:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Web TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] :::: Terima Kasih :::: Sila isikan Borang Tempahan Online bagi memudahkan Urusan Pengeposan Produk Anda :::: Dealer/ Stokis masih diperlukan .... Semua stok always available ... Hubungi: UstazDi, NDr. 011-1009 5423

SAKA YANG SEBENAR

0 budak comel komen

Soalan: Assalamualaikum... bleh saya tumpang tanya.... btul ke saka susah nak dibuang...


Jawapan : Waalaikummussalaam WarahmatULLAH. Semoga yang bertanya sentiasa dalam keamanan ALLAH.

Sang faqir sebelum ini sudah menerima banyak soalan yang seakan-akan sama seperti soalan di atas dan pada mulanya sang faqir mengambil keputusan untuk meletak soalan ini dalam mode 'keep in view'.

Tetapi memandangkan isu ini sudah menjadi suatu 'trend' dalam pendakwaan permasalahan penyakit, maka izinkan ciptaan ALLAH yang lemah lagi dhoif ini menjawab seadanya.

Adapun jawapannya adalah TIDAK, TIDAK BETUL. Yang susah hendak buang adalah:

  1. Pemikiran yang meletakkan Saka itu susah dibuang
  2. Penyakit yang bukan Saka, tetapi dakwa ianya saka
  3. Ketaksuban kepada perkara mistik

Tahukah kalian apa maksud Saka?

SAKA adalah diambil dari perkataan Pusaka yang membawa kepada takrifan WARISAN, iaitu sesuatu yang diwariskan.

Dari Usul kepada Furuq, itu secara fahamnya.
Apabila disebut saka, ianya melibatkan pewarisan dari usul (pangkal) ke furuq (cabang).

Maka, tiada yang mustahilnya berlaku masalah pewarisan perkara-perkara mistik contohnya Hala, Harimau Kerinchi, Hantu Raya, Gundruwo, Pelesit, Balan-balan, ataupun Anak kerak dan lain-lain lagi.


Perkara ghaib Wajib kita sebagai Muslim perlu percaya sebagai salah satu rukun keimanan akan tetapi menjadi satu MASALAH jika TERLALU PERCAYA sehingga menutup kepercayaan yang SEPATUTNYA.

Mudahnya, makhluk ALLAH yang dhoif ini ingin bertanya satu soalan, satu saja, tidak mahu lebih, satu saja... Iaitu, yang dinamakan Saka yang susah benar dibuang itu Qadim (kekal) atau Hadist (baharu)?

Persoalan itu biarlah pembaca yang fikirkan dan menjawab akannya sendiri dengan merujuk pada Ulama-ulama Usuluddin.

Cuma, di sini sang faqir ingin jamah sedikit berkaitan dengan masalah atau fenomena sekarang, yang mudah atau cepat benar dakwaan bersaka ini muncul dan ianya begitu pantas diucapkan terus kepada pesakit dan menambahkan lagi haru biru kepada pesakit apatah lagi apabila sumbernya melalui dialog jin yang merasuk pesakit.

Lazimnya, dakwaan BERSAKA ini muncul apabila:

  1. Tidak menemui penawar sebenar penyakit yang menimpa pesakit
  2. Anak yang malas belajar atau degil
  3. Masalah kerezekian
  4. Masalah Rumahtangga
  5. Tabiat buruk
  6. Masalah anak yang kurang upaya
  7. Masalah gangguan yang tidak berkesudahan
  8. Masalah malas beribadat
  9. Dan lain-lain lagi.
Maka, dari sini muncullah suatu 'standardized' ciri-ciri bersaka yang dari mana bermulanya pun tidak kita ketahui. Hasilnya, masyarakat hari ini back to 70's. Itu belum dikira lagi dengan penafsiran mimpi (tafsirul Ahlam) yang tidak mengikut adabnya. AstaghfirULLAH.

