


Jawapan : Waalaikummussalaam WarahmatULLAH. Semoga yang bertanya sentiasa dalam keamanan ALLAH.

Sang faqir sebelum ini sudah menerima banyak soalan yang seakan-akan sama seperti soalan di atas dan pada mulanya sang faqir mengambil keputusan untuk meletak soalan ini dalam mode 'keep in view'.

Tetapi memandangkan isu ini sudah menjadi suatu 'trend' dalam pendakwaan permasalahan penyakit, maka izinkan ciptaan ALLAH yang lemah lagi dhoif ini menjawab seadanya.

Adapun jawapannya adalah TIDAK, TIDAK BETUL. Yang susah hendak buang adalah:

  1. Pemikiran yang meletakkan Saka itu susah dibuang
  2. Penyakit yang bukan Saka, tetapi dakwa ianya saka
  3. Ketaksuban kepada perkara mistik

Tahukah kalian apa maksud Saka?

SAKA adalah diambil dari perkataan Pusaka yang membawa kepada takrifan WARISAN, iaitu sesuatu yang diwariskan.

Dari Usul kepada Furuq, itu secara fahamnya.
Apabila disebut saka, ianya melibatkan pewarisan dari usul (pangkal) ke furuq (cabang).

Maka, tiada yang mustahilnya berlaku masalah pewarisan perkara-perkara mistik contohnya Hala, Harimau Kerinchi, Hantu Raya, Gundruwo, Pelesit, Balan-balan, ataupun Anak kerak dan lain-lain lagi.


Perkara ghaib Wajib kita sebagai Muslim perlu percaya sebagai salah satu rukun keimanan akan tetapi menjadi satu MASALAH jika TERLALU PERCAYA sehingga menutup kepercayaan yang SEPATUTNYA.

Mudahnya, makhluk ALLAH yang dhoif ini ingin bertanya satu soalan, satu saja, tidak mahu lebih, satu saja... Iaitu, yang dinamakan Saka yang susah benar dibuang itu Qadim (kekal) atau Hadist (baharu)?

Persoalan itu biarlah pembaca yang fikirkan dan menjawab akannya sendiri dengan merujuk pada Ulama-ulama Usuluddin.

Cuma, di sini sang faqir ingin jamah sedikit berkaitan dengan masalah atau fenomena sekarang, yang mudah atau cepat benar dakwaan bersaka ini muncul dan ianya begitu pantas diucapkan terus kepada pesakit dan menambahkan lagi haru biru kepada pesakit apatah lagi apabila sumbernya melalui dialog jin yang merasuk pesakit.

Lazimnya, dakwaan BERSAKA ini muncul apabila:

  1. Tidak menemui penawar sebenar penyakit yang menimpa pesakit
  2. Anak yang malas belajar atau degil
  3. Masalah kerezekian
  4. Masalah Rumahtangga
  5. Tabiat buruk
  6. Masalah anak yang kurang upaya
  7. Masalah gangguan yang tidak berkesudahan
  8. Masalah malas beribadat
  9. Dan lain-lain lagi.
Maka, dari sini muncullah suatu 'standardized' ciri-ciri bersaka yang dari mana bermulanya pun tidak kita ketahui. Hasilnya, masyarakat hari ini back to 70's. Itu belum dikira lagi dengan penafsiran mimpi (tafsirul Ahlam) yang tidak mengikut adabnya. AstaghfirULLAH.

Sedarilah wahai saudara-saudaraku, dunia sudah menghampiri akhir zaman, bukanlah masanya untuk kita melemaskan diri dalam perkara kemistikan yang tiada berkesudahan, alangkah ruginya apabila di Al Mizan nanti, saat disoal ALLAH Jalla Waala, "wahai si fulan bin si fulan, ke manakah usia dan harta kamu pada sesekian waktu telah kamu luangkan?"


Maka, jawab si fulan tersebut," Berubat Saka Ya ALLAH". Adakah dengan jawapan seperti itu akan menjamin kita melintas titian Sirat yang selama 1500 tahun perjalanan itu seperti kilat menyambar dan disambut pula oleh Ridhwan di pintu syurga, serta menjemput, masuklah ke mana-mana pintu yang kamu suka. Adakah begitu? 

Kalian ada jawapannya, tidak perlu si jahil ini menjawabnya.

Semua pendapat berkaitan gangguan perlu kita RAI, tetapi ada pendapat yang perlu kita KETEPI, apatahlagi ianya membabitkan soal AQIDAH.

Apabila kita boleh mengatakan orang itu bersaka, pelajar yang malas itu bersaka, isteri yang derhaka itu bersaka, suami yang fasiq itu bersaka, maka beranilah kita mengatakan bahawa diri kita juga bersaka. Kerana hanya orang yang bersaka sahaja berani menghukum seberaninya orang lain bersaka tanpa mengkaji faktor psikoanalisisnya, faktor tabiatnya, faktor pendidikannya dan lain-lain faktor.

Bagaimana mungkin Perubatan Islam yang sebenar di Malaysia khususnya boleh bangkit andainya inilah permasalahan yang timbul, tidak dapat mengusul penyakit, maka akhirnya, saka juga yang disalahkan, silap-silap, kesudahannya, jin saka minta dirawat dek kerana stress dituduh dengan sesuatu tanpa ada kena mengena dengannya.

Kalaulah saka ini menjadi major masalah masyarakat, sudah tentu Al Biruni sudah karang di dalam kitabnya, Ar Razi nukil di dalam penulisannya, Ibn Sina coret di dalam manuskripnya, Az Zahrowi catat di dalam jurnalnya dan Ibn Qayyim rekod di dalam naskahnya.

Hakikatnya semua orang bersaka, tiada yang terlepas, semua bersaka, tidak kira dia adalah Alim Ulama, Wali Kabir, Syeikh Kabir, para asatizah, Mualij-mualij dan sekalian umat dalam dunia ini mempunyai saka sejak dari zaman Nabi Adam Alaihi Salam lagi.

Nama saka tersebut adalah 'ALAQAH, yang di dalam riwayat Asy Syaikhani (Bukhari dan Muslim) hanya Sayyiduna Wa Habibuna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam sahaja yang tiada saka ini, iaitu darah hitam yang dibuang dari hati (jantung) Baginda SallALLAHu Alaihi Wasallam, yang telah dibelah dan dibersihkan oleh Jibril Alaihi Salam dan Mikail Alaihi Salam sebanyak 3 kali.

