Gejala
Sembelit
ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran
untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia
disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.
Tanda dan
Gejala
Biasanya
gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang
mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
- Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
- Perut kembung, kejang atau sakit.
- Kurang selera makan.
- Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
- Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Boleh hubungi UstazDi, NDr. di talian 018-245 3824 @ wasap.my/60182453824/fds_Terengganu