Sedarilah wahai saudara-saudaraku, dunia sudah menghampiri akhir zaman, bukanlah masanya untuk kita melemaskan diri dalam perkara kemistikan yang tiada berkesudahan, alangkah ruginya apabila di Al Mizan nanti, saat disoal ALLAH Jalla Waala, "wahai si fulan bin si fulan, ke manakah usia dan harta kamu pada sesekian waktu telah kamu luangkan?"


Maka, jawab si fulan tersebut," Berubat Saka Ya ALLAH". Adakah dengan jawapan seperti itu akan menjamin kita melintas titian Sirat yang selama 1500 tahun perjalanan itu seperti kilat menyambar dan disambut pula oleh Ridhwan di pintu syurga, serta menjemput, masuklah ke mana-mana pintu yang kamu suka. Adakah begitu? 

Kalian ada jawapannya, tidak perlu si jahil ini menjawabnya.

Semua pendapat berkaitan gangguan perlu kita RAI, tetapi ada pendapat yang perlu kita KETEPI, apatahlagi ianya membabitkan soal AQIDAH.

Apabila kita boleh mengatakan orang itu bersaka, pelajar yang malas itu bersaka, isteri yang derhaka itu bersaka, suami yang fasiq itu bersaka, maka beranilah kita mengatakan bahawa diri kita juga bersaka. Kerana hanya orang yang bersaka sahaja berani menghukum seberaninya orang lain bersaka tanpa mengkaji faktor psikoanalisisnya, faktor tabiatnya, faktor pendidikannya dan lain-lain faktor.

Bagaimana mungkin Perubatan Islam yang sebenar di Malaysia khususnya boleh bangkit andainya inilah permasalahan yang timbul, tidak dapat mengusul penyakit, maka akhirnya, saka juga yang disalahkan, silap-silap, kesudahannya, jin saka minta dirawat dek kerana stress dituduh dengan sesuatu tanpa ada kena mengena dengannya.

Kalaulah saka ini menjadi major masalah masyarakat, sudah tentu Al Biruni sudah karang di dalam kitabnya, Ar Razi nukil di dalam penulisannya, Ibn Sina coret di dalam manuskripnya, Az Zahrowi catat di dalam jurnalnya dan Ibn Qayyim rekod di dalam naskahnya.

Hakikatnya semua orang bersaka, tiada yang terlepas, semua bersaka, tidak kira dia adalah Alim Ulama, Wali Kabir, Syeikh Kabir, para asatizah, Mualij-mualij dan sekalian umat dalam dunia ini mempunyai saka sejak dari zaman Nabi Adam Alaihi Salam lagi.

Nama saka tersebut adalah 'ALAQAH, yang di dalam riwayat Asy Syaikhani (Bukhari dan Muslim) hanya Sayyiduna Wa Habibuna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam sahaja yang tiada saka ini, iaitu darah hitam yang dibuang dari hati (jantung) Baginda SallALLAHu Alaihi Wasallam, yang telah dibelah dan dibersihkan oleh Jibril Alaihi Salam dan Mikail Alaihi Salam sebanyak 3 kali.

Sebagaimana diriwayatkan Imam Muslim dari Anas bin Malik RadhiyALLAHu 'anhu diceritakan : 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَاهُ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ فَأَخَذَهُ فَصَرَعَهُ فَشَقَّ عَنْ قَلْبِهِ فَاسْتَخْرَجَ الْقَلْبَ فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ عَلَقَةً فَقَالَ هَذَا حَظُّ الشَّيْطَانِ مِنْكَ ثُمَّ غَسَلَهُ فِي طَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ بِمَاءِ زَمْزَمَ ثُمَّ لَأَمَهُ ثُمَّ أَعَادَهُ فِي مَكَانِهِ وَجَاءَ الْغِلْمَانُ يَسْعَوْنَ إِلَى أُمِّهِ يَعْنِي ظِئْرَهُ فَقَالُوا إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ قُتِلَ فَاسْتَقْبَلُوهُ وَهُوَ مُنْتَقِعُ اللَّوْنِ 