Sebagaimana diriwayatkan Imam Muslim dari Anas bin Malik RadhiyALLAHu 'anhu diceritakan : 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَاهُ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ فَأَخَذَهُ فَصَرَعَهُ فَشَقَّ عَنْ قَلْبِهِ فَاسْتَخْرَجَ الْقَلْبَ فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ عَلَقَةً فَقَالَ هَذَا حَظُّ الشَّيْطَانِ مِنْكَ ثُمَّ غَسَلَهُ فِي طَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ بِمَاءِ زَمْزَمَ ثُمَّ لَأَمَهُ ثُمَّ أَعَادَهُ فِي مَكَانِهِ وَجَاءَ الْغِلْمَانُ يَسْعَوْنَ إِلَى أُمِّهِ يَعْنِي ظِئْرَهُ فَقَالُوا إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ قُتِلَ فَاسْتَقْبَلُوهُ وَهُوَ مُنْتَقِعُ اللَّوْنِ 

قَالَ أَنَسٌ وَقَدْ كُنْتُ أَرْئِي أَثَرَ ذَلِكَ الْمِخْيَطِ فِي صَدْرِهِ



"Bahawasanya RasulULLAH SallALLAHu 'alaihi wasallam didatangi Malaikat Jibril ketika Baginda SallALLAHu 'alaihi wasallam sedang bermain dengan beberapa kanak-kanak. Jibril kemudian menangkapNya, menelentangkanNya, lalu Jibril membelah dadaNya. Jibril mengeluarkan hatiNya, dan mengeluarkan dari hati Baginda dengan segumpal darah beku sambil mengatakan “Ini adalah bahagian syaitan dariMu”. Jibril kemudian mencucinya dalam bekas yang diperbuat dari emas dengan air zam-zam, lalu dilapkan, kemudian dikembalikan ke tempatnya. Kemudian rakan-rakanNya menjumpai ibuNya (Ibu susuan- Halimatus Saadiah) dengan berlari-lari sambil mengatakan: “Sesungguhnya Muhammad telah dibunuh”. Kemudian mereka bersama-bersama menjumpaiNya, sedangkan Dia dalam keadaan berubah riak wajahNya (pucat). Anas mengatakan: “Aku pernah diperlihatkan bekas jahitan di dadaNya”. 

Nama lain bagi 'alaqah ini adalah darah hitam atau istana Iblis atau nama dalam sainsnya Apex atau dalam bahasa melayunya puncak jantung, kawasan ini adalah tempat pengumpulan darah biru yang bermasalah yang akibat darinya jika tidak dijaga dengan baik akan menjejaskan fungsi kardiovaskular tubuh (zahirnya).

Dan inilah saka yang sebenar, yang perlu dijaga dan dan dikawal, seperti mana sabda Baginda RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam, yang bermaksud : "Dari Abi Abdillah An-Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda, "Sungguh sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, antara keduanya ada hal yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak tahu. Maka siapa yang menjaga dirinya dari syubhat itu maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya dan siapa yang melakukan perkara syubhat itu maka ia jatuh dalam perkara haram seperti penggembala di sekeliling tanah larangan (milik orang), lambat laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah setiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNYA. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sepotong daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya dan jika ia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Sepotong daging itu adalah HATI." 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Ayuh kita kembali kepada Aqidah yang sebenar, mujahadahlah mengenal ALLAH melalui Sifat-sifatNYA, untuk menyembah ZatNYA, untuk peroleh Rahmat dan RedhaNYA kerana DIA, hanya DIA, semata-mata DIA.

Untuk penyakit, setiap penyakit ada sifir Asal dan Usulnya, Unsur dan Sifatnya, maka jangan berhenti belajar dan terus menerus menerkam kepada telahan Saka semata-mata tanpa ada penjelasan yang relevan dan jelas mengikut Aqidah serta Logik Penyakit.

Ketahuilah bahawa kita makhluk dan alam ini bersifir, termasuklah penyakit, sudah pasti ada jawapan dan penjelasan, yang pasti bukan Saka semata-mata, yang tidak Bersifir hanyalah ALLAH, kerana ALLAH tidak bersamaan dengan makhluk dan segala yang baharu.

Kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mistik yang sudah lama dan sukar sembuh, lazimi mengamalkan :

  1. Istighfar (AstaghfirULLAH) 100X selepas Subuh
  2. Zikir Tahlil (LaailahaillALLAH) 100X Selepas Zohor dan Asar
  3. Ya Lathif 129X Selepas Maghrib
  4. Selawat 100x selepas Isyak


Dan lain-lain amalan Hasanah dan Darajat yang semoga dengannya beroleh Rahmat dan Redha ALLAH.

Biasakan diri :

  1. Solat berjemaah
  2. Berpuasa sunat
  3. Berdamping atau bersahabat dengan Para Alimin
  4. Elakkan dari memakan atau meminum dari.sumber haram atau syubhah
  5. Usahakan menjalankan sunnah mulia Sayyiduna RasulILLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam dalam kehidupan.
  6. Banyakkan bersedekah.
  7. Jaga hati Ibubapa
Dan lain-lain lagi amalan Hasanah, tinggal serta elakkan amalan keburukan.


Kalau hendak diturutkan, banyak lagi yang hendak dibebelkan, tetapi cukuplah dahulu bebelan ini, semoga ianya bermanfaat kepada mereka yang dapat menerimanya dengan hati yang terbuka, dan mohon maaf kepada yang tidak dapat menerimannya, maafkanlah sang faqir yang jahil dan dhoif ini.

Semoga kita sama-sama dilorongkan ALLAH ke jalan yang benar. 

Aamiin Aamiin Aamiin Ya ROBBal Alamin.

Wassalam
Continue reading →

SABUN AL-BAYT : pengeluaran ke 8

0 budak comel komen

Insya Allah, atas sambutan yang berterusan dan amat menggalakkan daripada semua pengguna/ delaer/ stokis, Sabun al-Bayt sedang dalam proses pengeluaran ke 8. 

Oleh itu, TIB masih mengalukan tuan/ puan sebagai sebahagian dealer/ stokis kami. Sila rujuk pakej pada side kanan laman web ini.

Insya Allah sekiranya bersungguh-sungguh kita lakukan, kita akan mampu mengubah masa depan kita. Amien!

Boleh berhubung terus dengan Pengurusan TIB, iaitu Ust Rosdi 016-958 5423 [whats app/ we chat/ line/ SMS]
FB : Terapi Islam al-Bayt
Continue reading →

PERUBATAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

0 budak comel komen

Islam adalah agama syumul yang prinsip dan hukumnya merangkumi dari segala aspek yang melibatkan kehidupan manusia dan jin, dan tidak terkecuali dengan halnya perubatan.

Apabila menyebut perubatan dalam Islam atau Perubatan dari perspektif Islam, kita merujuk kepada istilah atau makna Islam itu sendiri yang bermaksud sejahtera atau selamat. Selamat dan sejahtera ini merujuk kepada zahir dan batin, jasmani dan rohani, fizikal dan mental, kesemua aspek ini memainkan peranan penting dalam ibadat seorang hamba kepada Penciptanya.

Di dalam perubatan, sudah semestinya adanya yang disebut sebagai penyakit yang perlu diikhtiarkan untuk sembuh, adanya Doktor dan adanya pesakit.

Tetapi apabila menurut perspektif Islam, ianya mengaitkan ALLAH sebagai Penyembuh yang Mutlak, RasulULLAHi SallALLAHu ALaihi Wasallam sebagai sebaik-baik doktor, dan Zikir (ingat kepada ALLAH) sebagai seindah-indah ubat seperti mana yang telah difirmankan ALLAH di dalam Al Baqarah ayat 152 : 

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKU supaya AKU membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU).

Manakala, penyakit sebagai sebenar-benar peringatan atau teguran dari ALLAH.
Kerana perubatan yang menurut Islam adalah perubatan yang menekankan bab Aqidah yang sebenar kepada ALLAH, seterusnya disusuli dengan ikhtiar yang tiadanya unsur syirik dan engkar akan syariat ALLAH besertakan dengan ikhtiar yang tiada mendatangkan kemudaratan kepada diri ataupun orang lain kemudian diakhiri dengan tawakkal kepada ALLAH setelah berusaha sebaiknya, inilah secara ringkasnya yang disebut Perubatan dalam Islam atau Perubatan menurut perspektif Islam.

Penyakit adalah sesuatu yang melanda umat dari sejak dahulu lagi, dan dari situ pelbagai cara digunakan untuk ikhtiar bagi memulihkan penyakit tersebut, sehinggalah pada zaman Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan para sahabat, bidang perubatan antara bidang yang utama dalam memperkenalkan Islam kepada mata masyarakat semasa itu, ini berikutan dengan hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: “Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan Sahabat RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para Sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka Sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam, beliau pun pulang menemui Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah (SallALLAHu Alaihi Wasallam)! Demi ALLAH, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wasallam tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan Aku mendapatkan bahagian bersama kamu.”

Daripada peristiwa ini kita mengenalpasti akan peranan perubatan di dalam menyebarkan Islam secara tidak langsung, atas kerana Al Quran menjadi dustur atau perlembagaan kepada mana-mana institusi-institusi Jemaah Muslimin.

Mutaakhir ini pusat-pusat rawatan Islam telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan, terlalu banyak dan meluas. Ini adalah suatu fenomena yang baik, bahkan ianya sebagai satu cara menutup ruang bagi sebarang kumpulan atau pengamal aktiviti syirik dan khurafat daripada berleluasa.

Namun begitu, oleh kerana kepesatan ini, masyarakat mula memandang bahawa perubatan Islam atau perubatan dalam islam adalah usaha merawat masalah rohani semata-mata, seperti gangguan jin, histeria, sihir dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya sehingga mengecilkan aspek serta fungsi perubatan dalam Islam.

Adakah itu bermaksud bahawa perubatan Islam hanya sekadar itu sahaja? Dan perubatan moden bukanlah dari perubatan Islam? Adakah begitu kiraannya? Jika begitulah kiraannya, maka ternyata ianya salah. Kerana dari Hadith yang telah diletakkan di atas menunjukkan perubatan di dalam Islam bukan tertumpu pada sudut hal-hal ghaibiyyah semata-mata malahan merangkumi masalah zahiriah juga.

Akibat dari fenomena ini, makanya, masyarakat meletakkan perubatan Islam sebagai pilihan kedua dalam berikhtiar, yang padahalnya perlembagaan atau pegangan di dalam perubatan Islam adalah Al Quran dan Sunnah, hasil dari mutholaah Ulama-ulama terdahulu.

Jika kita kaji akan perkembangan perubatan Islam ini, Islam telah melahirkan ramai cendiakiawan yang menggegar dunia khususnya dalam dunia perubatan. Al Biruni, Ar Razi, Az Zahrawi, Ibnu Sina, Al Baythor dan ramai lagi, antara nama yang telah menggegar dunia eropah dan Yunani dengan kemampuan mereka ini dalam mengolah penyakit kepada kesembuhan.

Apabila zaman kemasyhuran Islam runtuh disebabkan factor-faktor dalaman dan faktor-faktor lain, bidang yang sepatutnya dipelopori oleh umat Islam telah dimanipulasi oleh golongan yang ingin menjatuhkan Islam dengan menyebarkan dakyah serta kepalsuan maklumat kepada orang Islam khususnya supaya Islam dipandang mundur serta kolot.

Haruslah kita fahami bahawa RasulULLAHi SallALAHu Alaihi Wasallam bukanlah seorang doktor atau tobib yang terkemuka pada zaman Baginda (SallALLAHu ALaihi Wasallam) bahkan pada zaman tersebut salah seorang sahabat iaitu 'Umaroh bin Hazm menjadi Tobib yang terkenal dan menggunakan landasan-landasan dalam Islam yang telah dibawa serta diajarkan oleh RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam kepada beliau, jadi dengan ertikata lain, RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam adalah Bapa kepada Ilmu Perubatan dalam Islam.

Dari sini, secara jelas perlu difahami, perubatan dalam perspektif Islam adalah bertujuan menghindari kesyirikan sebagai objektif utama, dan ikhtiar menurut syariat Islam adalah objektif kedua, manakala mengelakkan mudarat pada zahir dan batin adalah objektif ketiga. Andai ketiga-tiga hal ini tidak difahami dan tidak diamalkan sebaiknya maka perubatan tersebut tidak dipanggil sebagai perubatan menurut Islam.
Perubatan yang disarankan dalam Islam adalah menjurus kepada konsep tawakkal iaitu penyerahan selepas usaha, berikutan dengan firman ALLAH Azza Wajalla di dalam surah Al Baqarah ayat 153 : 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُ واْ اسْتَعِينُ واْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) Solat; kerana Sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar"

Gambaran yang ALLAH ingin nyatakan pada mereka yang beriman, iaitu percaya akan wujudnya ALLAH, paling utama adalah meletakkan wujudnya ALLAH sebagai ROBB walau apa jua pekerjaan atau permasalahan, dan ALLAH menyeru agar mereka berusaha dalam memohon pertolonganNYA. Hal ini jugalah yang menjadi pegangan dalam Perubatan menurut Islam.