قَالَ أَنَسٌ وَقَدْ كُنْتُ أَرْئِي أَثَرَ ذَلِكَ الْمِخْيَطِ فِي صَدْرِهِ



"Bahawasanya RasulULLAH SallALLAHu 'alaihi wasallam didatangi Malaikat Jibril ketika Baginda SallALLAHu 'alaihi wasallam sedang bermain dengan beberapa kanak-kanak. Jibril kemudian menangkapNya, menelentangkanNya, lalu Jibril membelah dadaNya. Jibril mengeluarkan hatiNya, dan mengeluarkan dari hati Baginda dengan segumpal darah beku sambil mengatakan “Ini adalah bahagian syaitan dariMu”. Jibril kemudian mencucinya dalam bekas yang diperbuat dari emas dengan air zam-zam, lalu dilapkan, kemudian dikembalikan ke tempatnya. Kemudian rakan-rakanNya menjumpai ibuNya (Ibu susuan- Halimatus Saadiah) dengan berlari-lari sambil mengatakan: “Sesungguhnya Muhammad telah dibunuh”. Kemudian mereka bersama-bersama menjumpaiNya, sedangkan Dia dalam keadaan berubah riak wajahNya (pucat). Anas mengatakan: “Aku pernah diperlihatkan bekas jahitan di dadaNya”. 

Nama lain bagi 'alaqah ini adalah darah hitam atau istana Iblis atau nama dalam sainsnya Apex atau dalam bahasa melayunya puncak jantung, kawasan ini adalah tempat pengumpulan darah biru yang bermasalah yang akibat darinya jika tidak dijaga dengan baik akan menjejaskan fungsi kardiovaskular tubuh (zahirnya).

Dan inilah saka yang sebenar, yang perlu dijaga dan dan dikawal, seperti mana sabda Baginda RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam, yang bermaksud : "Dari Abi Abdillah An-Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda, "Sungguh sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, antara keduanya ada hal yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak tahu. Maka siapa yang menjaga dirinya dari syubhat itu maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya dan siapa yang melakukan perkara syubhat itu maka ia jatuh dalam perkara haram seperti penggembala di sekeliling tanah larangan (milik orang), lambat laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah setiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNYA. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sepotong daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya dan jika ia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Sepotong daging itu adalah HATI." 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Ayuh kita kembali kepada Aqidah yang sebenar, mujahadahlah mengenal ALLAH melalui Sifat-sifatNYA, untuk menyembah ZatNYA, untuk peroleh Rahmat dan RedhaNYA kerana DIA, hanya DIA, semata-mata DIA.

Untuk penyakit, setiap penyakit ada sifir Asal dan Usulnya, Unsur dan Sifatnya, maka jangan berhenti belajar dan terus menerus menerkam kepada telahan Saka semata-mata tanpa ada penjelasan yang relevan dan jelas mengikut Aqidah serta Logik Penyakit.

Ketahuilah bahawa kita makhluk dan alam ini bersifir, termasuklah penyakit, sudah pasti ada jawapan dan penjelasan, yang pasti bukan Saka semata-mata, yang tidak Bersifir hanyalah ALLAH, kerana ALLAH tidak bersamaan dengan makhluk dan segala yang baharu.

Kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mistik yang sudah lama dan sukar sembuh, lazimi mengamalkan :

  1. Istighfar (AstaghfirULLAH) 100X selepas Subuh
  2. Zikir Tahlil (LaailahaillALLAH) 100X Selepas Zohor dan Asar
  3. Ya Lathif 129X Selepas Maghrib
  4. Selawat 100x selepas Isyak


Dan lain-lain amalan Hasanah dan Darajat yang semoga dengannya beroleh Rahmat dan Redha ALLAH.

Biasakan diri :

  1. Solat berjemaah
  2. Berpuasa sunat
  3. Berdamping atau bersahabat dengan Para Alimin
  4. Elakkan dari memakan atau meminum dari.sumber haram atau syubhah
  5. Usahakan menjalankan sunnah mulia Sayyiduna RasulILLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam dalam kehidupan.
  6. Banyakkan bersedekah.
  7. Jaga hati Ibubapa
Dan lain-lain lagi amalan Hasanah, tinggal serta elakkan amalan keburukan.