Kerana, jika diperhatikan masyarakat hari ini, apabila sakit akan seboleh-bolehnya meletakkan segunung harapan kepada perawat yang merawat mereka, sehinggakan berlakulah perkara-perkara yang kesudahannya memburukkan institusi-institusi perubatan Islam lain, kes rogol, penipuan dan sebagainya.

Malahan, ada juga pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Islam sebagai mempromosikan pusat mereka, yang padahal mereka masih kekal menggunakan kaedah atau pendekatan yang menjauhkan masyarakat dari mentauhidkan ALLAH. Maka, secara asasnya, mereka ini telah jauh terpesong dari yang dikatakan sebagai perubatan menurut Islam.

Secara mudah untuk difahami, Perubatan menurut perspektif Islam, adalah suatu ikhtiar bagi masalah atau penyakit, yang dari ikhtiar itu akan mendekatkan lagi pesakit atau perawat sendiri kepada ALLAH Jalla Waala.

Andai ianya menjadikan seseorang itu semakin jauh dari ALLAH, malahan mendorong seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemurkaan ALLAH, maka secara jelas, ianya bukan perubatan seperti yang dikehendaki dan dituntut Islam, malahan dicela di dalam Islam.

Untuk meraikan perubatan yang sebenar-benar menurut Islam, setiap yang bergelar Muslim perlu terlebih dahulu mengenal akan ALLAH, Tuhan Pentadbir sekalian Alam, akibat dari tidak kenal akan ALLAH, maka segelintir perawat ataupun pesakit sewenang-wenangnya mencari jalan yang selagi ada boleh menyembuhkan penyakitnya tanpa mengambil kira sudut aqidah terlebih dahulu.

Kerana, penyakit itu datang dari Kudrat dan Iradat ALLAH, kesembuhan jua dari Kudrat dan Iradat ALLAH. Sebenar-benar sakit adalah apabila di azab di neraka ALLAH kelak kerana mencari jalan mudah untuk sembuh di dunia tanpa mengendahkan larangan ALLAH dan sebenar-benar sembuh itu adalah apabila merasai nikmat di dalam syurga ALLAH kerana bersabar dan berusaha untuk sembuh di dunia serta redha dengan ketentuan dari ALLAH setelah berusaha, dan apatah lagi boleh bersama Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan para sahabat RidwanULLAH Alahim Ajmain serta para kekasih ALLAH yang lain, dan teramatlah sembuh apabila dapat melihat Zat ALLAH Azza Wajalla di dalam syurgaNYA kelak.

Mereka yang inginkan rahmat dan redha ALLAH dalam setiap perbuatan serta amal dunia jua akhirat, perlulah menyertakan ALLAH bersama perbuatan serta amal mereka. (Al Quran)

Mereka yang dambakan syafaat dan ziamah RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam di dunia jua akhirat, perlulah membawa Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam pada setiap keadaan dan ketika. (Sunnah)

Paling utama, ilmu perubatan antara ilmu yang perlu dituntut, dan ianya tidak boleh dipandang ringan. 

(Coretan insan dhoif lagi lemah Al Faqir IlALLAH Wan Asrul Al Aydrus)
Continue reading →

KAPSUL BUAH TUNJUK LANGIT

0 budak comel komen
Assalamualaikum wbt.
Suatu ikhtiar dalam rawatan masalah penyakit fizikal badan... kesembuhan dariNya jua, namun kita perlu usaha dengan menggunakan herba alam semulajadi.

Buah tunjuk langit ini di kunyah begitu saja oleh orang-orang kampung untuk mengubati penyakit2 kencing manisdarah tinggi dan jangkitan2 virus atau bakteria seperti selsema, batuk, jerawatresdung dan demam. Rasanya yang teramat pahit dan sifat alkalinya dapat membuatkan sistem perdarahan badan kita lebih kuat untuk melawan dan membunuh bakteria/virus yang cuba menyerang Ianya juga amat berkesan untuk memberi tenaga seperti hilangkan mengantuk bila badan keletihan.

Description:
Khasiat yang hebat dari buah Tunjuk Langit. Digunakan untuk mengubati penyakit seperti:
  1. Kencing manis 
  2. Darah tinggi 
  3. Gout/stroke 
  4. Asma/resdung 
  5. Migrain 
  6. Mati pucuk 
  7. Insomia 
  8. Stress/tension 
  9. Keletihan dan banyak lagi

Ramai yang telah mencuba dan kagum dengan keberkesanannya..terutama yang menghidap kencing manis-kandungan gula jadi stabil.

Antara khasiat-khasiatnya Buah Tunjuk Langit adalah untuk : 
  1. Menstabilkan dan melancarkan sistem peredaran darah - Sangat sesuai untuk Pesakit Darah Tinggi, Kebas-Kebas, Sakit Sendi, Sakit Urat 
  2. Menstabilkan kadar glukosa dan meningkatkan paras insulin pankreas - Sangat sesuai untuk Pesakit Kencing Manis, Gangguan Metabolisma
  3. Mengurangkan kandungan kolestrol jahat (LDL) - Sangat sesuai untuk Pesakit Jantung, Stroke, Obesiti, Kekejangan Otot
  4. Menyahtoksid bahan kimia dan menguatkan sistem imun tubuh -Sangat sesuai untuk Pesakit Alahan Jangkitan, Asma, Gout, Artritis, Malaria, Keletihan
  5. Membantu meningkatkan sel-sel darah merah dan menguatkan struktur pembuluh darah - Sangat bagi mereka yang inginkan Awet Muda, Keremajaan Usia
  6. Mengimbangi proses metabolisma tubuh - Untuk merawat Penyakit Kencing Tak Puas, Kencing Kerap, Batu Karang, Kegagalan Ginjal, Prostat
  7. Kandungan flavanoid, Saponin, Alkoloid dan Antasionin yang 10 kali ganda lebih tinggi dari herba Tongkat Ali - Untuk merawat masalah berkaitan Tenaga Batin Lelaki, Mati Pucuk, Ejakulasi Pramatang

Cara makan kapsul buah tunjuk langit
Bagi mereka yg mempunyai darah tinggi , kencing manis, gout dan penyakit-penyakit lain: 
  1. Utk seminggu pertama mkn 1 kapsul 3 x sehari iaitu selepas makan pagi , mkn tgh hari dan lepas mkn malam. 
  2. Utk minggu kedua dan seterusnya cuma ambil 1 kapsul 2x sehari iaitu lepas mkn pagi dan lepas mkn malam. 
  3. Bila bacaan sudah stabil mkn sebiji sehari shj.

HARGA : RM40.00 Sebotol 
[pos free dengan pembelian 3 botol]

Cara Pembelian:

  1. Bank in pembayaran ke akaun yang dinyatakan disebelah kanan website
  2. SMS nama dan alamat penuh penghantaran ke Ust Rosdi 016-958 5423 [whats app/ line/ we chat]

PERHATIAN:
  1. Ambil perhatian kepada sesiapa yg ambil ubat hospital kalau nak makan buah tunjuk langit perlu jarakkan masa 2 jam.
  2. Contoh selepas makan ubat hospital tolong jarakan masa 2 jam lepas tu baru makan buah tunjuk langit 

Kapsul buah tunjuk langit untuk dijual dijamin HALAL
Continue reading →

PERMAINAN SANTAU

0 budak comel komen
Santau adalah salah satu permainan sihir kuno yang melibatkan racun dan pemujaan.

Kombinasi kedua-dua kaedah ini adalah bertujuan untuk melemahkan musuh dari dalam kemudian melumpuhkan sistem tubuh seterusnya mati dalam keadaan terseksa jika tidak dirawat sehingga pihak yang mengenakan santau ini boleh menyerang atau menguruskan agenda mereka secara mudah.

Pantang dalam permainan santau ini atau bahasa mudahnya 'pematah' amat dijaga oleh pengamal santau.

'Ibu santau' yang berisi bahan-bahan berbisa dipuja setelah 'ekor santau' atau 'anak santau' di'tanam' ke dalam tubuh pesakit samada melalui makanan atau dihantar melalui angin.

Antara yang menggalakkan permainan santau semakin mengganas adalah apabila proses pengubatan santau dilakukan secara terbuka dan didedahkan kepada orang awam, kerana hal ini berkaitan dengan ANGIN dan NAFAS.

Jika dilakukan secara terbuka, maka yang menerima kesannya adalah pesakit kerana terpaksa menanggung kesakitan, setiap kali ditepuk di belakang (belikat) atau dijentik pada jari pesakit, maka pesakit akan memuntahkan benda-benda yang pelik seperti mata pisau, paku karat yang bengkok dan sebagainya, yang sebenarnya semua benda itu adalah dihantar melalui angin akibat pemujaan pada ibu santau dan angin tersebut bergaul dengan angin dari mulut pesakit yang berlendir, maka ternampaklah akan kita ianya keluar dari mulut pesakit, ini dipanggil sihir takhayyul. 

Pesakit akan menderita sakit kerana selain ibu santau dipuja dengan diletakkan mata pisau, paku dan sebagainya, sewaktu proses rawatan dilakukan, antak (gelaran tukang santau) akan menarik getah yang diikat dikakinya sebagai tanda menarik urat tekak pesakit supaya muntah dan kesakitan, oleh kerana itu, pesakit santau yang melibatkan muntah keluar melalui mulut mereka, selepas muntah tekak mereka seperti terbakar dan pedih.

Oleh kerana itu, proses pengubatan santau yang menjadi amalan guru-guru tua adalah dilakukan secara tertutup dan ditemani oleh ahli keluarga yang boleh dipercayai dan ianya tidak melebihi dari 5 orang sahaja. Penerangan secara lanjut adalah pada kuliah Santau dan Racun.

Antara yang menjadi pantang kepada pengamal santau adalah:
  1. Dilarang menyantau mereka yang kakinya sedang bersilang
  2. Dilarang menyantau mereka yang sedang menongkat lidah
  3. Dilarang menyantau mereka yang sedang membersihkan diri (samada mandi atau berwudhuk)
  4. Dilarang menyantau mereka yang sedang membuang air (air besar atau air kecil)
  5. Dilarang menyantau mereka yang sedang berkaki ayam dan berpijak di atas bumi (tanah).
Dan banyak lagi pantang pengamal santau yang tidal dapat dikongsi sepenuhnya di sini, nanti 'hangin' pula pengamal santau pasal pecah lubang mereka. 

Adapun, santau ini adalah antara penyakit berbentuk ghaibiyyah yang perlu dielak, kerana jika ekor atau anak santau telah ditanam ke tubuh, maka proses rawatan agak memakan masa apatahlagi jika ianya sudah lebih dari sebulan menyerang.

Antara petua atau amalan untuk mengelakkan santau :
  1. Sebelum keluar rumah, bayangkan diri dari kepala sampai ke kaki, jika bayangan agak samar-samar, maka, ambil masa dalam kurang seminit duduk sebentar atau lebih baik berwudhuk.
  2. Sebelum hendak makan atau minum air, gunakan jari telunjuk meniti dibibir pinggan atau cawan, arah lawan jam, sambil mengucapkan Dua Kalimah Syahadah (dalam hati) dan apabila sampai pada kalimah ALLAH dan Muhammadun, jari diketuk perlahan pada bibir pinggan atau cawan. Jika ada racun atau santau di dalamnya, lazimnya, makanan tersebut akan berulat atau membusuk, paling tidak, kita akan merasa pening atau loya. Pinggan atau cawan meletup? Itu juga harus berlaku, tetapi fenomena pinggan atau cawan meletup ini banyak faktor, bukan tertakluk pada sihir santau semata-mata, ada juga melibatkan masalah untuk aibkan tuan kedai atau tuan rumah, maka tukang sihir akan mengetuk tempurung pada kayu, isyarat untuk memalukan tuan kedai atau tuan rumah, sebagai makluman bahawa tuan kedai atau tuan rumah ada niat tidak baik.
  3. Sapukan minyak zaitun ke belakang leher setiap kali sebelum keluar rumah, petua ini antara yang ampuh (BiiznILLAH) dalam mengelakkan sihir berbentuk santau, busung, pukau dan seangkatan dengannya.
Dan banyak lagi petua Ulama serta Tobib terdahulu berkaitan dengan permainan sihir dan sebangsa dengannya.