Kalau hendak diturutkan, banyak lagi yang hendak dibebelkan, tetapi cukuplah dahulu bebelan ini, semoga ianya bermanfaat kepada mereka yang dapat menerimanya dengan hati yang terbuka, dan mohon maaf kepada yang tidak dapat menerimannya, maafkanlah sang faqir yang jahil dan dhoif ini.

Semoga kita sama-sama dilorongkan ALLAH ke jalan yang benar. 

Aamiin Aamiin Aamiin Ya ROBBal Alamin.

Wassalam

Leave a Reply

Labels

air refreshner (4) AKARWALI (1) AKUPUNKTUR (5) akupuntur/ acupancture (6) AL-MANNA [ARABIC GUM] (1) alManna Plus (3) aloeverra (5) aloeverra FOREVER (6) ARCTIC SEA (5) argan oil (4) aromaterapi albayt (6) BEKAM (7) bengkel/ kursus (4) BIORICH (4) BISNESS (1) BMB (1) BUAH TUNJUK LANGIT (10) buasir (1) BUKU (4) C2JOY M SDN BHD (2) CERAH (1) CERITA RAWATAN (3) chia seed (1) CODI BIOCEPS (1) CUKA EPAL (1) curcuma mangga/ kunyit putih (5) D & F PERFUME (2) diskaun (1) drresd (15) durian belanda (3) DXN Produk (1) eczema (2) Fiber Detox RCCWW (7) flyers dRResd (2) flyers TIB (1) FOREVER LIVING PRODUCT (FLP) (4) GARLIC THYME (1) GULA O (2) healsdrop (13) homemade soap (3) homeopathy (14) homoepathy (5) HUBUNGI (2) info blog (267) info c2joy (3) info sihat (129) JOM AMAL (2) JOM BISNESS (2) jualan rumah (1) Jus Delima (1) JUS SERI DEWI [JSD] (6) kaliBICH (2) kapsuk HS EVOO (3) KAPSUL BELALAI GAJAH (1) KAPSUL BIJI APRIKOT (17) kapsul dRResd (3) Kapsul Pecah Beling (4) Kapsul Pucuk Betik (2) Kaspul Raja Resdung (3) KASTURI/ GAHARU (9) keratan akhbar (1) KISAH jer (2) KULTIM (1) kursus (4) lulus KKM (1) MANDATE (1) MHS (1) MINSYAM - olive oil (2) Minyak Kelapa Dara MKD (4) MORINGGA/ KELOR (4) Myk Jarak/ Urut (1) Myk Kelapa Dara [VCO] (2) myk zaiton/ habbatus sauda' (10) naturopathy (6) ndlife (16) nt_Virus (1) ONLINE BOOKING (1) PAKEJ PRODUK (10) PEKDIS (1) penawar mata as-suff (1) PENGEDAR (9) PIL ALBAYT (3) pil minda/ gnius mind (1) PIL PERAPAT (5) POMESTEEN FOREVER (3) PROMOSI (71) ramadhan (2) rawatan Naturopathy (2) RCC Stevia (6) RCCWW (6) rezspray (4) SABUN ALBAYT (7) SABUN AURA (6) SABUN BELIREH (5) sabun bidara (2) sabun KKM (6) SABUN LAVA (1) SABUN MARIGOLD (2) SABUN RESDUNG (2) SABUN ROS BIDARA (1) Sabun RSM (7) SABUN SIREH (2) SAFFRON @ ZAAFARAN (12) salsabila al-Bayt (1) SAMBUTAN (1) set nt-resdung (3) set rawatan rambut (1) SHOWER AL-BAYT (5) SPRAY RESDUNG AL-BAYT (8) STOKIS TIB (1) strawberry (1) SUSU C2JOY (5) SUSU CTM M-GARD (1) tanda gangguan (7) tazkirah (6) TESTIMONI (18) TIAF (18) TONIC HAIR (1) track pos (3) ucapan (5) URUTAN BADAN; (2) VIDEO (8) YUMEIHO (6)