Dalam menilai masalah santau ini, penelitian amat diperlukan, kerana tidak mudah dan sewenangnya meletakkan dakwaan bahawa seseorang itu telah disantau. Kekadang mereka mengalami masalah bronkitius, juga simptomnya seakan-akan santau. Jadi, penelitian amat penting.

Paling utama, taqarrub kepada ALLAH, ikut segala suruhan ALLAH dan Tinggalkan segala larangan ALLAH. InsyaALLAH, diselamatkan kita dan keluarga kita dari segala anasir yang bathil.

Cukup dahulu perkongsian ringkas mengenai permainan santau. InsyaALLAH maklumat lanjut akan dikongsikan di dalam Kuliah Racun dan Santau disember 2013 ini.

Wassalam.
Continue reading →

TERAPI PENYAKIT GOUT

0 budak comel komen


Gout merupakan penyakit atau permasalahan yang berkaitan dengan kerana tingginya kandungan asid urik di dalam darah. Asid urik merupakan hasil pemecahan metabolisma (asid nukleat) tubuh yang sebahagian kecil berasal dari makanan. Sebahagian besar asid urik disaring di buahpinggang. 


Manakala, di dalam darah, sebahagian besar asid urik dalam bentuk monosodium urik.

Bagi pesakit gout, penumpuan atau pengumpulan monosodium urik didapati sangat tinggi dalam bentuk campuran yang sangat pekat, sehingga berisiko terjadinya pengumpulan kristal urik pada jaringan yang kemudiannya menyebabkan:
  1. Tofi / tophi (nodul subutan akibat pengumpulan Kristal urik)
  2. Radang Sendi dan arthritis
  3. Masalah atau Penyakit Buah pinggang 

TANDA-TANDA SERANGAN GOUT :
  1. Serangan mendadak, cepat, tiba-tiba, dan lazimnya pada malam hari
  2. Ibu jari kaki sakit secara tiba-tiba, bengkak, panas, kemerah-merahan.
  3. Dalam tempoh serangan 8-12 jam , rasa sakit akan semakin teruk.
  4. Bahagian lain yang berisiko untuk menerima serangan gout adalah pergelangan kaki, punggung tangan, jari- jari, tangan, dan siku
  5. Selain sukar berjalan, pesakit akan demam, menggigil, dan bisa badan.

KAEDAH MENCEGAH DAN MERAWAT GOUT

Antara kaedah yang boleh diamalkan untuk mencegah gout adalah :
  1. Mengamalkan madu, Habbatus sawda’ dan kurma setiap kali sebelum sarapan
  2. Banyakkan meminum air putih
  3. Amalkan meminum air barli (biji/beras)
  4. Melakukan aktiviti riadah
  5. Lazimkan menyapu minyak zaitun ke seluruh tubuh, paling kurang sebelum tidur.

KAEDAH RAWATAN GOUT

1) Terapi Bekam
  1. Kaedah untuk merawat gout dengan terapi bekam perlu melihat kepada tahap gout yang menyerang pesakit. Ini adalah kerana, bukan semua gout boleh dirawat dengan terapi bekam, malahan ada peringkat gout yang apabila dibekam akan membawa kesan yang lebih memudaratkan.
  2. Kaedah merawat gout menggunakan terapi bekam perlu berhati-hati, kawasan tofi atau bengkak tidak b oleh dibekam kerana ianya akan menjadikan struktur Kristal Urik akan terganggu seterusnya menganggu sistem darah yang menjadikan asid urik akan menumpukan pengumpulan dibahagian sendi yang lain.
  3. Secara ringkas, untuk melakukan terapi bekam kepada pesakit gout, pertamanya perlu mengenalpasti tahap gout yang dialami sama ada asimptomatik, akut, interkritikal dan kronik. (Diagnos awal insyaALLAH amat membantu)
  4. Jangan ‘hentam keromo’, asal gout terus dibekam, prinsip perawatan perlu ada dalam setiap ikhtiar merawat penyakit.
  5. Titik bekam yang perlu ditumpukan untuk masalah gout (setelah tahap dikenalpasti) bukanlah pada tophi (bengkak) tetapi pada titik peransangan metabolisma supaya asid nukleat dapat bekerja dengan baik dalam membahagi kolestrol yang diperolehi dari pemakanan khususnya.
  6. Titik tersebut adalah : Qofa, Kahil, Bainul Katifain dan Qithon. 
  7. Masa untuk melakukan bekam kepada pesakit gout adalah Tengahari, kerana darah sedang berada dalam kemuncak, maka secara tidak langsung asid urik di dalam darah akan turut sama dalam keadaan aktif (tidak tepu). 
  8. Penerangan lanjut berkaitan kaedah terapi bekam untuk rawatan gout boleh didapati dengan mengikut serta kuliah-kuliah bekam anjuran TIAF. InsyaALLAH.

2) Diet pemakanan
  1. Tenaga perlu sesuai dengan keperluan tubuh. Apabila berat badan berlebih atau berlaku kegemukan, penerimaan energi sehari dikurangkan secara berperingkat sebanyak 500-100 kkal dari keperluan tenaga normal sehingga mencapai berat badan normal. (Madu 3sudu + H/Sawda’ 1-3 sudu atau cubit sebelum sarapan)
  2. Protein yang secukupnya, iaitu 1,0-1,2 g/kg BB atau 10-15% dari keperluan tenaga keseluruhan. (Air Pati Delima 3 cawan sehari)
  3. Hindari bahan makanan sumber protein yang mempunyai kandungan purin > 150 mg/100 gram. (Elakkan minuman soya, oat dan kekacang)
  4. Lemak sederhana iaitu 10-20% dari keperluan tenaga penuh. Lemak berlebihan akan mendorong pengeluaran asid urik atau purin melalui urine (air kencing), hal ini membawa kepada risiko penyakit batu karang. ( Minum Air Barli)
  5. Karbohidrat dapat diberikan lebih banyak iaitu 65-75% dari keperluan tenaga penuh. Kerana kebanyakan pesakit gout artritis mempunyai berat badan berlebihan, maka digalakkan untuk menggunakan sumber karbohidrat kompleks. (Kurma 7 biji sehari – paling kurang)
  6. Vitamin dan mineral cukup sesuai dengan keperluan. (Madu + Minyak zaitun sebelum tidur)
  7. Cairan disesuaikan dengan urine yang dikeluarkan setiap hari. Rata-rata penerimaan cairan yang dianjurkan adalah 2-2 ½ liter per hari. (Minum air putih)

3) Terapi Alamiah

Antara terapi Alamiah yang boleh diikhtiarkan, adalah :
  1. Minyak Zaitun/Minyak kelapa dara + kapur sirih + cengkih (ditumbuk atau kisar halus) + Kulit Kayu Manis (ditumbuk atau kisar halus). 
  2. Kesemua bahan ini disatukan ke dalam piring atau bekas dengan nisbah 3 sudu minyak zaitun, 1 sudu kapur sirih, 1 sudu serbuk cengkih dan 1 sudu serbuk kulit kayu manis.
  3. Gaul sehingga sebati, kemudian disapu pada bahagian bengkak. InsyaALLAH Tohour.

Atau
  1. Getah betik muda + garam bukit. Sapukan garam bukit sekitar tempat bengkak dan seterusnya titiskan 3 atau 5 titik getah betik muda ke atas tempat bengkak, sebaiknya dilakukan pada waktu pagi. InsyaALLAH Tohour.

Atau
  1. Air Kelapa muda + Daun Pandan + Gula Batu + daun sirih. Air kelapa muda (sebiji) dicampurkan dengan daun pandan (sehelai) bersama-sama dengan 3ketul gula batu (ruas jari kelingking) dan sehelai daun sirih, digaul di atas api, sehingga isi kelapa rata bersatu dengan ramuan tadi, dan kemudian diminum pada waktu tengahhari. Ramuan ini juga amat sesuai kepada penderita kencing manis dan darah tinggi. InsyaALLAH Tohour.

DOA
Antara ayat amalan yang boleh disertakan bersama-sama dengan ramuan di atas adalah :
  1. Istighfar 21x
  2. Selawat 21x
  3. Al Faatihah 3-7x
  4. Ayatul Kursi 3x
  5. Al Hasyr 21- 3x
  6. Al Hasyr 22-24 1x
  7. Al Ikhlas 3x
  8. Al Falaq 1x
  9. An Nas 1x
Paling penting adalah DOA. Mohonlah pada ALLAH akan kebaikan bagi setiap ikhtiar yang dilakukan, semoga ALLAH menyembuhkan penyakit yang diderita. 

Semoga beroleh manfaat bagi sekalian sahabat

La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.
Continue reading →

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA

0 budak comel komen

Pengurusan Terapi Islam al-Bayt [TIB] ingin mengucapkan SALAM EIDUL ADHA 1434H buat semua pengunjung laman web TIB, para pengedar dan stokis TIB, para pengguna Produk TIB dan akhirnya pada jemaah haji yang kini berada di Tanah Haram menunaikan Ibadah Haji. Moga mendapat haji yang mabrur Insya Allah.

Insya Allah sama-sama kita hayati 'Ibrah disebalik Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan keluarga baginda dalam menegakkan syiar Islam di atas muka bumi ini. Besarnya fadhilat ibadah korban ini bagi yang benar-benar mengambil manfaat padaNya.

Pengeposan Produk disambung selepas cuti Hari Raya, dan TIB masih membuka peluang untuk mengedar Produk TIB di seluruh Malaysia.
Continue reading →

MINYAK SARAF RINGKAS

0 budak comel komen
Akhir-akhir ini ramai yang mengadu mempunyai masalah saraf dan sakit-sakit badan, ada yang disebabkan letih dan ada juga disebabkan angin (gas) yang tidak terkawal di dalam tubuh, malahan ada yang disebabkan faktor gangguan.

Sang faqir mengambil sedikit masa untuk berkongsi ramuan minyak saraf ringkas, yang mudah dihasilkan dan memberansangkan kesannya, insyaALLAH.

Bahanannya :

1) Minyak zaitun / Minyak Kelapa (dara) 300ml
2) Halia 3-5 inci
3) Serai Wangi 3-5 batang
4) Lada Hitam 5-7 biji
5) Lada Putih 5-7 biji

Adapun ramuan minyak di atas tidak sesuai digunakan sebagai urutan kerana kandungan bahan-bahannya mengandungi unsur hyper/ekses/kuat sinerginya, bimbang akan memudaratkan permukaan epidermis (kulit atas) dan dermis(kulit bawah).

Cukup disapukan pada tempat sakit terutamanya dibahagian sendi besar, kemudiannya ditutup dengan kain kapas.

Nisbah sukatan bahan adalah berdasarkan sukatan minyak sebanyak 300ml

Kaedah ramuan :

1) Serai wangi dan halia ditumbuk pecah (bukan hancur)

2) Lada hitam dan lada putih ditumbuk hancur

3) Kesemua bahan dicampur terus ke dalam minyak.

4) Bahanan digaul sehingga kesemuanya sebati, kemudia ditutup, sebaiknya disimpan di dalam bekas kedap udara.

5) Disimpan (peram) selama 3jam sekurang-kurangnya, sebaik-baiknya 1 malam, sebelum digunakan.

Adalah lebih baik sebagai Muslim, kita bacakan ayat suci Al Quran pada minyak tadi beserta DOA :

1) Istighfar 21x
2) Al Faatihah 1x
3) Ayatul Kursi 1x
4) Ayat Seribu Dinar 3x
5) 3 Qul 1x
6) Selawat 11x

Cara penggunaan :

Untuk Bengkak atau Seliuh
-Disapukan pada tempat yang bermasalah atau sakit kemudian ditutup atau balut dengan kain kapas.

Untuk Sakit Tubuh/Angin
- Disapukan pada setiap sendi besar (leher, bahu, siku, pergelangan tangan, belikat, perut,pangkal paha, lutut dan pergelangan kaki)

Untuk Bayi
- Sebaiknya ramuan-ramuan tersebut tidak dicampurkan dengan serai wangi. Disapu pada perut, belikat, betis dan tapak kaki.

Untuk masalah Gangguan
- Campur dengan hirisan teras kemuning hitam atau hirisan teras gemunggal, sebanyak 7hiris ke dalam ramuan. Disapukan pada belikat, belakang leher, dada dan perut, seterusnya ke tempat yang bermasalah, kaedah ini khusus untuk mereka yang diuji dengan sihir berunsur racun contohnya santau atau busung.

Selanjutnya kepada sesiapa yang inginkan perkongsian untuk kaedah-kaedah lain boleh menyertai Kuliah Perbidanan Islam, jika tiada aral pada awal Disember 2013, insyaALLAH.

BiAunILLAH, Tohour.
Continue reading →

AMALAN JAGA DIRI

0 budak comel komen
Dari perkongsian TG ambe:

Amalan Jaga Diri

Mutaakhir ini banyak kejadian yang tidak diingini berlaku dalam masyarakat kita. Tidak kira kejadian jenayah, kemalangan, bencana, pukau, sihir dan lain-lain lagi.

Sang faqir mengambil sedikit ruang untuk berkongsi serba sedikit amalan peninggalan Ulama terdahulu untuk diamalkan dalam usaha dan ikhtiar mengelakkan berlakunya sebarang marabahaya pada kita dan keluarga samada di dalam rumah atau di luar rumah.
  1. Kaedahnya :

    1) Baca Yaasin:82 3x, sebelum keluar rumah, apabila sampai di kalimah "Kun Fayakun", doakan di dalam hati hajat perlindungan dari ALLAH semasa di luar rumah, bayangkan diri kita dan keluarga.

    2) Melangkah dengan kaki kanan beserta bacaan doa keluar rumah setelah rumah sudah dikunci dan sebagainya.

    3) Apabila pulang ke rumah, apabila terpandang pintu rumah atau pagar rumah, bacakan Yaasin:83 3x, apabila sampai pada kalimah "Tur ja 'un", doakan di dalam hati perlindungan dari ALLAH semasa di dalam rumah, beserta dengan tarikan nafas panjang melalui hidung, dan hembuskan melalui mulut dengan lafaz Huu ke arah rumah.

    Mudah-mudahan Perlindungan dari ALLAH daripada segala marabahaya menyertai kita dan keluarga. InsyaALLAH.

    Kenapa baca dua ayat ini sahaja? Siapa yang mengamalkannya? Ada syarahnya, dan sudah pasti syarahnya adalah secara berhadapan.

    Kepada yang ingin beramal dengannya, diizinkan amal. Semoga ALLAH memberkati kalian.

    Wassalam.

Continue reading →

BOLEH DAPATKAN PRODUK TIB

0 budak comel komen

Tuan/ puan/ cik yang berhajat untuk dapatkan produk TIB boleh berhubung dengan :

PN FAZILAH BT MUDA - Selangor
[Sabun al-Bayt/ Sabun Belireh/ Sabun Nuur Aura al-Bayt/ Sabun Resdung/ Sabun Sireh/ Sabun Marigold]
Damansara Damai, Petaling.
Tel : 016-383 4320
-------------------------------------------------------------------

CIK NURUL AFIFAH - Terengganu
Kg Tasek, Bukit Payong [UnisZa, K. Trg - study]
Sabun al-Bayt/ Sabun Sireh/ Sabun Resdung/ Sabun Marigold/ Sabun Nuur Aura/ Sabun Ros Bidara]
Tel : 013-997 0664
 
Ustazah Arfah - Terengganu
Pengadang Bharu, Kuala Terengganu
Tel : 017-959 9007
[Sabun al-Bayt/ Sabun Resdung/ Pil Perapat]
* Juga tukang urut wanita/ bidan kampung
Continue reading →

Labels

air refreshner (4) AKARWALI (1) AKUPUNKTUR (5) akupuntur/ acupancture (6) AL-MANNA [ARABIC GUM] (1) alManna Plus (3) aloeverra (5) aloeverra FOREVER (6) ARCTIC SEA (5) argan oil (4) aromaterapi albayt (6) BEKAM (7) bengkel/ kursus (4) BIORICH (4) BISNESS (1) BMB (1) BUAH TUNJUK LANGIT (10) buasir (1) BUKU (4) C2JOY M SDN BHD (2) CERAH (1) CERITA RAWATAN (3) chia seed (1) CODI BIOCEPS (1) CUKA EPAL (1) curcuma mangga/ kunyit putih (5) D & F PERFUME (2) diskaun (1) drresd (15) durian belanda (3) DXN Produk (1) eczema (2) Fiber Detox RCCWW (7) flyers dRResd (2) flyers TIB (1) FOREVER LIVING PRODUCT (FLP) (4) GARLIC THYME (1) GULA O (2) healsdrop (13) homemade soap (3) homeopathy (14) homoepathy (5) HUBUNGI (2) info blog (267) info c2joy (3) info sihat (129) JOM AMAL (2) JOM BISNESS (2) jualan rumah (1) Jus Delima (1) JUS SERI DEWI [JSD] (6) kaliBICH (2) kapsuk HS EVOO (3) KAPSUL BELALAI GAJAH (1) KAPSUL BIJI APRIKOT (17) kapsul dRResd (3) Kapsul Pecah Beling (4) Kapsul Pucuk Betik (2) Kaspul Raja Resdung (3) KASTURI/ GAHARU (9) keratan akhbar (1) KISAH jer (2) KULTIM (1) kursus (4) lulus KKM (1) MANDATE (1) MHS (1) MINSYAM - olive oil (2) Minyak Kelapa Dara MKD (4) MORINGGA/ KELOR (4) Myk Jarak/ Urut (1) Myk Kelapa Dara [VCO] (2) myk zaiton/ habbatus sauda' (10) naturopathy (6) ndlife (16) nt_Virus (1) ONLINE BOOKING (1) PAKEJ PRODUK (10) PEKDIS (1) penawar mata as-suff (1) PENGEDAR (9) PIL ALBAYT (3) pil minda/ gnius mind (1) PIL PERAPAT (5) POMESTEEN FOREVER (3) PROMOSI (71) ramadhan (2) rawatan Naturopathy (2) RCC Stevia (6) RCCWW (6) rezspray (4) SABUN ALBAYT (7) SABUN AURA (6) SABUN BELIREH (5) sabun bidara (2) sabun KKM (6) SABUN LAVA (1) SABUN MARIGOLD (2) SABUN RESDUNG (2) SABUN ROS BIDARA (1) Sabun RSM (7) SABUN SIREH (2) SAFFRON @ ZAAFARAN (12) salsabila al-Bayt (1) SAMBUTAN (1) set nt-resdung (3) set rawatan rambut (1) SHOWER AL-BAYT (5) SPRAY RESDUNG AL-BAYT (8) STOKIS TIB (1) strawberry (1) SUSU C2JOY (5) SUSU CTM M-GARD (1) tanda gangguan (7) tazkirah (6) TESTIMONI (18) TIAF (18) TONIC HAIR (1) track pos (3) ucapan (5) URUTAN BADAN; (2) VIDEO (8) YUMEIHO (6)